<<CHAPTER 9>>

398 45 0
                                    

"Hyeri.. Chaemin.. Belajar elok-elok!! " Jaemin menjerit dari pintu pagar sekolah. Dia melambai-lambaikan tangannya.

Pagi ini, Jaemin baik hati untuk menghantar Hyeri dan Chaemin ke sekolah.

Chaemin sudah menutup muka dengan menggunakan tangannya. Hyeri hanya melayan karenah Jaemin. Dia membalas lambaian Jaemin.

"Kau kenapa? Ish.. Malu aku.. Apa punya abang menjerit macam orang gila.. " Chaemin menepuk bahu Hyeri.

"Mana ada macam orang gila.. Comel je aku tengok.." Hyeri tersenyum. Chaemin menggelengkan kepalanya.

"Weyh.. Tu bukan Jaemin ke?? " Hyeri terdengar perbualan beberapa orang pelajar perempuan. Chaemin juga dapat mendengarnya.

"Apa kau ni? Jaemin kan dah mati sebab perempuan tak guna tu.. " Hyeri hanya menarik nafas dalam.

"Tulah.. Kau tengok sendiri.. Dekat pagar tu..  Cepat!! " rakannya menoleh. Rakannya melompat.

"Yargh!! Betullah!! Jaemin!! Jaemin!! " pelajar-pelajar itu berlari ke arah Jaemin di pintu pagar.

Hyeri dan Chaemin berhenti berjalan. Mereka memandang ke arah Jaemin untuk melihat apa yang berlaku.

Jaemin yang perasan akan situasi yang berlaku, menggelabah. Sewaktu semua pelajar semakin mendekatinya, tiba-tiba pintu pagar ditutup.

Jaemin terkejut dengan tindakan itu. Dia memandang ke arah orang yang menutup pagar itu lalu dia tersenyum.

"Baik lah dia ni.. " Jaemin mengenyitkan mata. Ternyata orang itu ialah Hyeri dan Chaemin.

"Ieeuwww.. Tolonglah.. Aku nak muntah.. " Chaemin membuat gaya mahu muntah.

"Apa kau ni?? Dah jom pergi kelas.. Nanti kena serbu aku tak tahu.. Kau yang nak sangat selamatkan abang kau tadi.. Sayang juga kau dekat dia.." Hyeri tergelak kecil. Chaemin memukul bahunya.

Mereka berdua berjalan ke kelas. Sepanjang berjalan, semua pelajar berbisik-bisik tentang mereka berdua.

"Arghh!! " Hyeri menjerit. Perkara itu menyebabkan Chaemin terkejut. Dia menoleh.

Ternyata Hyeri menjerit kerana rambutnya ditarik Jisung. Hyeri meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Macam mana Jaemin boleh hidup balik?!?! Ha?!?! Kau jawab sekarang!!! " Jisung memaksa Hyeri. Hyeri tidak dapat menahan air matanya kerana sakit.

"Jisung.. " Chaemin cuba untuk memegang tangan Jisung, tetapi tangannya di tepis.

"Jisung!! Berhenti!! " Chaemin menarik kasar tangan Jisung lalu merenung matanya.

Jisung serta merta tersentak lalu terkaku dengan tindakan yang dilakukan oleh Chaemin.

~I miss you 2~ Na JaeminWhere stories live. Discover now