"Tokma!" Ayda bergegas lari ke tempat Tokma, Adiel dan Raiyan. Sampai sahaja dia terduduk di sebelah Raiyan. Turun naik pernafasannya.
"Tokma ni... Ore gura jah jangan lah ambil serius sangat. Please"dia buat muka comel.
Tokma buat tak hirau je. Dia palingkan wajahnya ke arah Adiel yang duduk di sebelahnya. Adiel telan air liur." Adiel mari balik, tinggal adik ni biar dia balik dengan Afieq. Jangan cuba-cuba nak ikut!" katanya Tokma dengan tajam memandang Ayda. Ayda mengelipkan matanya beberapa kali. Kenapa dengan perangai Tokma hari ni? Pelik semacam je.
"Tokma kenapa ni? Okay Ayda minta maaf kalau ada salah, jangan buat macam ni kat Ayda Tokma. Tokma je satu-satunya nenek yang Ayda ada" Tokma buat tak layan dengan kata-kata Ayda. Terus berjalan meninggalkan Ayda seperti Ayda tiada di situ.
"Abang... Kenapa dengan Tokma tu? Takkan nak tinggal Ayda betul-betul kot?" Katanya dengan bibir terjuih ke depan seperti budak-budak nak nangis.
"Ayda tumpang lah dengan Raiyan dulu ya. Nanti abang cuba bercakap dengan Tokma, okay? Raiyan jaga adik aku betul-betul. Nanti abang telefon balik bila Adik boleh balik okay?" Ayda ternganga, dia telefon dulu baru aku boleh balik? Apahal!
"Wait-.." tak sempat hendak menarik lengan baju abang Adiel terus ditinggalnya Ayda di situ.
"Abang!"
Dari jauh Adiel melambaikan tangannya.
Tak guna punya abang."So macam mana?" tanya Raiyan di sebelahnya kanannya.
"Terpaksa balik dengan kau lah. Weh kau tak rasa pelik ke dengan Tokma aku tu? Kau tahu tak -.. " sambil bercakap dia berjalan ke arah meja tadi dan Raiyan potong percakapannya laju.
"Tak tahu"
Ayda tajam menjeling ke arah Raiyan.
"Aduh! Tajam nak mapuih pandangan mu! Hahahhah okay apa dia cakaplah " dia gelak pelan.
" Kau kan tahu Tokma aku tu macam mana jarang sekali dia buat perangai macam tu" ujarnya sambil mengambil telefonnya di dalam begnya.
"Ha'ah lah aku baru perasan. Tapi entah lah weh aku pun tak tahu kenapa" dia angkat bahu sambil mata tertancap dekat dada telefon pintarnya. Tiba-tiba ada orang call Raiyan.
Auntie Aisyah
Accept decline
Berkerut dahinya. Kenapa pula mama Ayda telefon dia ni? Dia pun angkat. Dia buat isyarat tangan kepada Ayda untuk menjawab panggilan tersebut. Ayda angguk kan sahaja. Raiyan pun pergi jauh sedikit daripada Ayda.
"Assalamualaikum, auntie. Kenapa call ni?"
"waalaikumussalam Raiyan, Ayda ada dekat dengan Raiyan ke tu?"
"Tak ada auntie, kenapa ya?"
"Okay, macam ni...."
"Ya Allah lamanya mamat ni!" ujar Ayda. Dia kacau kuat air di dalam gelas kaca itu. Geram punya pasal.
" Sorry.. Aku bercakap dengan pekerja aku tadi. Dia kata ada satu fail lagi yang perlu aku siapkan dan projek tu kena hantar esok. Boleh ke kau tunggu ni? " Ayda melihat jam di telefonnya. Dah nak masuk pukul empat petang.
"Boleh lah, abang Adiel pun tak telefon lagi"
"Kalau macam tu jom lah kita pergi pejabat aku seberang sana" Ayda angguk dan cepat-cepat habiskan air jus epalnya itu. Selepas selesai Raiyan membayar minuman mereka, Ayda pun berjalan beriringan dengan Raiyan.
Keluar sahaja dari pasaraya itu mereka terus berjalan ke arah jejantas untuk pergi ke arah sana.
