IV

91 9 1
                                    

" perkenalkan saya izumi theodore, peramal tua dan archmage kerajaan alpha. ouh. walaupun di gelar peramal tua. saya , izumi barusia 27 tahun. " kata izumi mesra bersama senyuman manis.

" ouh, aku davina lycus. 20 tahun. " davina turut memperkenalkan dirinya.

" izumi , dialah orang yang kau ramal. " kata niel yang akhirnya menarik nafas lega setelah pertelingkahan vald dan davina berhenti.

" ouh! dia? tak sangka pulak chubby macam nih. " kata izumi lepas sambil memandang davina atas bawah.

" hey! jangan biadap okey! nak body shaming orang pulak! " selar davina geram.

" sabar, sabar. " niel kembali berpeluh apabila amarah davina kembali memuncak.

" jadi, apa kita nak buat dengan dia? " tanya vald.

" menurut ramalan aku , pemimpin yang muncul akan ambil alih sistem pemerintahan dan kuasa diraja akan berkeja di bawahnya sebagai penasihat atau perdana menteri. " kata izumi.

" apa! mana boleh! dia tak layak pegang jawatan yang tinggi macam tuh! dah lah orang luar. aku pasti rakyat aku pon tak setuju dengan perkara nih." kata vald bimbang.

" jangan risau yang mulia, kita boleh bagi dia mula tugasnya dari bawah sebagai penasihat dulu mungkin? " kata izumi.

" hah... itu aku boleh pertimbangkan. " kata vald yang setuju dengan cadangan itu.

" aku tak nak lah jawatan tinggi macam tuh! lagipon, aku rasa aku tak layak jadi pemimpin. " kata davina yang menolak idea itu.

" tak boleh! kau kena ikut apa yang kitaorang dah aturkan. supaya kerajaan alpha kekal harmonis selamanya." kata vald.

" hishhhhh! " davina geram dengan sikap raja 40 an itu.

" err... yang mulia biar patik sahaja yang memujuk dia . sir niel boleh iring yang mulia untuk keluar beristirehat sebelum pesta bermula malam ini. " kata izumi.

" ha.... itu barulah cadangan yang baik. mari niel. beta tak betah untuk berada lebih lama dengan perempuan itu. penat rasanya bergaduh mulut . " kata vald sambil berjalan keluar diikuti niel dan pengikutnya.

dan yang tinggal hanya lah izumi dan davina sendiri. davina menghempas punggungnya ke atas sofa. lalu tangannya di silang ke dada. mulutnya di muncungkan dan matanya berkerut geram.

izumi mengahantar vald keluar dengan pandangan mata.  setelah pasti vald sudah tiada di situ dia segera mengunci bilik itu.

" apa kau buat! " kata davina terkejut.
tapi izumi tidak membalas dia sibuk membina sebuah benteng di depan pintu.

" okey. tiada siapa yang akan dengar perbualan nih." kata izumi.

kening davina terangkat sebelah seperti tertanya.

" aku kena pastikan vald tak dengar pasal benda  nih. sebab ini adalah pasal topik paling sensetif bagi dia." kata izumi.

" hah? pasal apa? bukan kau nak pujuk aku pasal hal pemimpin tuh ke?" tanya davina.

" itu cuma nak kaburkan vald dari tahu punca sebenar kau datang kesini. " kata izumi.

" tujuan sebenar? " davina tak faham.

" okey. kau kena dengar betul betul apa yang aku akan cakap nih. " kata izumi. davina hanya mengangguk.

" kau adalah pemimpin terakhir bagi semua serigala di alam nih. " kata izumi.

" apa! " davina jelas terkejut.

" iya.. apa yang kau dengar tak salah. " kata izumi.

" macam mana? " tanya davina.

" keturunan kau. adalah puncanya. keluarga Lycus adalah merupakan pemerintah semua serigala ketika lapan ribu tahun dulu. ketika semua serigala tinggal tetap di sini sebagai satu tempat dengan harmoni. "

" ke-keluarga aku?" dia gagap. sukar untuk dia terima hakikat itu.

