Prolog

22 1 0
                                    

"Kiko!"

      Sedar sahaja namanya dipanggil,Kiko terus turun ke bawah. "Ya,Tita?" sahut Kiko sambil menghampiri Tita Jenny.

"Kamu balik Malaysia bulan depan,kan?" soal Tita Jenny sambil dia menyiapkan balut untuk makan malam keluarga mereka.

"Ya,kenapa dengannya?"Kiko angkat keningnya.

"Kamu tinggal di sana dengan siapa nanti?"

"Saya tinggal dengan Sharon." balas Kiko walaupun jawapannya pasti membuatkan Tita Jenny kaget.

"Sharon? Bukankah keluarga Sharon transphobic ke?"

"Dulu ya,sekarang tidak lagi selepas mereka dapat tahu pasal diri saya yang sekarang ini."

"Kamu pasti ke nak balik Malaysia,Kiko? Selepas apa yang keluarga kamu telah lakukan kepada kamu?" Tita Jenny mula rasa risau memikirkan nasib Kiko saat Kiko menjejakkan kakinya semula ke Malaysia. Kiko bermaustatin di Filipina pun selepas Kiko dihalau dari keluarganya setelah Kiko enggan lagi merahsiakan seksualiti dan identiti jantinanya daripada semua orang.

"Ya,saya pasti. Saya hiatus daripada industri seni bukannya lama mana pun,Tita. Setahun sahaja. Habis sahaja tempoh setahun ini,saya pulang ke sini semula. Lagipun saya dah lama sangat nak berjumpa dengan Sophia."

Tita Jenny kemudiannya senyum kambing.

"Oh,patutlah kamu nak pulang ke Malaysia. Buah hati sudah menunggu rupanya."

"Buah hati ke,Tita? Dia pun masih lagi isteri orang,dengan suami sendiri pun dia tak berani come out from closet."

"Memang la,sedangkan lesbian,biseksual dan gay pun dah ramai orang pandang serong,inikan lagi panseksual seperti Sophia. Hancur hati suaminya nanti kalau dia dapat tahu yang Sophia memang mencintai sesiapapun tanpa mengira jantina."

       Kiko hanya mampu iyakan jawapan mak ciknya itu dengan anggukan ringan. Meskipun dia hanya mengenali Sophia melalui Instagram,personaliti Sophia memang dia senangi. Dia pun tak sangka Sophia antara insan yang sebangsa dengannya menghormati identiti dirinya sebagai seorang transman dan seorang yang tidak malu dengan menjadi diri sendiri.

"Tapi saya tak pernah tengok lagi muka suami dia. Awak ada tak gambar suami dia?"

"Ada,sekejap." Kiko terus ambil telefon Samsung S8 rona ungu dari kocek seluar Hawaii-nya dan dia nyalakan skrin telefonnya. Aplikasi Instagram dibuka dan dia tunjukkan akaun Instagram Sophia kepada Tita Jenny. Dia tekan salah satu gambar Sophia bergambar dengan suaminya ketika mereka berbulan madu di Sabah.

"Uish! Kacaknya suami dia. Hero Malaya sungguh rupanya,sama padan dengan isteri. Bagaikan pinang dibelah dua walaupun suaminya lagi tua darinya." Pujian yang berbakul-bakul dari Tita Jenny membuatkan tekak Kiko sedikit loya. Handsome pun tak guna kalau mandul,kutuk Kiko dalam hatinya.

"Kacak pun belum tentu boleh bahagiakan Sophia. Kalau bahagia,takdenya si Sophia itu nak menggatal dengan saya,Tita. Takdenya ibu bapa si Sophia tu sibuk nak jodohkan dia dengan Syamil."

"Syamil? Siapa pula dia?"

"Bakal suami Sophia."

"HAH?!" Tita Jenny terus hentikan kerjanya.

"Ya. Sophia dengan suaminya itu nanti nak bercerai. Katanya suaminya mandul dan ibu bapanya mendesak dia untuk tinggalkan suaminya demi mendapatkan zuriat dengan Syamil. Sepuluh tahun ibu bapa Sophia berikan masa untuk si Khairi berikan cucu kepada mereka,last-last? Kelaut juga."

"Ish ish ish. Kesian Khairi,dapat mertua perangai begitu." tergeleng-geleng kepala Tita Jenny yang berasa simpati akan nasib diri Khairi,mempunyai paras rupa yang sempurna pun tidak menjamin kebahagiaan rumahtangganya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love SickWhere stories live. Discover now