Sebelum Aku Pergi

11 0 0
                                    

Merenung dinding kosong tanpa makna. Habit aku di malam yang kelam tanpa suara. Aku tahu aku tak menyendiri. Lagu rancak dipasang supaya gelisah aku kurang.
Nasib tak baik,harini nafas dia semakin jelas. Nafasnya kuat seakan sedang nazak.

"Tolong aku manusia! Kelak kau perlukan aku juga!",ucapnya seperti dalam keletihan.
"Kalau bukan harini,esok hilanglah benda tu.",monolog aku menenangkan hati untuk tidur. Sudah seminggu aku diganggu. Diganggu kegelisahan. Tidak tenang.
Mereka kata aku tidak tenang kerana siang malam aku tiada masa untuk mengabdikan diri kepadanya. Haihh.
Makin difikir,makin sukar untuk aku tidur. Sekarang sudah masuk waktu 1/3 malam.

"Dunia ini sementara wahai anak adam!",ucap dia lagi sambil menangis.
"Sudah ramai mengulangi perkara itu.",jawab aku.
"Jadi apa yang kau rasa? Kau tidak takutkah balasan dia si pencipta kau dan seluruh isi alam?",dia tidak berhenti memaksa. Dia masih ada kekuatan namun tidak sekuat semangat aku.
"Aku tidak cukup masa,kerja aku tidak pernah kurang. Suatu hari pasti aku akan buat semua tu.",jawab aku sudah rimas. Mata dipejam rapat mengharapkan masih ada masa untuk tidur.

"Kelak aku sudah mati esok pagi,tiada apa lagi yang akan mendorong kau bertaubat. Aku iman kau. Iman kau yang lemah. Sedang nazak. Menanti kau menyembuhkan aku. Untuk kau. Untuk agama.",jawabnya tidak mengalah selagi tidak mati. Aku cuba untuk mengabaikannya. Aku percaya ini hanyalah halusinasi.

"Apa perasaan abah kau buat begini. Kau mungkir janji kau! Kau janji pada dia untuk taat perintah Tuhan. Sedang kau terbaring di sini,abah diseksa di sana kerana kau! Lebih baik kau saja yang mati daripada abah. Lebih baik abah biarkan saja kau mati lemas daripada dia korbankan nyawanya menyelamatkan kau.",terdengar suara Nil menjerit dari dalam bilik. Namun di mana.

Iman aku diperhati. Bukan suara dia. Dia terbaring di sudut bilik,masih bernafas namun tanpa tenaga.

"Lebih baik kau saja yang mati!",Nil menjerit lagi dan kini aku nampak dia. Dia di dalam cermin. Aku tahu itu juga halusinasi. Nil di rumah bersama mama. Itu hanyalah kenangan yang lepas. Suara yang masih terngiang-ngiang hingga kini.

"Iman itu boleh naik dan turun. Jika kau abaikan kesejahteraannya,dia akan mati. Hati kau juga mati. Lebih teruk jiwa kau mati. Untuk pastikan dia hidup,kau harus taat perintah Tuhan. Kau harus berjanji,jika kau sayang abah kau akan jaga iman kau. Kita bukan dari keluarga senang,namun itu bukan bermaksud kita tidak boleh tenang. Jika iman kau teguh,pasti sukar untuk kau jatuh. Jatuh dalam lembah penipuan dunia.",suara dan imej abah pula muncul dari dalam cermin.

Air mata mengalir. Kini aku sedar,aku bukan lagi berhalusinasi. Iman aku memang benar lemah. Sudah lama tidak disiram. Jiwa aku semakin sakit. Sakit dengan gelisah yang berpanjangan. Aku telah jauh.

Langkah kaki diatur ke bilik air. Air wuduk ditadah. Sejadah diambil. Solat sunat taubat ditunaikan.

Sehina-hina mereka yang baru belajar solat apabila sudah tua,hina lagi aku yang mempunyai ilmu yang tidak diamal. Hina lagi aku yang lupa janji aku kepada abah. Hina lagi aku yang lupakan Tuhan demi kerjaya.

"Kau telah berjaya keluar daripada hasutan anak anak syaitan wahai anak Adam. Berdoalah agar terus beristiqamah. Semoga diperkenankan. Aku jumpa kau lagi di sana.",kata iman aku yang tadinya berupa seperti aku tapi lebih lesu dan pucat dan sekarang sudah mampu berdiri. Namun,masih belum kuat. Aku harap waktu aku jumpa dia di sana dia lebih gagah.

Kini aku keseorangan di dalam bilik. Duduk memeluk lutut. Rambut digenggam. Meratap dosa yang lalu. Dapatkah diampunkan? Inilah sebabnya kegelisahan aku sebelum ini. Jiwa gelisah akan bertambahnya dosa. Namun,tidak pernah aku sedar hingga kini. Terasa hina. Namun,nasib aku baik aku sedar sebelum jiwa aku mati.

Masih panjang perjalanan aku untuk menuju ke kejayaan yang sebenar. Masih banyak godaan syaitan yang masih belum dilawan. Mampukah aku?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Diteman Iman Where stories live. Discover now