"Mingyu, Hera Rose dalam masalah bro.", tegur Woozi dengan tergopoh-gapah, hampir tersembur air dari mulut lelaki itu. Segera Mingyu bergerak ke arah bilik IT rahsia milik puak kecil itu bagi mendapatkan maklumat daripada pakar penggodam terkini mereka. Siapa lagi kalau bukan Ryujin. Agak terkejut, malapetakan akan berlaku di kota Gwangjin-gu sebentar sahaja lagi.
Mereka tidak mengira siapa gerangan musuh yang ingin menyerang ketua kepada kumpulan mafia Hera Rose tersebut. Apa yang penting, perjanjian itu mesti ditepati. Mingyu perlu bantu Hera Rose demi kepentingan gabungan kerjasama di antara kedua-dua puak itu. Disebaliknya juga...
...dia mahukan jawapan kepada kes pembunuhan ayah kandungnya yang sudah tergendala hampir 15 tahun. Segera Mingyu melangkah kaki pergi termasuk beberapa orang ahli Bishop bagi menghulurkan bantuan untuk kumpulan mafia wanita itu. Cuma ada sesuatu yang mencurigakan di antara mereka,
"Boss nak pergi mana? Tak naik sekali?", soal Yeonjun saat mahu menyumbatkan diri ke dalam perut kereta. Kelihatan Mingyu bergerak ke arah kereta miliknya sendiri tanpa persetujuan di antara mereka. Katanya Mingyu ada kerja lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Mereka yang lain sekadar mengangguk dan bergerak pergi dari situ dan memulakan tugasan seperti yang telah dirancang.
Mingyu cuba melihat kawasan di sekitarnya, tiada sesiapa. Bagus, ini peluang yang baik. Perlahan-lahan lelaki itu mengeluarkan telefon bagi menghubungi seseorang.
"Inspektor Han, saya dapat berita yang bandar Gwangjin-gu bakal tercetus satu serangan. Saya nak tuan arahkan satu skuad pergi ke sana. Ikut rancangan saya."
______◆♔◆______
Haera's Diary Two [page 69/70]
-Last Word Before I Go-
“ Satu kecelakaan juga buat ibumu yang tidak mampu menjaga setiap anaknya yang kian terseksa di tangan orang lain. Satu kemaafan tidak cukup untuk memadamkan memori pahit yang mendaji satu trauma yang dahsyat.
Mimpi yang ngeri menghantui malam malah menganggu impian kalian untuk meneruskan hidup dengan lebih sempurna. Kerana cinta itu lebih penting bagiku, kalian yang masih belum ditimba kasih sayang aku tinggalkan.
Aku tersilap pilih seseorang yang akan menggantikan tempat sebagai pelindung nyawa buat kalian. Aku tersilap besar namun aku tidak boleh halang dia untuk terus berusaha bagi merampas kuasa yang aku pegang ini. Kerana ugutan, aku kalah di tangannya. Disebabkan keberanian aku yang sipi ini, hasilnya nyawa bapa kalian gugur di tangannya. Aku tidak kuat untuk menentangnya sehinggakan aku sanggup meminta pertolongan daripada seseorang yang mungkin akan membayakan lagi nyawa kalian termasuk diriku sendiri.
Maafkan ibumu sayang.
Maafkan eomma.
Kerana dia, kamu hilang daya penglihatan yang baik. Terpaksa menanggung seksa hampir setiap malam di kala usiamu masih kecil, dipaksa dan disuluh cahaya laser malah dicederakan sehinggakan kamu ditimpa sakit berminggu-minggu. Matamu yang bersih dan sempurna akhirnya cacat cela, tidak dapat dirawat lagi.
Kerana dia, maruah kamu tercemar. Hanyalah seorang anak lelaki kecil yang tidak tahu mengira kesalahan mahupun kebaikan. Menjadi mangsa pedhopilia yang kejam malah berperangai binatang gara-gara aku tidak mengikut arahannya. Kamu dijual dengan harga yang tersangat mahal dengan gelaran sebagai berketurun darah Haera.
Kerana dia, keyakinan kamu tipis saat melakukan sesuatu keputusan. Emosi kamu cukup terganggu sejak kecil kerana sering menjadi penghuni di dalam tempat yang gelap gelita. Dikurung dan diberi segulung dawai besi bagi mencari idea untuk mengeluarkan diri daripada bilik berkunci itu bagi meneruskan hidup.
Kerana dia, kamu kurang ceria kerana melihat pembunuhan di depan mata hampir setiap hari. Diajar mencabut nyawa manusia pada usia awalan kanak-kanak sehinggakan nutrisi badan kamu menurun kerana tidak selera makan hampir berminggu lamanya.
