Prologue - Her Boyfriend

667 76 7
                                    

**Cerita ini tidak diedit lagi, jadi ada banyak kesalahan tatabahasa dan grammar mistakes or typos. Saya tinggalkan di dalam draft terlalu lama**

                LELAKI yang berada di tengah tengah restoran itu dipandang khusyuk. Jari jemari runcingnya bermain dengan straw minuman dan sekali sekala disedut minuman jus epal yang sejuk itu. Skirtnya yang separas lutut itu dibetulkan sedikit agar tidak nampak berkedut atau renyuk.

Serta merta gerangan itu mendengus geram melihat kelakuan biadap lelaki itu.

Lelaki yang curang dikira biadap!

“Nasib baik muka hensem kalau tak...” Charlotte sendiri tidak mampu meneruskan ayatnya.

Terlalu geram dan benci.

Sedari dia perlu hentikan perbuatan itu, pantas dia bangun dan melangkah dengan penuh gaya divanya menuju ke arah mereka. Rambutnya diselak ke belakang dengan anggun. Tertoleh-toleh juga beberapa orang lelaki melihat Charlotte.

Tiba sahaja dihadapan lelaki itu, Charlotte melipat tangan ke dada lalu dia tersenyum manja. Lelaki itu seakan terpukau. Langsung tidak kesah dengan riaksi kekasihnya yang berada dihadapannya.

Badan dibongkokkan sedikit, merapati lelaki itu.

What's your name, handsome?” Senyuman tidak lekang dari bibir.

Taktik pertama, senyum manis dan manja.

“H-haykal Azeef.” Makin lebar senyuman Charlotte. Nampaknya Haykal tidak hiraukan pasangan kekasihnya.

Taktik kedua, perangkap dia.

“Awak free ke sekarang?”

Free! Free! Saya free!”

“Haykal!” Marah kekasih Haykal. Suara nyaring itu memenuhi hampir separuh ruang restoran itu.

Charlotte memandang kekasih Haykal yang sudah bergenang air matanya. Terasa sempit dadanya melihat si gadis mahu menangis disebabkan oleh seorang lelaki yang tidak setia kepadanya. Buku limanya dikepal erat.

Charlotte memberi pandangan mata pada kekasih Haykal supaya pergi dari situ. Jelingan sedas diberi pada gadis itu lalu dia menjulingkan matanya ke atas.

Girl, what are you waiting for?” Kasar Charlotte menyoalnya.

Kekasih Haykal mengesat kasar air matanya dengan lengan baju lalu lekas berdiri. Pandangan membunuh dilemparkan kepada Charlotte sebelum beralih pada Haykal. Beg tangan dicapai ganas.

Merah padam muka gadis itu. Pasti menahan marah yang semakin kemuncak.

You jerk!

Gelas berisi air teh sejuk dicapai gadis itu dan tidak semena-mena basah baju Charlotte akibat disimbah oleh kekasih Haykal. Charlotte hanya beriak biasa walaupun dalam hatinya terasa bahang. 

Charlotte mengesat matanya yang terkena simbahan air dengan jari jemarinya. 

“Aku benci kau perempuan!” Sejurus itu kekasih Haykal terus berlalu pergi.

Haykal langsung tidak mengejar kekasihnya malah lelaki itu menunjukkan lakonan prihatin terhadap Charlotte.

You okay?

Automatik bibir Charlotte tersenyum sinis. Terasa kelakar dengan soalan itu.

“Soalan sepatutnya ditujukan kepada kekasih you Haykal. Kenapa pergi pada saya sedangkan you masih ada teman wanita yang setia dengan you. Why? Is it because one woman is not enough?” Dingin Charlotte menghentam lelaki itu.

Wajah Haykal nampak terkedu. Segera tangan Haykal yang memegang bahunya itu ditepis.

“Jangan pergi pada orang yang baru hadir kerana kita tidak tahu sampai bila dia akan stay. Pergilah pada yang sudah lama bersama kita,” Terangnya dengannya.

Sekurang-kurangnya kalau orang yang sudah lama bersama kita dan mahu tinggalkan kita, tahulah nak bahas tentang apa. Sesuatu hubungan tak akan retak jika masing-masing berinteraksi dengan jelas, tiada keraguan. Itu sahaja yang Charlotte mampu sambung di dalam hati.

Mata yang memandang dihiraukan sahaja.

Kesah apa dia!

I gotta go.”

Haykal lekas menahan lengan Charlotte.

Don't touch me.” Terus Haykal melepaskan pautan pada lengannya.

Tanpa menoleh kebelakang Charlotte terus bergerak keluar daripada restoran ini. Namun baru sahaja beberapa langkah diambil, Charlotte berhenti. Dia berpusing memandang Haykal.

Lelaki itu tersenyum.

Senyum pulak dia.

Hope we don't see each other again.” Serentak itu minuman sejuk milik Haykal yang tampak tidak terusik diambil lalu disimbah pada Haykal. Semuanya berlaku dengan pantas, Haykal juga tidak dapat tafsir tindakan itu.

Bila Charlotte memandang wajah Haykal. Merah padam mukanya. Pasti menahan gunung berapi yang tunggu nak meletus itu sahaja.

“Kau pahal perempuan?!” Charlotte selamba mengangkat bahu dan terus melangkah pergi dengan baju yang basah melekit akibat disimbah air manis oleh kekasih Haykal.

Sedikitpun dia tidak menoleh ke belakang.

Ketika keluar daripada restoran itu, dia terus mendapatkan teman lelakinya yang sedang bersandar segak di pintu pemandu. Muka monyok tadi terus berubah ceria. Bersedia untuk mengadu.

“Zack...” Rengek Charlotte sambil mendekati Zack.

Mata menawan itu terus mendongak memandang wajah Charlotte, bibirnya jugak mengoyak senyuman manis namun hilang pabila mata itu mula jatuh pada baju basah Charlotte. Riak Zack bertukar serius.

What happened, babe?” Bahu Charlotte ditarik merapatinya.

Bibir Charlotte muncung ke hadapan.

I jatuh.”

You jatuh?” Laju Charlotte mengangguk manja. Kepala dilentokkan pada bahu Zack.

“Lain kali jalan tu tengok bawah okay? Jangan pandang lelaki lain aje,” Marah Zack. Gurau.

Terus dada lelaki itu ditumbuk kasar sehingga Zack mengaduh sakit.  Kemudian, lelaki itu tergelak kecil. Cemberut wajah Charlotte. Tangan dilipat lalu dibawa ke dada. Menunjukkan bahawa dia sedang merajuk.

Sesuka hati aje sindir orang.

Pujuklah cepat!

I pandang lelaki lain bari tahu,” Ugut Charlotte.

Terasa hidungnya dicuit, terkedu seketika dia disitu. Wajah kacak Zack dipandang geram.

No skinship Zack,” Tegurnya tegas. Garang.

I'm sorry. I'm sorry okay?” Tangan Zack terangkat ke udara, tanda mengalah.

Let's go. I want to go home.” Zack mengangguk sekali sebelum membawa Charlotte ke bahagian pintu sebelah pemandu.

Thank you,” Ujarnya ikhlas apabila Zack membukakan dan menutupkan pintu untuknya.

This is what I want!

Bersambung.

29 SEPTEMBER 2020

REPUBLISH : 19 JANUARI 2022

 THE BAD WOMANWhere stories live. Discover now