13: MAMT

2.9K 181 5
                                    

Ayda memandang Raiyan yang sibuk dengan kerja-kerja yang bertimbun di atas mejanya itu. Ayda berasa bosan bila lama sangat di dalam bilik Raiyan ni yang hanya berwarna hitam putih seperti warna tahik cicak.

Dia pun menyandarkan badannya ke sofa. Sambil itu dia bermain telefon pintarnya dan terpandang ke arah jam. Pukul lapan. Terus dia berdehem ke arah Raiyan yang ralit menaip kerjanya di laptop itu. Raiyan berpaling ke arah Ayda yang duduk di sofa depan meja kerjanya ini.

"Kenapa?"

"Dah pukul lapan ni, berhenti lah dulu buat kerja tu nanti kan masuk Isya' kena ganti pula" ujarnya sambil pandang ke arah Raiyan. Raiyan melihat jam di tangannya. Ha'ah lah dah pukul lapan.
Dia pun bangun dan pandang ke arah Ayda.

"Jom jemaah sekali" Ayda jadi malu bila Raiyan ajaknya solat berjemaah sekali.

"Aku.. Aku.." haih kenapa lah mulut aku ni. Tiba-tiba jadi gagap pula dah!.

"Aku cuti" Ayda rasa tebal mukanya bila memberitahu Raiyan tentang hal wanita ni.

Raiyan menganggukkan kepalanya perlahan. Kemudian berjalan ke arah pintu untuk keluar. Ayda memandang ke arah Raiyan yang ingin membuka pintu itu.

Takkan dia nak tinggalkan aku kat sini sorang-sorang kot! Tak nak lah aku duduk sini nantikan timbul jembalang mampus aku! Monolognya dan terus berlari ke arah Raiyan dan berdiri disebelah Raiyan.

Raiyan terkejut. Tiba-tiba saja minah ini sudah ada disebelahnya.

"Kau dah kenapa? Terkejut aku tahu tak" katanya sambil membetulkan suaranya. Sambil menggosok dadanya.

"aku takut duduk sini seorang diri. Nak ikut boleh tak?"

"Ikut lah, jom" Raiyan pun berjalan laju ke depan. Ayda mengikuti Raiyan dari belakang tapi dekat sangat dengan belakang Raiyan. Raiyan pusingkan badannya. Ayda yang tidak perasan kepalanya berlanggar dengan badan Raiyan.

"Kenapa kau berhenti? Sakit tahu tak kepala aku"

"Kau tu kenapa rapat sangat? Aku pula yang seram dengan kau. Dah kau duduk sini aku nak pergi solat. Tak ada apanya kat sini buka ayat-ayat suci tu" kata Raiyan dan masuk ke dalam surau pejabat itu.

Terus Ayda memasang ayat-ayat suci dengan volume yang tinggi sampai Raiyan kat dalam pun boleh dengar.

"Haih penakut betul" dia pun mengangkat takbir untuk solat maghrib. Sambil tu dia tunggu Isya' senang balik nanti tak perlu solat dah.

°°°

"Mama, kenapa Zayyan ada kat sini juga? Siapa yang jemput dia?" berang Adiel kerana Zayyan tiba-tiba muncul di rumah agam ini.

"Mana lah mama tahu, mama pun baru perasan" ujar Engku Aisyah yang sibuk menyiapkan makanan untuk sambut hari lahir seseorang.

"Kalau Ayda balik ni, mengamuk karang"

"Mama harap jangan lah ada apa-apa yang buruk terjadi hari ni"

"Semoga Allah permudahkan Mama. Amin"

Adiel melihat ke arah Zayyan yang sibuk bermain dengan anaknya itu. Ariena dan Adila pun mengambil kesempatan untuk mengejutkan abang Adiel.

1 2 3!

"Abang Adiel!!"

Kedebuk!!

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now