11: MAMT

3.3K 177 12
                                    

"Whatever lah." Gadis itu menggulingkan matanya, "Nah, jemput datang bawa your family dan ajak lah your friends sekali, okey." Diletakkan sampul surat bewarna putih di tangan Raiyan. Raiyan tanpa ragu-ragu membukanya dan terus riak mukanya berubah sangat terkejut.

"Tak payah nak buat muka terkejut sangat lah," katanya dengan muka masam.

"Seriously dengan siapa Amira?" katanya dengan muka terkejutnya itu.

"Dengan kawan abang I. Abang I yang kenalkan dia dekat i. Tak sampai sebulan pun kitorang kenal, dia kata nak hubungan yang halal. So... yes I agree with him." Dia tersenyum manis. Raiyan tersenyum jua.

"Baguslah macam tu. Semoga Allah permudahkan segala urusan perkahwinan you. Apa-apapun congrats. InsyaAllah, I datang dengan keluarga I nanti. Dan ajak kawan I sekali." Surat jemputan itu disimpan ke dalam beg kerjanya.

"Okay good, doakan yang baik-baik untuk I ya."

"InsyaAllah. Oh! sorry I got to go. I ada meeting dengan Tengku Farhan." Amira Dania mengangguk tapi cepat-cepat dia halang Raiyan semula.

"Eh, wait!"  Raiyan berpaling dan mengangkat keningnya sebelah. Bertanyakan kenapa.

"Can you pass this letter to Tengku Ayda Mikayla. Because I want to meet her so bad. I don't want to tell you about how I know her. Just give this to her, okay. Bye and thank you!" Amira Dania terus mencabutkan diri dari pandangan Raiyan.

"Aish! dia ni sama je perangai dengan kawan tiga mangkuk hayun aku tu. Orang tak sempat bertanya lagi dah lari. Hmm, simpan lah dulu." Dia pun menyimpan surat itu ke dalam beg kerjanya.

Dia pun terus pergi ke arah setiausahanya yang setia menunggu. Dia pun menyuruh Khai pergi dulu, sebab dia berjalan lambat. Tapi Khai buat tak endah dia tetap tunggu juga.

"Ish! Pergilah masuk dulu!" laungnya.

"Tak apa!"

Susahlah ada setiausaha yang kuat caring ni. Dia pun melintas jalan dan berhenti betul-betul depan Khai. Matanya tajam menikam muka Khai.

"Jomlah kita pergi kat restoran tu." Tunjuknya. Mereka pun berjalan masuk bersama-sama.

Mereka pun duduk di kerusi restoran itu. Tak berapa lama kemudian ada seseorang menyapa mereka. Raiyan memalingkan wajahnya ke arah orang itu.

"Eh abang Adiel. Duduk lah." Adiel ambil tempat di depan Raiyan. Seseorang di belakang tokma memandang tajam ke arah Raiyan. Dia pergi sebelah Raiyan dan memberi pandangan mata yang tajam.

"Kau buat aku ni macam hantu kan Raiyan," katanya geram di sebelah Raiyan. Raiyan buat-buat tak tahu je.

"Manalah aku nampak. Dah kau menyorok belakang tokma tu dah kenapa," ujarnya kepada Ayda tanpa memandangnya. Kerana geram dia roll eyes kepada Raiyan.

"Tokma jom pergi shopping barang. Duduk lama kat sini boleh panas bontot tokma nanti tau." Tokma memukul pelan tangan Ayda.

"Kenapa?" tanya Ayda dengan nada kebudak-budakan.

"Adiel tokma pergi bawa adik kau jalan-jalan kejap. Nanti kalau Adiel dan Afieq dah siap, telefon ke budak ni!" kata tokma serta mencubit pipi cucu manjanya. Ayda buat muncung itik.

"Baik tokma. Dik jangan lupa beli coklat dekat Daniel tu!"

"Orang tahulah!" terus diheretnya tokma ke lif.

"Jom lah kita mulakan meeting kita. Layankan kerenah dia sampai ke sudah tak jalan," kata Adiel di iyakan oleh Raiyan.

°°°

"Asal tokma ni panggil Raiyan dengan panggilan Afieq?"

"Dah tu nama mak bapak dia bagi. Takkan lah tokma nak panggil dia pokmat pulok! Ikut tokma lah nak panggil apa-apapun, yang kamu nak sibuk tu kenapa?"

"Mana ada menyibuk. Tanya je kot,"

"Ya ke tanya entah-entah dah berkenan. Hah lagi satu tokma tengokkan sesuai je Raiyan dengan kamu ni tau! Apa pepatah Melayu kata hurm hah bagai pinang di belah duo,"

"Hii apa tokma ni ship ship orang pula dah. Jangan nak mengarut tokma, nantikan doa tokma jadi makbul pula tak nak lah adik." Ayda buat muka geli sambil membebel panjang.

"Hah itu lagi bagus. Ya Allah yang tuhan ku, semoga kau jodohkan lah cucu ku dengan Raiyan Afieq! Aamiin..." membulat mata Ayda. Tokma dia ni dah kenapa doakan dia dengan Raiyan pulak!

"Tokmaa!!! Why! I don't want lah."
Katanya dengan bibir memuncung. Tak suka betul lah.

"Tak kira tokma nak juga dia jadi cucu menantu bongsu tokma ni." Terus tokma buat muka masam dan masuk ke kedai pakaian.

"Ya Allah kenapa lah tokma aku niii? Tokma!" Dia masuk ke dalam untuk mencari kelibat tokma.

"Tokma kenapa ni? Ya ya sorry adik tak bermaksud pun nak tinggi suara dengan tokma. Tapi jangan lah sampai ship ship orang macam tu. Kita orang kawan je tak lebih pun. Hah, kalau tokma tak percaya pergi tanya Raiyan sendiri." Tokma Ayda ni pantang dicabar. Dia angguk dan terus dia tinggalkan Ayda bersendirian. Terus Ayda lari dan sekat jalan tokma.

Memang bahaya tokma ni!

"Bakpo sekat jale tokma nih? Sakni kato suruh tanyo. Nih tokse wi pulok doh." Soal tokma dengan loghat bahasa Kelantannya. Ayda tahu dah kalau tokma terkeluar bahasa dia tu, dia tengah marah lah tu.

"Ala la la marah ke? Tak payah lah tanya eh jom kito cari baju nok?" tokma buat tak layan. Terus ditolak perlahan tubuh kenit Ayda. Amboi! Marah betul tu. Dia tepuk perlahan dahinya.

°°°

"Jadi macam mana? setuju tak kita punya projek ni?" tanya Adiel. Raiyan pun saja nak kenakan Adiel dia senyap dan lambat bagi respon.  Adiel pun juih bibir dekat Khai supaya sedarkan Raiyan.

"Bos macam mana setuju tak?"

"Hurm Raiyan rasa... Mestilah setuju! Apalah abang ni." Dia galak sukakan Adiel. Hish! Budak ni. Tak apa aku kenakan balik.

"Setuju apa? Setuju kahwin dengan Ayda ke? Ouh alhamdulillah!" katanya dengan nada perli.

Terus terbatuk dibuatnya. Baru sahaja dia meneguk air jusnya. Tiba-tiba tokma datang bagai hantu dan menepuk kuat meja itu. Tersedak sampai termelatah Raiyan.

"Opocotkualitokmameletoppompom! Eh eh!" Khai dan Adiel menahan tawanya. Raiyan meneguk semula airnya. Khai terus ingin cabut lari kerana tak nak dimarahi oleh Raiyan.

"Bos saya balik dulu eh. Bye!"

"Kurang asam punya budak!" ujarnya geram. Adiel pun bertanya kepada tokma.

"Tokma mana Ayda? Kenapa tokma terjah macam ni kesian Raiyan sampai tersedak tokma." Tokma tak bagi respon kepada soalan Adiel. Matanya tajam memandang tepat ke mata Raiyan. Raiyan menelan air liurnya.

"Apa perasaan kamu terhadap Ayda?" tanyanya dengan serius. Mak Ai! Apasal lain macam je aura tokma ni?.

"Rai.. Afieq.. Hurm.. -"

"Tokma!"

________________

Wait for it!
Let's go to next chapter!

Maksud yang tokma kata tadi

"Kenapa sekat jalan tokma ni? Tadikan suruh tanya. Ni tak nak bagi pula dah"

Haa so kalau ada bahasa Kelantan I will translate here if you guys don't understand
Okay👌

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now