7 [ Piec, Forgive Me? ]

328 33 2
                                    

Cztery menghirup udara tanah kelahirannya.

Untitled World.

Lama dia tidak menjejakkan kakinya disini.

Apa khabar agaknya mereka yang berada disini?

Cztery menggerak gerak tangannya sedikit.

Samar samar kuasa apinya keluar dari tangannya.

"Ah, aku masih mempunyai kuasa ini. Lama aku tidak menggunakannya." Cztery menyimpan semula kuasanya itu.

"Dan lama juga kau tidak mengambil tahu tentang keluarga kau." Seseorang secara tiba tiba menyampuk tatkala Cztery melayan perasaannya.

Cztery terkejut setelah mendengar suara itu lalu menoleh kebelakang. Mencari punca suara itu.

Cztery tersenyum kecil.

"Haha, kau Piec? Bagaimana kau tahu aku kemari?" Cztery cuba berkata lembut.

"Ha, baguslah kau masih mengingatiku lagi. Setelah apa yang kau lakukan pada keluarga Plomien dan kerajaan Ogien, kau masih berani memunculkan diri? " Piec memeluk tubuh.

Sungguh dia masih ingat lagi memori menyakitkan sewaktu Cztery beria ria mahu tinggalkan tanah kelahirannya dan juga keluarganya.

"Apa tujuan kau sebenarnya untuk kembali semula ke Untitled World?" Piec melepaskan amarahnya.

"Aku sudah insaf, Piec. Aku sedar itu kesalahan paling besar pernah aku lakukan. Ya, aku teruk dahulu, nakal, tidak menerima nasihat kau. Tapi itu semuanya dahulu. " Kata Cztery dengan nada yang lembut.

"Tapi kini aku kembali semula dengan tekad yang baru. Aku mahu menyambung takhta ayahandaku yang sudah lama aku tinggal." Kata Cztery.

"Dengan semudah itu Cztery? Kau sudah lupa apa yang kau katakan pada Ayahanda kau dahulu? Dan kau fikir dia akan mengampunkan segala dosa dan kisah silam kau? Tidak Cztery. Bukannya mudah untuk menarik hati raja Plomien." Kata Piec agak tegas.

"Tapi, apa salahnya jika aku mencuba bukan?" Kata Cztery.

"Baiklah, kau cuba. Aku mahu tengok sejauh mana kau mampu untuk mendapat satu kemaafan oleh keluarga kau sendiri." Piec menghabiskan kata katanya.

Lalu dia mahu memusing badannya kebelakang untuk meninggalkan Cztery sendirian.

"Piec, tunggu." Cztery menahan Piec dari pergi.

"Kau mahu apa lagi?" Tanya Piec. Malas.

"Kita berkawan seperti dulu? Sama seperti rapatnya kita sewaktu kecil." Cztery memberi tangannya. Sebagai tanda persahabatan dan maaf.

Piec tersenyum sinis selepas mendengar kata kata Cztery.

Dia terus meninggalkan sahaja Cztery yang masih menghulurkan tangannya. Dengan harapan Piec sambut.

Cztery menarik semula tangannya.

"Tak apalah. Silap aku juga kerana meninggalkan dia seorang diri." Kata Cztery seakan memujuk hatinya.

-
-
-

"Hoi, kau masih berada disini. Kau tidak faham bahasakah? Aku tidak mahu melihat kau dihadapan aku." Permaisuri kerajaan Wiart merangkap ibu tiri Dwa.

"Ma... Maafkan Dwa, bonda." Dwa melutut ketakutan.

Setiap kali dia dimarahi oleh ibu tirinya itu, badannya secara tidak langsung melutut dihadapan ibu tirinya itu.

Ketakutannya ditahap maksima.

"Siapa bonda kau? Aku mana ada anak lebih lebih lagi seperti kau. Menyusahkan saja hidup aku dari kecil sehingga kini." Ibu tiri Dwa menunjal kepala Dwa.

The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)Where stories live. Discover now