01

107 23 6
                                    

Korang yang dah baca, jangan lupa tekan butang vote dan penuhkan ruangan komen! 🌟

______

Kim Seokjin.

Perkahwinan aku dengan dia adalah secara tiba-tiba. Aku mempunyai kekasih dan dia ialah pengantin lelaki yang sudah kehilangan seorang pengantin perempuan. Kehilangan; bukan bermaksud mati tapi larikan diri. Yep. Pengantin yang melarikan diri dengan skandalnya yang tua dan hodoh.

Okey, mungkin tak hodoh tapi tetap tua. Memandangkan aku pernah nampak wajah kacak dia ketika melarikan diri dengan kakak aku, Kat Polka.

Tinggi, berotot, dan paling menakjubkan, pinggang dia. Oh my tuhan. Pinggang dia yang ramping mengalahkan perempuan— shet, aku boleh nampak V-line dia.

Hm.. aku ada dengar juga dia berkerja di gim yang Polka selalu pergi. So, you put two and two together— Boom. A scandal.

Kembali ke awal introduksi tadi- Pada awal perkahwinan kami, semuanya seakan tidak bergerak. Aku layan dia seperti kawan. Aku beritahu dia tentang hubungan aku dan kekasih aku; bagaimana, aku takkan pernah putus dengan dia. Seokjin okey, pada ayat yang pertama tapi ayat kedua.. Entahlah. Yang aku tahu, dia pernah berkata, dia tidak mahu tahu apa pun tentang kekasih tak berapa gelap aku.

Macam lah aku nak beritahu apa-apa pun pada dia.

Mama dan papa pula, mulalah asyik mendesak supaya aku bercakap dengan dia lebih daripada seorang kawan. Setelah mendapat berbilion nasihat dari orang sekelilingku untuk cuba belajar mencintai dia.. aku berjaya.

Dia dan aku seakan bukan lagi isteri dan suami diatas kertas, kami sudah menjadi satu, the real wedding couple.

Tapi..

Masa berlalu dan semuanya hilang. Susah nak katakannya tapi-

Oh tuhan, aku tak cintakan dia lagi.

Try Unloving Me | JinnieWhere stories live. Discover now