Part 39

233 21 18
                                    

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung 
BY : TESCY DESCY 
Rekaan semata mata
Slowly Update 

Part 39

#1 Minggu Kemudian.

Tok.. Tok..

"Masuk."

"Sorry, Sir. Siap sudah yang Sir minta tadi." - PA si Tunduyutung hantar document yang si Tunduyutung suruh kasi sedia tadi.

"Ohh.. Thanks. Ampai saja sana (sambil si Tunduyutung tunjuk rak document di dapan PC). Oh ya, tulung cancel semua appointment sia dalam 1 minggu ni. Sia mahu pigi outstation tingu tapak baru. So, sia tidak sure kalau dapat siap capat."

"Okey, Sir."

Tunduyutung sambung lagi balik mahu kasi siap karaja dia. Tunduyutung mahu kasi siap semua kerja dia, sebelum dia mahu balik pigi overseas. Ada lagi projek basar durang si Tunduyutung. Tunduyutung cuba juga mahu urus apa-apa yang penting selagi masi ada masa.

"No! Sia mahu jumpa juga boyfriend sia!!"

Tunduyutung dingar ada suara perempuan teriak-teriak di luar bilik offis dia. Tunduyutung kasi sandar badan dia di bangku kerja dia. Tunduyutung kanal tu suara. Tunduyutung pigang kapala dia pakai dua tangan.

"Apa lagi bah dia mahu ni. Aduii.." - Tunduyutung cakap-cakap sambil tingu tu pintu. Tidak lama, tu pintu kana buka.

"Bie.." - Si Sinta muncul dapan pintu offis si Tunduyutung.

"Sir, sorry. Saya tidak dapat halang dia." - Macam takut-takut PA si Tunduyutung mahu cakap sama si Tunduyutung.

"It's okey. Pigi sambung buat kerja." - Tunduyutung cakap sama PA dia dengan suara serious.

"Okey, Sir." - Tu PA keluar sambil tutup pintu.

"Ada apa lagi?" - Tunduyutung tanya si Sinta.

"Bie.. Bagi Honey peluang, please." - Si Sinta merayu sambil buat muka kesian.

"Sorry. Sia ada kerja mahu kasi siap ni." - Lembut saja si Tunduyutung cakap sama si Sinta.

"Bie.. Jangan buat Honey macam ni. Bie tahu kan. Honey tiada siapa-siapa. Honey iklas mahu, Bie."

"Kau ada lagi bah tu lelaki-lelaki kaya. Apa lagi kau mahu dari sia? Sia ni budak kampung. Tumpang kekayaan sama angkol sendiri saja. Sia tidak setanding durang pun. Lagi pun, perjalanan sia jauh lagi." - Tunduyutung bediri. Tunduyutung pusing mahu tingu sana luar dinding kaca yang ada di balakang tampat duduk dia.

"Bie.. Honey tidak kisa. Kalau Bie mahu bawa Honey kahwin pun, Honey mahu Bie." - Sinta pigi paluk si Tunduyutung. Tunduyutung tulak palan-palan badan si Sinta.

"Sia bulum pikir lagi mahu kahwin. Sia mahu tulung mama sama adik-adik sia dulu." - Jatuh air mata si Sinta.

"Kau ada orang yang buli kasi sinang kau bah. Sia bulum mampu jadi macam durang lagi." - Tunduyutung sambung lagi cakap sama si Sinta. Sinta tunduk.

Tok.. Tok..

"Masuk." - Tunduyutung suruh orang di luar bilik dia masuk sambil pigi duduk balik di dapan mija kerja dia.

"Sir, kereta sudah sedia." - Staff si Tunduyutung cakap sama si Tunduyutung dari dapan pintu saja.

"Okey. Ohh. Ya. Ada document yang sia mahu kau hantar pigi pejabat Mr.Chong. Ada sama si Liza tu document."

"Okey, Sir."

Keluar saja staff si Tunduyutung. Tunduyutung tutup pc dia. Baru Tunduyutung kasi kamas barang-barang yang dia mahu bawa. Tunduyutung angkat saja beg kerja dia. Tunduyutung terus jalan keluar dari offis. Tunduyutung kasi tinggal saja si Sinta.

Bingung-bingung si Sinta kana tinggal. Sinta panggil-panggil si Tunduyutung. Tunduyutung tidak peduli si Sinta. Tunduyutung buat panggilan telefon lagi. Sampai lobby, Tunduyutung terus jalan pigi kereta company yang kana kasi sedia. Tunduyutung jalan sendiri-sendiri saja mahu pigi tingu tu tapak pembinaan baru.

