_.

41 7 6
                                    

Pagi yang indah di rumah agam 3 tingkat milik Dato' Sufian. Penghuninya ramai tapi kesunyian rumah besar ini tidak dapat dibendung. Masing masing melakukan kerja sendiri tanpa menghiraukan orang lain.

" Good morning everyone ! Good morning mama papa " anak bongsu mereka Syanis , memecahkan keheningan pagi itu.

"Good morning sayang" Datin Zariah mencium ubun ubun anak bongsunya itu."Solat Subuh dah?" Dato' Sufian bertanya kepada ketiga tiga anaknya itu.

"Dah lah pa, dah kul 7.30 pagi dah ni, takkan tak solat lagi" anak lelakinya itu menjawab. "Mana la tau kan,korang ni bukan boleh percaya sangat, selalu sangat subuh gajah. " Kakak, dah solat belum?"

"Heheheheheh, tak boleh solat la pa.Tadi nak bangun mandi solat subuh , tetiba tengok , eh eh bendera jepun. Pastu sambung tido balik la. Pastu bangun balik. Nanti kalau bangun lambat,nanti ade godzilla mengamuk, heheheehe"..

"Haaa, tu takde je lain la tu , mengata mama je kerja " Datin Zariah menampar lengan anaknya lembut. " Mana lah mama tak marah , anak dara tak elok bangun lambat lambat. Nanti menyingle sampai tua baru tahu " Usik wanita anggun itu.

"Ish mama ni , tak baik tau cakap macam tu kat anak sendiri. Kang mama jugak yang tak dapat menantu . And kakak kan baik, tak main la mengata orang ni."

"Suka hati kakak la. Malas mama layan " Datin Zariah pasrah dengan anak sulungnya yang cantik tapi hmmm tu la B.O.N.G.O.K sikit. Ish tak baik la kutuk anak orang.

"Adik pun sama macam kakak! Cuma adik bila datang bendera jepun, adik basuh muka , gosok gigi bagi segar. Tak TIDO BALIK MACAM ORANG TU " Perkataan TIDO BALIK tu sengaja ditekankan untuk mengusik kakaknya.

"Hmmph. Sekurang kurangnya kakak tak period lama lama ohoho " Balas Syaza.

"Dah dah, makan cepat. Sat lagi masing masing nak pergi kerja. Syanis pulak nak pergi kelas. Papa tanya tak sampai 10 patah. Korang punya jawapan tu fuhhhh , cukup satu karangan "

"Ala sorry la paaa" Syarif menayangkan muka sepuluh sen nya. "Hmmmm, yela yela. Papa maafkan korang dengan hati tak rela " Gurau Encik Sufian.

______________________________________

Syanis POV

Aku menjalani hari aku seperti biasa. Aku melangkah masuk ke dalam kampus dengan muka yang tidak beriak.

Hidup aku berseorangan di kampus. Aku bukannya ada kawan macam orang lain. Dia orang palau aku sebab katanya aku ni gila. HAHAHA mungkin betul aku ni gila.

Aku mengambil tempat paling hujung. Ye tahu dah lonely. Aku bermain dengan Iphone 11 Pro Max ku dan membuka aplikasi YouTube. Sambil sambil tunggu lecturer masuk why not tengok mukbang

Sedang aku ralit tengok mukbangers melahap macam singa tak makan 10 tahun, tiba tiba aku namoak seorang perempuan sedang berjalan ke arah aku. Hmmm nak kata cantik tu, rasanya aku lagi cantik en. Maklumlah muka aku ni macam duta fair and lovely dah ehe. Tapi kalau nak kata tinggi, aku admit aku yang lagi tinggi. Ni tak gurau eh. Sebab aku ni memang genetik tinggi. Serius aku lagi tinggi dari dia, dia paras separuh hujung cuping telinga aku je nyah. Rambut dia cantik gila bhai, blonde siaaaa. Aku senanye teringin gak nak dye rambut tapi tula, kalau aku dye rambut satgi sia sia kena pancung dengan mama. Oh btw, nama perempuan tadi tu Rania. Nama penuh dia, Safi Rania Gold kalau tak silap aku (tiberrrr)

Ok, sekarang cite dia asal dia makin dekat ni ? Tolongla jangan datang sini , tolongla jangan tegur aku , jangan tegur aku , jangan-

" Hi "

" Kau nak pe " Aku jawab acuh tak acuh. Dang it , you just had to ruin my day

" U sorang je ke? "

Tak, ape masalah pompuan ni ? Rabun ke buta woi. Ada nampak orang lain ke dekat dengan aku ?

