6 [ Osiem's Portion ]

335 34 12
                                    

"Dwa, jangan! Tolonglah jangan. Letak pisau tu dibawah. Tolonglah. Dengar cakap saya kali ini. " Laurel menahan Dwa dari membuat tindakan diluar jangkaan.

Dwa hampir hampir mahu menikam dirinya menggunakan pisau dari lacinya.

"Untuk apa saya hidup lagi jika tiada sesiapa kisah tentang hidup saya. Hidup saya bagaikan satu bala untuk keluarga saya. Saya tidak sepatutnya lahir dan hidup dari dulu lagi." Dwa kembali menghala pisau yang dipegangnya itu dan letakkan di lehernya.

"Siapa kata tiada. Saya ada sepanjang waktu, siang dan malam awak. Apa lagi yang awak mahukan?" Laurel masih lagi memujuk Dwa.

"Baguslah. Jika saya mati nanti, awak tidak perlu susahkan diri awak untuk menjaga saya siang dan malam. Saya hanya membuangkan masa awak sahaja untuk menjaga saya yang gila ni." Kata Dwa lagi. Dia tetap dengan pendiriannya untuk membunuh diri.

Hati Laurel mula berdebar kencang. Takut amat dengan keadaan yang gentar ketika ini.

"Dwa, kenapa saya perlu mengalah? Saya diberi tanggungjawab untuk menjaga awak, sihatkan awak, menemani awak sepanjang masa. Kenapa saya perlu putus asa dan menanggap awak membuang masa saya? Tolonglah Dwa, jika awak sayangkan saya sebagai doktor peribadi awak yang sanggup susah dengan awak, jangan buat saya lebih susah hanya kerana awak bertindak diluar jangkaan. " Laurel memberi pujukan lagi. Tetapi dengan cara yang melibatkan emosi pula.

Perlahan lahan Dwa mengalihkan pisau itu dari lehernya dan meletakkan pisau itu diatas lantai.

Dengan pantas Laurel mencapai pisau itu dari lantai untuk mengelakkan Dwa memegangnya lagi.

Laurel mendekati Dwa yang sudah teresak esak menangis diatas katilnya.

"Saya teringin untuk hidup dalam keluarga yang bahagia seperti awak, Laurel." Kata Dwa perlahan.

Laurel memandang Dwa, ataupun nama penuhnya Dwa Taufan dengan penuh simpati.

Dwa Taufan, berketurunan Tajfun dari kerajaan Wiart. Satu satunya pewaris takhta seterusnya selepas ayahandanya.

Sayangnya, dia dibenci oleh permaisuri ayahandanya hanya kerana Dwa merupakan anak gundik diraja.

Bukan itu sahaja, dengan kuasa yang unik yang ada pada Dwa membuatkan permaisuri makin membencinya. Mungkin takut kerana gelaran permaisurinya akan tergugat.

Hidup dalam keluarga yang amat membencinya tiada siapa yang mahu.

Tetapi, tiada sesiapa yang mampu menolak takdir jika itu adalah takdir perjalanan seseorang.

Hampir 5 tahun Laurel menghabiskan masanya bersama Dwa sebagai doktor peribadi yang menjaga kesihatan mental dan fizikalnya.

"Menangislah semahunya Dwa jika itu yang awak akan rasa puas." Kata Laurel sambil menepuk belakang Dwa dengan perlahan lahan.

-
-
-

Sudah dua hari Datuk Seri Roslan tidak menegur, menyapa, melayan apatah lagi.

"Takkan satu lambaian pun tak nak beri pada aku." Datin Seri Julia memeluk badannya.

Pergi kerja awal pagi dan balik tengah malam. Hanya kerana tidak mahu menegur orang dalam rumah ni.

"Ah, lantak dialah. Baik i pergi have fun. Lets shopping!" Datin Seri Julia terus memasuki biliknya untuk bersiap diri.

-
-
-

"Cik, cik mahukan portion terbaru dari kami? Portion pengasih. Ha, selama ini kita sering mendengar tentang ubat pengasih bukan. Kali ini versi baru pula. Lagi hebat, lagi menarik bukan?" Seseorang menegur Datin Seri Julia dari belakang.

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now