"Sia harap. Ingatan sia balik. Sia harap, sia dapat kasi lupa dia lapas ingatan sia balik. Sia tidak mampu untuk terus ego. Sia tidak mampu mahu pura-pura kuat dapan dia. Sia tidak mampu pura-pura tidak sayang dia. Tapi, kalau tuhan kasi balik ingatan sia. Sia mahu dia lupus dalam ingatan sia. Supaya hati sia kosong untuk dia."

Tunduyutung cakap-cakap 1 urang sambil tingu di dapan. Tunduyutung tidak dapat tipu hati dia, yang dia sudah buang si Sinta dalam hidup dia. Susah bogia tu, si Tunduyutung mahu buang first lop dia tu. Tunduyutung pura-pura saja tidak kisa pasal si Sinta, tapi dalam lubuk hati si Tunduyutung. Tunduyutung masi sayang si Sinta.

"Emmm.. Kampung Karamat Hitam. Di mana ni. Aduiii.. Lupa pula sia tanya ni balangkas."

Tunduyutung kurik handphone dia di dalam poket seluar. Tunduyutung cari numbur si Oliver. Tunduyutung call numbur si Oliver. Tidak bah si Oliver sambut-sambut call si Tunduyutung. Tunduyutung call balik-balik si Oliver, sampai si Oliver sambut telefon.

"Aikkk... Apa juga dia buat ni. First time kau ba'tabiat ni, Dude. Mana juga ni urang ni." - Tunduyutung cakap-cakap sambil tunggu si Oliver sambut panggilan telefon.

'Alu sayang..' - Tiba-tiba si Oliver say hello sama si Tunduyutung. Tunduyutung tingu skrin handphone dia.

'Gila ni urang.' - Tunduyutung bisik dalam hati.

"Punya lambat kau sambut call!" - Tunduyutung marah kunun si Oliver.

'Aikkk.. Takan lah kau mahu darah tinggi sudah? Sia birak bah tadi.'

"Alasan birak saja lah kau sana."

'Jangan lah bah kau mahu darah tinggi sana. Kanapa juga ni mahu kacau urang birak?'

"Kau lupa kah atau pura-pura lupa mahu send sia tu location?"

'Location a..."

Tutt..

"Aikkkk...putus! Dia kasi putus kah. Atau mimang putus ni."

Tiba-tiba mati panggilan telefon si Tunduyutung. Tunduyutung tingu handphone dia, tiada bah line. Tunduyutung pigi berenti di siring jalanan. Tunduyutung tingu kawasan tampat dia masuk. Heran si Tunduyutung, sunyi tu jalanan bah.

" Aikkk.. Kanapa ni jalanan tiada kereta."

Tunduyutung masuk 1 simpang yang jalanan pintas mahu pigi tanah tampat Dato' Kalik mahu buat perumahan. Cantik juga tu jalanan, tapi sunyi. Tunduyutung turun dari kereta dia, Tunduyutung pigi cari line handphone dia. Tiada bah line. Maka di si Tunduyutung ada di tanah tinggi juga. Di atas bukit juga si Tunduyutung.

"Aduiii... Masa-masa macam ni lah kau buat hal." - Tunduyutung cakap sama tu line.

Tunduyutung masuk balik dalam kereta. Tunduyutung teruskan perjalanan. Tiada juga yang ganjil si Tunduyutung rasa. Tapi yang si Tunduyutung heran, tu jalanan sunyi saja. Tunduyutung tidak juga rasa takut.

Masa si Tunduyutung mahu turun bukit. Tunduyutung turun palan-palan juga, pasal curam gia tu bukit. Tunduyutung tingu saja sekeliling dia. Sunyi bah tu tampat. Sebelum ni, si Tunduyutung perna juga jalan tu jalanan mahu pigi tingu tanah yang kana jual, tapi tidak pula sunyi macam ni hari si Tunduyutung jalan.

Parkkk.. Bonggg...

"Aikk.. Silaka. Ta'kajut sia. Silaka kau guntur. Tiba-tiba kau toriak sana. Tidak pandai bagi salam dulu." - Tunduyutung marah kunun tu langit.

Zuppppp...

"Shittt!!!!!"

Bonggggg...

"Ma.."

Sebelum pandangan si Tunduyutung jadi galap, Tunduyutung sampat lagi panggil mama dia. Sebelum si Tunduyutung tutup mata, Tunduyutung nampak senyuman si Sinta yang buat si Tunduyutung jatuh cinta sama si Sinta dulu.

-BERSAMBUNG-

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung Where stories live. Discover now