1

1 0 0
                                    

Hari yang baru, Tahun yang baru dan sekelilingnya juga baru. Dia duduk di atas satu bangku yang disediakan. Pelajar yang lalu di depannya diendahkannya.

'Lambatnya...' Keluhnya dalam hati. Tiba-tiba satu tangan mendarat di bahunya

"Datang pun. Jom" Lalu dia bangun. Mereka menuju ke tapak perhimpunan.

Memandangkan minggu orientasi sudah selesai.. Mereka pergi ke arah barisan kelas masing-masing.

Mic diketuk beberapa kali oleh ketua pengawas sekolah. Perhimpunan diteruskan sehingga 8:45.

"Baiklah.. Kamu semua dibenarkan masuk ke kelas masing-masing. Jangan nak bising pula kerana kami ada mesyuarat" Pesan pengetua mereka, En. Amran.

Para pelajar bersurai dan menuju ke kelas mereka. Setiap kelas didatangi dua orang pengawas sekolah. Seorang perempuan dan seorang lelaki.

1AFC
Kelas 1AFC dimasuki oleh dua pengawas sekolah dari form 2. Memandangkan kelas mereka adalah 1 A First Class, tugas mereka amat mudah. Mereka hanya duduk di tempat yang kosong sambil memerhati setiap pelajar kelas tersebut.

Ada yang membuat grup untuk berbual. Kerusi ditarik letak dekat meja kawan. Ada yang buka buku ulang kaji dan menyiapkan kerja yang belum diselesaikan.

Faris, pengawas sekolah dari form 2 dari tadi lagi memerhati seorang juniornya. Berbeza dengan kawannya, Amira yang menyertai juniornya berbual. 

Faris menyentuh bahu Emir, juniornya.

"Emir. Siapa budak tu?" Jarinya dituding ke arah pelajar tersebut. Emir berpaling.

"Ouh... Hani." Jawabnya

"Asal dia duk sorang ja?" Soalnya

"Dia memang macam tu. Bukan tak de kawan just dia kurang bercakap. Kalau bercakap banyak pun jarang je" Terangnya.

"Ouh.. Tak pelah. Thanks." Emir menganggukkan kepalanya dan sambung menyelesaikan kerjanya.

Faris terus merenung Hani.

...

"Hani... Lambat lagi ke?" Soal kawannya yang baru sahaja ke arahnya. Hani menggeleng. Baginya soalan begitu tidaklah penting sangat. Setakat geleng atau angguk, Ayu dah tahu jawapannya.

"Cepatlah. Aku tak tahan ni" Ayu memegang perutnya. Hani tahu yang Ayu nak ke tandas kerana pagi tadi Ayu ada beritahunya yang dia ingin buang air. Namun sekarang ni mungkin dia juga mengalami senggugut. Macam mana dia boleh tahu? Ada minyak yuyee di tangan Ayu.

"Kau ni kalau ye pun tengoklah aku tengah buat apa ni. Aku just salin nota yang sememangnya cikgu tak suruh pun. Dahlah. Jom" Hani menutup bukunya. Alat tulis tidak dikemas kerana dia ingin menyambung lepas ni.

Ayu tersengih kambing. Mereka menuju ke arah Faris. Nak ke Amira, dia rancak berbual. Dahlah jauh.

"Kami nak pergi tandas?" Pinta Ayu. Faris menganggukkan kepalanya tandanya dibenarkan.

Ayu menarik kasar lengan Hani. Hani terpaksa membuka langkah yang besar. Tersengih kecil Faris melihat mereka.

Skip

Waktu yang dinantikan setiap pelajar akhirnya tiba jua. Mereka keluar dari kelas dan menuju ke kantin. Para guru masih belum selesai.

Beberapa minit kemudian, satu pengumuman dibuat.

"Kepada pelajar-pelajar tingkatan 1  dan 2 AFC, ASC dan ATC sila ke dewan sekarang"

Hani, Ayu, Hanis dan Sofia yang kebetulan berjalan di depan dewan terus masuk ke dalam. Mereka mengambil tempat di depan sekali. Tak lama kemudian, semua pelajar yang dipanggil pun masuk.

Kerana Aku Cintakan KauWhere stories live. Discover now