" iya, dan mak ayah kau masih hidup. dan diorang ada di sini . " kata izumi.

" masih hidup?! " kata davina tak percaya.

" mak ayah kau datang ke sini dengan cara yang sama kau datang. tapi, diorang adalah pemimpin yang gagal bawakan kesatuan ke sini. dan akibatnya mereka tidak dapat gunakan portal untuk pulang ke dunia mereka . jadi mereka tersekat disini bertahun tahun lama nya . " kata izumi.
davina terpana .

" dan kau adalah satu satu harapan yang kami semua harapkan . misi kau adalah satukan kesemua puak serigala, alpha beta dan omega dibawah satu naungan kau. dan kembalikan kesemuanya seperti lapan puluh ribu tahun yang lalu. " kata izumi.

" kembalikan semuanya ?! kau gila ke! " bentak davina dengan idea yang dia rasa tak masuk akal.

" tak vina, jika tak dunia kau turut akan terkesan . jika kau jugak gagal. dunia kau akan terumbang ambing . tak betul! sistem yang tak ada logika dan aku sendiri rasa kau pernah lalui kehidupan tuh. " kata izumi.

automatik memorinya memutarkan kembali setiap yang berlaku kepada nya sebelum datang ke situ.

" sebab itu davina . kau mesti satukan mereka semua sebelum semuanya terlambat. dan ingat. kau adalah pemimpin terakhir. jika kau gagal semua kan jadi sia sia. " kata izumi.

🌻🌼🌻

davina terbaring di bilik yang di beri kepadanya. matanya menghadap lelangit bilik. otaknya berkerja keras cuba memperoses maklumat yang dia terima.

kata kata izumi asyik berputar di mindanya.

" arghhhh! pening nya! " bentak davina lalu dia mengusutkan rambutnya.

dahlah dia baru sahaja sampai di dunia baru itu. sudahnya dia perlu pikul tanggungjawab yang dia sendiri tidak mahu dan tidak rela menggalasnya.

siapa tahu keluarga nya merupakan keluarga lagenda di situ?
Lycus Terrwyn de Nuallan. adalah moyangnya. yang berjaya membawa kepada kesatuan diantara semua serigala. dari nama sahaja boleh hidu kemenangan .

dan menurut izumi. Diantara kesemua keturunan lycus ianya merupakan lelaki , dan itu yang buat izumi tidak percaya pemimpin seterusnya merupakan seorang perempuan gemok . disebabkan itu , davina merupakan keturunan terakhir kerana dia sahaja perempuan.

mengikut sistem , nama akhir sesorang itu di warisi oleh nama keluarga ayahnya. dan davina adalah perempuan. dan jika dia ada anak. anaknya perlu di beri nama keluarga suaminya kelak.

hanya kebuntuan demi kebuntuan yang dia jumpai di mindanya. dia cuma berharap dia bakal hidup sederhana dan bahagia. tapi ini, ini luar biasa dari kemampuan dirinya nya sendiri.

" haih..." satu keluhan keluar dari mulutnya.

pom! pom! pom!

bunyi bunga api yang di letupkan ke udara kedengaran. petanda pesta sudah bermula.
davina berjalan menghadap tingkap biliknya.

" cantik juga cahaya bandar tuh bila waktu malam. " kata davina lalu dia tersengih.

kelihatan dari jauh. satu laluan di sirami lampu tanglung . terdapat tari menari . kedai jual jualan. yang ternyata agak meriah sekali.

tiba tiba mindanya terpetik pemandangan ketika dia sampai ke kerajaan itu. dimana dia nampak serigala putih dan perang yang di lelong oleh penduduk alpha.

kemudian matanya mengerling satu uncang besar yang di berikan oleh niel ketika mengiringnya ke bilik. dia mendekati uncang tersebut. lalu di bukak.

matanya bagai mahu jatuh apabila melihat kepingan emas yang sungguh banyaknya.

" wouh! " davina terkejut lalu dia ikat kembali uncang tersebut. sekali matanya beralih ke arah jalan yang bercahay. dan dia tersengih.

" jom ke pusat bandar! " kata davina.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now