"Ha!! Cari siapa tu?? " sergah Chaemin dari belakang Hyeri. Hyeri melompat, kerana terkejut.
"Kau ni!! Aku cari kau la!! " Hyeri memukul lengan Chaemin.
"Sakit.. " Chaemin menggosok lengannya yang terasa sakit.
"Hyeri.. Petang ni free tak? " Chaemin memandang Hyeri sambil mereka berjalan menuju ke kelas.
"Aku free je.. Kenapa? " Hyeri mengangkat sebelah keningnya.
"Jom lepak kafe.. Aku bosan lah.. " Chaemin memberikan senyuman kepada Hyeri. Hyeri menggaru kepalanya.
"Bukan aku tak nak.. Tapi.. Aku takut abang aku tak bagi laa.. " Hyeri membuat pout.
"Ish! Merajuk lah.. " Chaemin menyilangkan tangannya.
"Yalah.. Nanti aku tanya abang aku eh? Kalau boleh, aku suruh dia hantar.. Okay? " Chaemin mengangguk laju. Hyeri tergelak melihat gelagat rakannya itu.
"Dah.. Jom cepat.. " mereka berdua berlari ke kelas.
"Kafe eh? Okay.. "
_________________________________________
"Oppa!! " Hyeri berlari ke dalam rumah. Dia memandang Jeno yang sedang kusyuk menonton televisyen.
"Apa kau nak? " Jeno memandang Hyeri. Hyeri datang ke arahnya perlahan-lahan.
"Oppa.. Hyeri nak pergi kafe boleh? Dengan kawan Hyeri.. Boleh? " Hyeri memujuk Jeno.
"Eh? Dekat rumah je tak boleh? " Jeno mengangkat sebelah keningnya.
"Alaa.. Dia ajak pergi kafe.. Oppa hantar la.. Boleh eh? "Hyeri mengelip-ngelipkan matanya.
"Tak.. " Jeno sambung menonton televisyen. Hyeri membuat pout. Jeno memandang Hyeri semula.
"Pergilah siap cepat.. Haishh budak ni.. " Hyeri melompat gembira. Jeni hanya menggeleng melihat gelagat adiknya.
Hyeri berlari ke biliknya untuk bersiap. Selepas beberapa minit, Hyeri turun ke bawah dengan baju hoodie berwarna ungu dan seluar panjang berwarna hitam dikenakan.
"Oppa.. Dah siap.. Jom.. " Hyeri memanggil Jeno di ruang tamu. Jeno mengangguk.
Dia mengambil kunci motornya. Mereka berdua melangkah keluar dari rumah.
_________________________________________
"Oppa.. Cepatlah.. Lambat laa.. " Chaemin yang sudah penat menunggu Jaemin bersiap merungut.
"Sabar boleh tak? " Jaemin keluar dari biliknya. Chaemin menggeleng.
"Pakai baju biasa je tak boleh ke? " Chaemin melihat pakaian Jaemin. Berbaju hoodie hitam, seluar panjang berwarna hitam, topi dan bertopeng.
"Diam lah.. Nak pergi tak? " Jaemib memandang Chaemin.
"Chaemin tak kesah kalau tak pergi.. Oppa laa.. Boleh ke tak pergi? " Chaemin tersenyum senget.
"Haish.. Yelah.. Nanti Chaemin masuk dulu tau.. " Chaemin mengangguk.
Mereka berdua bergerak keluar dari rumah. Mereka menaiki motor untuk ke kafe.
Setelah tiba disitu, Chaemin mencari kelibat Hyeri, namun tiada. Dia melangkah masuk ke kafe untuk menunggu Hyeri.
Tidak sampai beberapa minit, seorang perempuan yang ditunggu-tunggunya kini melangkah masuk ke dalam kafe itu.
"Maaf lanbat.. " Hyeri tersenyum. Chaemin menggeleng.
"Aku baru sampai.. " Hyeri mengangguk.
"Abang kau hantar ke? " Chaemin memandang Hyeri. Hyeri mengangguk. Chaemin memandang luar.
Kelihatan Jeno dan Jaemin sedang berbual di tepi motor.
Hyeri dan Chaemin memesan air.
Seorang lelaki memakai hoodie berwarna hitam melangkah masuk ke dalam kafe tersebut.
Chaemin memandangnya. Chaemin memandang luar. Ternyata lelaki itu bukan la Jaemin. Jaemin masih lagi bersama Jeno diluar.
YOU ARE READING
~I miss you 2~ Na Jaemin
Fiksi Penggemar"Kenapa? " Hyeri terkaku. "Hyeri.. Let me explain.. " "Sampai hati awak.. Sanggup awak buat saya macam ni.. " butiran jernih mula membasahi pipi Hyeri. Hyeri dapat rasakan badannya ditarik ke dalam satu dakapan..