"Prupraprupra...."
Siedem menghayati manteranya.
Secara tiba tiba dia membuka matanya.
"Haaaa..... Saya dah tahu apa soalan awak."
Siedem merenung mata tetamunya.
"Awak nak suruh saya cari siapa jodoh awak. Heyyyyyyy!!!! "
Siedem menghentak mejanya.
"Bukan tugas saya untuk cari siapa jodoh awak. Dasar...."
Siedem menahan kesabarannya untuk menjaga reputasi.
Terkelip kelip mata tetamunya merupakan seekor katak itu.
"Next!"
Siedem memicit kepalanya sendiri.
Perkara perkara yang aneh sering berlaku pada dirinya sejak dua menjak ni
Siedem memejam mata. Mahukan ketenangan.
Bebola kristal yang berada disebelahnya secara tiba tiba bercahaya dan menganggu ketenangannya.
"Huh, tetamu terhormat mahu kemari?" Siedem bangun dan terus keluar dari pejabatnya.
"Tetamu terhormat memberi signal bahawa dia mahu kesini. Sediakan jalan alternatif supaya dia sampai kesini dengan segera. SEKARANG!"
Tergopoh gapah pembantu pembantunya berlari berkeliaran.
"Tch...."
-
-
-"Saya dah hantar signal bebola kristal pada Tuan Siedem. Jadi, dia akan tahu bahawa kita akan singgah ke kerajaan dia. Kerajaan Lekki. Sebuah kerajaan diantara yang paling kuat selepas Trzesienie Ziemi." Kata Piec lalu meletakkan bebola kristal diatas meja.
"Jadi, kita perlu bergerak sekarang ke untuk sampai kesana? Sebab awak kata perjalanan kesana agak jauh dan...."
"Tak perlu. Awak duduk je dekat situ." Kata Piec.
"Eh, kenapa pula?"
Gempa mengambil tempat untuk duduk.
"Awak akan lihat keajaiban yang akan berlaku sebentar lagi. " Kata Piec.
Secara tiba tiba cahaya dari bebola kristal itu menyinari satu bilik yang mereka sedang duduk menyebabkan silauan itu menghalang penglihatan Gempa.
Gempa menutup matanya.
Buka sahaja matanya, Gempa sekali lagi terkejut. Tempat apa pula ni?
"Wah, cantiknya tempat ni?" Gempa memandang sekeliling.
"Inilah Kerajaan Lekki. Kerajaan ni unik tau sebab bangsawan yang berketurunan Sloneczny sahaja yang boleh tinggal dalam kerajaan ni." Terang Piec lagi.
"Tapi, kita yang tiada kena mengena dengan keturunan ini harus datang kesini jika ada masalah sahaja kerana kerajaan ini jauh dan ambil masa yang lama untuk sampai ke sini." Terang Piec.
"Tapi, tadi kenapa kita dah sampai...."
"Itu sebab kita lalu jalan alternatif, hanya orang orang tertentu sahaja yang boleh lalu jalan ini." Kata Piec sambil menepuk bahu Gempa.
"Dah jom, nanti kita lambat." Kata Piec lagi.
Mereka meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan Siedem.
-
-
-Tok tok tok...
"Szecs, awak marah lagi ke?" Maya mengetuk pintu rumah Szecs.
YOU ARE READING
The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)
FantasySelamat datang ke The Untitled World.... ---------------------------------------------------- Hanya kerana dia seorang anak angkat keluarga ternama dan orang kaya, Gempa sentiasa dipinggirkan. Sehingga suatu ketika dia hanya mahu tamatkan sahaja h...