4 [ Trzesienie Ziemi ]

431 39 9
                                    

Nah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nah.... Saya delivery satu gambar Szecs dengan Maya. 😂😂😂

Sumber : google

================================

"Itu......"

Gempa masih menunggu jawapan dari Piec.

"Haih, inikan sejarah tentang dunia saya. Sudah pasti saya tahu." Kata Piec untuk meyakinkan Gempa.

"Oh, kalau macamtu, mana kerajaan itu sekarang? Takkan terus terhapus begitu sahaja?" Tanya Gempa kehairanan.

Mana mungkin satu kerajaan itu terhapus dengan senang bukan, selagi keturunannya masih ada.

Piec menggeleng.

"Kerajaan ini memang sudah lama dikeluarkan dari senarai kerajaan yang wujud selepas kerajaan ini hancur dan musnah. Keturunan mereka dihapuskan, rakyat menjadi gelandangan. Pada waktu itu, ramai yang kaya menjadi miskin." Piec bercerita tentang sejarah kerajaan itu.

"Kalau kita pergi ke kawasan kerajaan itu, bolehkah?" Tanya Gempa.

"Itu tidak pasti kerana kawasan kerajaan itu sudah dikawal ketat oleh kerajaan Blyskaciwa iaitu kerajaan yang amat digeruni ramai orang." Terang Piec.

Gempa mengetap bibir dan mengangguk. Tanda memahami.

"Jadi, tiada sesiapa yang boleh selamatkan kerajaan...."

"Kenapa awak nak tahu tentang kerajaan yang sudah tiada. Dahlah tu bercerita, mari kita makan. Saya lapar." Piec memintas kata kata Gempa sebentar tadi kerana dia malas untuk menerangkan lagi kisah yang lama itu.

Lalu Piec menarik tangan Gempa menuju ke dapur istana.

-
-
-

"Lain kali janganlah degil sangat. Piec bukannya suka awak pun Maya." Szecs memeluk tubuh.

Penat mahu layan perangai Maya yang masih tak faham faham bahasa lagi.

Aku ni siapa pula bagi Maya.

Kecewa hatinya apabila dia menganggap kita kawan je... Huhu

"Eh, apa salahnya. Piec tu layak tau untuk saya, kaya, handsome, bergaya, comel,anak raja pulak tu. Aaaa... Saya nak kahwin dengan dialah." Maya ber'fangirling'

"Sudahlah, saya nak masuk rumah. Awak tidur luar malam ni. Jangan masuk rumah saya." Szecs menghempas pintu utama rumahnya dan meninggalkan Maya seorang diluar rumah.

Terkebil kebil mata Maya melihat perangai Szecs.

"Aik, saya ada salah cakap ke sampai dia nak merajuk?" Maya menggaru kepala yang tidak gatal.

-
-
-

Sebutan szecs : zech/ziech

-
-
-

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now