Kerana dia, kamu mengasingkan diri dengan orang lain. Lebih selesa berkurung diri daripada melihat kekejaman di luar.
Kerana dia, kamu sudah mengalami tekanan yang teruk kerana cuba untuk menyelamatkan saudara kamu yang lain daripada terus terseksa. Sebagai ibu amat berharap kepadamu sayang...untuk terus menjaga dan memimpin saudari dan saudaramu yang lain.
Dan kerana dia juga...
......kamu hampir mati. Setiap hari diseksa dengan seksaan yang berbeza. Menjadi mangsa sebagai tempat melepaskan kemarahan dalam apa jua urusan. Nama ibumu sering diseru dengan harapan agar dia datang, tanganmu terkapai di udara bagi mendapatkan pertolongan namun tiada apa-apa yang muncul di hadapanmu sayang. Air mata yang gugur mahu saja bercampur darah kerana terlalu sakit menanggung kesakitan.
Hanya aku yang tahu segala perbuatannya terhadap anak-anak kecilku. Hanya aku. Terpaksa dirahsiakan demi maruah kalian juga termasuk kumpulan Black Ares.
Maafkan eomma. Kerana eomma juga kalian terseksa di tangannya. Eomma cuba cari jalan untuk mengubah keadaan untuk menjadi yang lebih baik. Nasib yang baik, seorang insan tiba dengan sepenuh keikhlasan hati bagi mengeluarkan kita daripada dunia kekejaman lelaki itu. Orangnya bukan calang-calang, dengan sepenuh harapan....eomma yakin dia boleh menghancurkan lelaki durjana itu.
We will be free.
Kamu tak nak semua tu berulang semula bukan? Please help eomma, Yoo Jaerim.
Ttapp!!
Aku menutup buku dengan pantas lalu menakup beg. Nama aku tertulis di pengakhiran muka surat tu. Satu titisan peluh mengalir di kulit kepala ahh tak guna. Aku cuba meliarkan pandangan ke arah luar cermin kereta.
Mereka bertiga masih berada di luar dengan bertopengkan muka berwarna hitam. Menunggu sehingga misi betul-betul bermula, nasib baik. Apa yang aku baca tadi cukup mengejutkan. Sambil-sambil itu menggulingkan semula bebola mata aku ke arah seorang demi seorang daripada mereka.
Childhood mereka rosak teruk. Tetapi angkara siapa? Setiap kejadian tragis yang dibaca tadi begitu mengelirukan malah menggerunkan, mana satu yang mengalami trauma tersebut?
Perlukah aku sambung baca, ermm mungkin tidak. Keadaan di luar semakin kelam-kabut, orang awam berlari bertempiaran akibat daripada satu letupan kuat berdekatan dengan jambatan yang merintasi Sungai Han.
Belum sempat Seokjin, Jimin dan Jungkook mahu masuk ke dalam kereta, ada serangan bom asap yang dilontarkan dari jarak yang agak jauh. Habis semua terperangkap di dalam kabus asap yang begitu tebal, aku pula gelabah bukakan pintu untuk mereka yang lain. Tanpa perancangan, kereta kami dilanggar kuat dengan sebuah motosikal yang tiada penunggangnya. Apakah?? Dari mana datangnya benda ni?
Aku pula tersekat di dalam kereta, kaki aku tersepit dengan seat depan selepas dirempuh dengan motosikal yang agak besar tu. Ahh tolong! Bunyi tembakan sudah berdas-das dilepaskan di luar. Omo takkanlah dah bermula misi? Sekejap, bagaimana dengan Team 1 di sana?
"Jae! Kau ok uhuk uhh k-kaki kau?", tegur Seokjin yang baru bukakan pintu di sebelah aku dengan tergopoh-gapah. Lelaki itu terbatuk-batuk sambil mengetuk dadanya sendiri, aku perhatikan saja usahanya yang cuba mengeluarkan kaki aku yang tersepit. Seokjin menarik tangan aku keluar daripada kereta, sempat aku mencapai beg galas yang berisi buku bermakna itu.
Suasana bandar begitu mampat dengan asap yang tebal. Keadaan jalan begitu sesak dengan kenderaan, mungkin berpunca daripada letupan tadi. Siapa tuan kepada bom? Takkanlah rancangan hari ni gagal juga seperti misi sebelumnya?
"Appa! We need help!", jerit aku menggunakan alat earpiece bagi menyampaikan arahan kepada Dong Hyeong. Mungkin dia masih ada dengan barisan ahli Black Ares yang lain buat masa sekarang. Dapatlah mereka datang ke sini bagi menghulurkan bantuan.
Not Responding
-End Chapter 45-
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
ФанфикSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21