Fiqr - "Dia Bukan Aku"

46 2 0
                                    


"Kau ni nak dengan siapa sebenarnya?!" Suara aku yang agak meninggi itu mengejutkan dia daripada melekat di telefon pintarnya. Terus dia mengangkat muka memandang aku dengan riak terkejut.

"Shh, cakap slow-slow laa. Orang tengok ni," dia membuat isyarat senyap dengan jari di bibirnya. Aku mengeluh kecil sambil jeling ke sekeliling. Ya, memang ada beberapa pasang mata yang memandang ke arah kami. Tapi aku peduli apa.

"Kau cuba cakap betul-betul kau nak siapa? Kau nak kawan aku ke adik kawan aku yang lagi sorang tu?" Soalku bengang. Yelah, siapa yang tak bengang bila orang yang kau suka tu suka kat orang lain. Siap minta aku kenenkan pulak dengan diorang. Ya, diorang. Bukan sorang yang dia suka tapi 2 orang. Tapi suka dia tu cuma minat je. Aku tau dia tak la sampai nak kahwin dengan diorang, just minat macam minat artis tu je. Tapi aku masih bengang. Kau tak nampak ke aku ni suka kau?! Yang depan mata ni takkan kau tak nampak?! Haishh...

"Tapi aku minat dua-dua," sambil mendekatkan jari telunjuk kanan dan kirinya. Aku letakkan tanganku di dahi, mengurut. Aduhh, jangan buat muka comel macam tu boleh tak? Cair aku nanti...

"Haih... Yelah, cakap dengan aku betul-betul kau nak siapa? Nanti senang la aku nak kenenkan. Nanti aku gula-gulakan la dorang yang kau ni baik, bakal suami mithali, pandai amik hati orang tua and blah blah blah," aku menyambung. Memuji dia lebih sikit, tapi memang itu pun apa yang aku rasa terhadap dia. Dia memang baik. Sangat jaga keselamatan diri dia dengan lelaki. Walaupun dia ramai kawan lelaki tapi dia tak pernah disentuh. Maksud aku pegang tengan ke buat 'benda ringan-ringan' ke. Aku tau dia mcm mana. Sebab dah dekat 5 tahun kitorang berkawan.

Dia tersengih sumbing. Mukanya berona merah. Malulah tu. Aku tersenyum melihat reaksi dia. Ish, nak aje aku cubit pipi dia! Geram! Lepas tu dia perlahan hulurkan telefonnya ke arah aku. Gambar kawan aku. Dia minat yang macam ni rupanya. Patutlah pun. Kawan aku tu pun hensem. Kalau dia lalu kat tepi jalan tu, bukan setakat gadis-gadis yang pandang 2 kali, makcik-makcik pun boleh toleh 2 kali, terus lupa encik suami kat sebelah. Aku bagi akaun insta kawan aku tu pada dia. Senyum lebar dia. Aihh, sabarlah hati.

"Nanti kau tolong 'gula-gulakan' dia eah? Aku segan la nak chat dia," dia buat pulak muka comel ni!

"Yelah, nanti aku cakap la kat dia." Selepas habis makan dan minum kitorang pusing dulu kat kedai Ninso. Aku pelik kenapa orang perempuan suka sangat pergi kedai yang macam ni? Dia jalan di hadapan sambil aku mengikutinya di belakang. Ketika dia berjalan ke bahagian patung plushie aku berhenti melangkah. Melihat senyuman dia membuatkan aku juga tersenyum kecil. Aku keluarkan telefon dan menekan ikon kamera.

Klik! Klik!

Tanpa sedar aku ambil gambarnya secara candid tu. Lepas tu terus aku simpan telefon. Baru aku tersedar sesuatu. 'Shit!' Aku berbisik kecil. Aku rasa macam stalker! Terus aku berjalan ke arah lain meninggalkan dia dengan patung-patung dia tu. Sampai di bahagian keychain aku terhenti. Aku terpandang keychain dengan bentuk kepala puma. Tapi versi comel. Aku angkat separas dia. Dia masih lagi dengan patung dia tanpa menghiraukan orang lain a.k.a aku. Entah kenapa aku rasa keychain ni sesuai dengan dia. Aku ambil dan terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selesai membuat pembayaran aku kembali kepada dia.

"Kalau nak beli je la," aku menegur. Dia geleng.

"Cukup la bantal aku 5 kat atas katil tu. Kalau aku beli ni kat mana aku nak letak?" Dia meletakkan kembali patung yang dipegangnya tu.

"Dahlah, jom. Nak pergi mana lagi?" Dia bertanya. Aku jongket bahu.

"Ikut kau la. Kau yang ajak aku keluar, aku follow je," aku memberi jawapan tak berapa nak bernas. Dia mencebik. Sengih aku cuba sembunyikan.

"Pergi Kinokimiya jap. Pastu kita balik." Dia membuat perancangan. Aku sekadar mengangguk setuju.

Aku menghantar dia pulang. Selepas dia menutup pintu keretaku, aku menggamitnya sebentar. Dia berdiri di sebelah pintu driver. Aku turunkan cermin dan hulurkan keychain yang kubeli tadi.

"Woahh miow miow!!" Dia menjerit teruja, bersinar matanya. Comel. Pedulik laa korang nak cakap apa pasal aku yang asyik-asyik puji dia comel je. Dah memang dia comel nak buat camne?! Tapi takde la aku nak puji dia direct.
"Pumalah!" Aku membantah. Dia mencebik kemudian tersenyum.
"Thank you," ikhlas ucapannya. Aku angguk. Kemudian aku keluar dari perkarangan rumahnya. Dapat kulihat dia melambai ke arah aku. Aku senyum mengangguk.

Another day past by and I was so happy to spend the day with her. Walaupun dia cuma anggap aku ni sebagai sahabat dia je. Takpe, suatu hari nanti dia akan tau juga isi hati aku. Cuma belum tiba masanya je.

[2020.09.10_1828]

DIA = KAUWhere stories live. Discover now