"Aku nak tanya ni, kira-kira pukul berapa kau boleh siap kertas kerja kau tu?"
"Tak tahu lah aku kena tengok dulu. Kalau sampai malam macam mana? Kau okay tak?"
Ayda mengelipkan matanya beberapa kali. Malam? Raiyan melihat ke arah Ayda yang berhenti tiba-tiba di belakangnya. Raiyan pergi ke arah Ayda semula.
"Wuit! Fikir apa?"
"Tak ada apa-apa. Hurm kalau malam, kau bagi tahu lah kat abang Adiel aku tu nanti kang apa pula orang kata" Raiyan mengganggukkan kepalanya.
Mereka pun berjalan hingga masuk ke dalam bangunan IRFAN HOLDINGS.
Ayda mengikuti Raiyan dari belakang dan ada beberapa pekerja Raiyan melihatnya dan tersenyum manis ke arah Ayda. Ayda membalasnya dan masuk ke dalam lif bersama Raiyan ke tingkat 3."Wah cantik lah!" kata salah seorang pekerja Raiyan.
"Apa yang cantik?"
"Kau tak perasan ke tadi? ada seorang perempuan kat belakang bos kita tu"
"Tak. Kenapa?"
"Aku rasakan sesuai lah bos dengan perempuan tu. Dah lah sopan dan senyuman dia tu ya Allah boleh gugur jantung aku ni tau!"
"Ish kau pula yang nak melebih-lebih. Dah dah sambung kerja"
"Ala... Nak gosip sikit pun tak boleh. Ya lah ya lah! Ish"
°°°
"Abang Zayyan, kenapa abang tak jawap pun panggilan dari Anis?"
Zayyan tidak membalas pertanyaan Anis. Dia memandang Anis atas bawah. Asal Anis tak pakai tudung ni?
"Asal Anis macam ni? Mana tudung dan pakaian yang dulu?" ujarnya sambil palingkan wajahnya ke arah lain.
"Kenapa? Tak boleh ke Anis nak ikut trends?" ujarnya sambil membetulkan rambutnya.
"Anis, abang tak suka lah Anis macam ni. Nak ikut trends tu boleh tapi kenapa tak pakai tudung. Melayang ke mana baju tutup aurat semua tu?" ujarnya dengan tegas.
"Ada je. Abang kenapa tak bagi jawapan pun tentang pertunangan kita tu?" tanyanya dengan manja.
"Beginilah abang berterus-terang. Abang tak setuju dengan pertunangan ni. Abang dah ada pilihan hati abang sendiri. Anis boleh bagi tahu ibu dan ayah tolong batalkan pertunangan ni ya. Abang pergi dulu ya" Zayyan melihat ke arah Anis.
Retak hati Anis mendengar perkataan yang keluar dari mulut Zayyan sendiri. Air matanya mengalir dengan laju.
Zayyan yang melihat Anis menangis. Terbantut Pergerakannya."Anis.."
Tanpa sempat Zayyan hendak berkata-kata terus Anis berlari keluar dari restoran itu. Zayyan memandang sahaja Anis berlari keluar dari restoran itu.
"Apa aku nak buat ni! Aku sukakan Ayda tapi Anis sukakan aku. Tapi Ayda sukakan aku ke...?" dia menyoal diri-sendiri. Dia membatu di situ dengan persoalan yang berlegar di dalam kepalanya.
Anis terus masuk ke dalam keretanya. Dia menangis sekuat mungkin di situ.
" Kenapa.. Kenapa abang Zayyan buat aku macam ni? Dia tak nampak ke yang aku sentiasa memberi kasih sayang kepada dia. Aku nak dia juga!" dia meletakkan kepalanya di stereng kereta. Dia menangis sepuas mungkin di situ.
Dia bertekad akan buat sesuatu untuk dapatkan Zayyan. Kalau dia tak dapat orang lain pun takkan dapat! Itu janjinya.______________________<3
Apa yang Anis akan lakukan untuk dapatkan Zayyan?
Ayda sukakan Zayyan ke?
Kenapa Tokma buat Ayda macam tu?Let's go to next chapter! 🙆
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Teen Fiction[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...