Aku menjeling dia sekilas sebelum aku jawab balik soalan yang aku rasa hmm agak annoying seannoying gelak Dato' Vida

" Kau nampak ada orang lain ke? "

" I nak duduk sini boleh?"

" Suka hati kau la " Ye, aku malas nak layan so sebabtu aku jawab dengan penuh keikhlasan.

" Btw, nama ai Rania " Dia memperkenalkan diri. Macam aku tak tau nama dia pfftt padahal aku baru habis kutuk dia tadi. Eh even aku ' forever alone ' pun aku kenal nama every student yang sama batch ngan aku dekat U ni. Ulang suara, EVERY STUDENT. Kau ada nyah ? Takdeeee. Tak payah la puji memory aku ish malu la ish // menggedik //

" Oh, hi Rania " Aku buat buat baru kenal. Padahal aku nak je suruh dia blah

" Nama aku Syanis " Aku pula kenalkan diri. Ye la mana tahu dia nak tahu nama aku ke en.

"I know, u Syanis yang takde life tu kan ? Yang selalu duduk sorang sorang tu kan ? Duduk pula ambik tempat yang paling hujung, jauh daripada orang"

Ok,ape motif dia sebenarnya ? Minah ni datang nak cari kawan ke nak cari gaduh ? Eyyy geram lak aku

"Btw, aku ada dengan rumours yang kata kau gila. Betul ke?"

" Up to u la nak percaya ke taknak percaya benda bodoh camtu " Aku sebenarnya dah muak dengan soalan tu tau. Muak dia tu macam kau makan 10 biji cheesecake. Dorang ni apesal sia buat fitnah merepek camtu. I mean , kalau aku gila pun asal ? Dah aku gila, nak buat ape lagi.

"Weh, nanti kita pergi cafe sesama jom. Kau habis kelas pukul berapa? " Dia menyambung.

" Tengok la kalau aku rajin " Sejujurnya aku memang takde mood nak pergi cafe, lagi lagi ngan dia. Buat apa do nak pergi. Sebab kalau aku pergi pon nanti dengar orang membawang pasal aku. Buat sakit hati je.

______________________________________

Syaza POV

Aku memarkir Range Rover aku dihadapan sebuah premis. Papan tanda yang bertulis SYA FLORIST terpampang megah di atas pintu masuk premis itu.

Aku menolak pintu masuk dan serta merta rongga hidung aku disapa dengan bauan bunga yang lembut dan mendamaikan. ' Ahhhh this is the smell of comfort ' bisik hati kecilku. Kalau disuruh mencium haruman bunga selama setahun pun aku sanggup. Aku memang sukakan bunga.

Ha, kalau ada yang tertanya tanya, ye betul ni kedai bunga aku. Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku berjaya buka kedai bunga sendiri diusia 20 tahun dengan duit hasil kerja yang aku lakukan selepas selesai Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).

Aku berjalan terus ke kaunter dan meletakkan beg tangan ku yang berjenama PRADA ke dalam bakul yang tersedia.

" Good morning Kak Sya! " Kedengaran suara pekerja pekerja ku. " Morning ! Korang dah breakfast belum ni ? " Haaa nampak tak aku boss yang prihatin ?

" Hehe belum. Kak Sya bawak ape ? Bau macam mee goreng je " Pekerja kesayangan ku Aina bertanya. " Eh tahu tahu je akak masak mee goreng basah favourite korang " Aku mengeluarkan bekas tupperware yang berisi mee goreng basah dan meletakkannya di atas meja.

" Haaa korang makan la, akak pergi kira stock kejap " Aku melangkah riang menuju ke bilik stor kedai. Namun alangkah terkejutnya aku apabila terlihat sesuatu yang sungguh tidak disangka.

to be continued




hye ! so how's the first chapter ? vote and comment so author boleh improve okkie~

Unknown Killer Where stories live. Discover now