27. 9 WANITA SURGA YANG PATUT DI CONTOH?

5 1 0
                                    

9 WANITA SURGA YANG PATUT DI CONTOH?

1. Siti Khadijah :🌹
Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah ﷺ walaupun ditentang hebat oleh orang - orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2. Siti Fatimah :🌹
Putri Rasulullah ﷺ yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah ﷺ pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti Aisyah :🌹
Beliau isteri Rasulullah ﷺ yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar :🌹
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah ﷻ. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah ﷻ demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

5. Siti Maryam :🌹
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah ﷻ untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asyiah :🌹
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah :🌹
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti'ah :🌹
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah ﷻ syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.

9. Siti Zubaidah : 🌹
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karena Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

#sahibfiljannah🌹

Goresan Pena HijrahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang