"Apa?!" Terkejut Laurel selepas mendengar kata kata dari sang ibunya, Osiem.
Ya, Osiem merupakan ibu kandungnya.
"Kenapa ibu, kenapa dari dulu lagi ibu suka mengatur hidup Laurel. Laurel juga punya masa depan sendiri." Laurel tidak berpuas hati.
"Ini juga kebaikan dan kebahagiaan kamu juga. Putera Cztery baik juga apa." Kata Osiem seakan tidak bersalah.
"Laurel sudah punya pilihan sendiri." Laurel masih lagi mahu berdalih.
Osiem tergelak kecil dan memandang sinis.
"Siapa? Dwa si gila itu?" Kata Osiem selamba.
"Dia tidak gila ibu, dia cuma trauma kerana didera oleh permaisuri jahat itu." Laurel ingin mempertahankan Dwa dari terus dipandang negatif.
"Apa apa sajalah kamu ini. Yang pasti, pilihan ibu selalunya terbaik. Ingat kata kata ibu ini." Kata Osiem lalu dia meninggalkan Laurel.
Laurel menarik nafas dalam.
Kenapa ibunya tidak pernah memahami perasaannya.
-
-
-"Yah!"
"Aaaaaa!!!" Gempa terjerit.
Siapa pula yang mengejutkan aku ini?
"Hai Gempa." Tegur seseorang. Suara seperti wanita.
Gempa menoleh. Dia berkerut. Siapa pula wanita ini?
"Si...siapa awak? Bagaimana awak tahu nama saya? " Tanya Gempa kemusykilan.
Wanita itu tergelak kecil.
"Awak tak kenal saya ke. Kita pernah berjumpa dan berbual lah sebelum ini." Kata wanita itu.
"Huh? Pernah berjumpa? Dimana?" Gempa menggaru kepalanya.
Terbantut kerjanya yang sedang menanam pokok bunga itu.
"Yelah, saya Flora! Awak tak ingat saya ke?" Flora membuat muka sayu.
Cepatnya lelaki ini melupakannya.
-
-
-"Terima kasih Osiem kerana sudah membantu aku." Cztery menunduk sopan.
"Kalau bukan sebab kau keturunan bangsawan, aku tak mahulah membantu engkau. Hendak memandang pun tidak mahu." Kata Osiem dengan lagak riaknya.
"Tentang cadangan aku itu, kau setuju?" Tanya Osiem.
"Hm? Yang mana satu?" Cztery mengerut dahi.
"Aik? Takkan kau sudah lupa? Aku mahu kau dan anakku disatukan. Kau mahu?" Osiem menyilang tangannya dibadan.
"Ouh, tentang hal itu. Aku tidak suka dipaksa, tetapi boleh juga aku mencuba bukan?" Kata Cztery.
"Jangan mencuba sahaja. Ayah engkau itu sudah setuju lagaknya selepas aku berkata begitu. Jika kau setuju dengan cadanganku, berkemungkinan besar takhta yang kau idamkan itu akan mudah Raja Plomien menyerahkannya kepada engkau. Kerana dia yakin, anak aku itu mampu mendidik kau. "Kata Osiem.
"Jika tidak berjaya, bagaimana?" Tanya Cztery.
"Jangan risau Cztery. Aku pakar dalam bab begini." Osiem menepuk bahu Cztery.
Terus dia menghilangkan diri dari pandangan Cztery.
"Seorang sudah pun berpihak pada aku." Cztery tersenyum sinis.
-
-
-"Bagaimana awak boleh ada kaki pula ini, awak seperti manusia biasa." Gempa dengan riak masih tidak mempercayai sekuntum bunga itu menjadi seorang wanita yang cantik bak bunga.
"Hm? Saya sudah lama tidak bergini. Cik Osiem berikan saya peluang ini untyk hidup lagak manusia." Kata Flora.
"Kalau awak mahu tahu, saya sudah hidup selama 1 abad tau." Kata Flora lagi.
"S..satu abad?!" Melopong mulut Gempa mendengarnya.
"Jadi, awak sudah hidup selama 100 tahun?!" Gempa seakan tidak mempercayainya.
"Ya, betul tu. Saya juga sempat hidup di zaman kegemilangan Trzesienie Ziemi." Kata Flora.
Ya, Trzesienie Ziemi, hampir terlupa Gempa tentang hal itu.
"Jadi, awak tahu sejarah kerajaan itu?" Tanya Gempa.
Flora mengangguk.
"Ya, saya tahu. Tapi ketika itu saya tidak boleh bergerak bebas seperti sekarang. Jadi, saya hanya dapat melihat sahaja." Kata Flora.
"Dulu, saya dibawah jagaan Raja Tory. Dia seorang raja yang sangat baik dan penyayang. Dia jaga saya dengan elok dan baik sekali. Sentuhan tangannya ditanah yang sering dilakukan olehnya itu membuat saya lebih bersemangat untuk hidup." Kata Flora.
"Satu hari, kerajaan Trzesienie Ziemi telah diserang. Saya tidak tahu apa puncanya. Tetapi, Raja Tory dibunuh pada waktu itu."
"Sejak dia meninggalkan saya, saya menjadi semakin layu dan layu. Senang cerita hampir mati. Tetapi, satu hari, Cik Osiem terjumpa saya, dialah yang menukarkan saya dari sekuntum bunga menjadi seorang manusia. Alasannya, dia mahu saya mencari makanan sendiri." Kata Flora lagi.
Gempa menangguk angguk sahaja mendengar cerita dari Flora itu.
"Erm, saya nak tanya. Siapa O...siem? Tu?" Tanya Gempa sambil mengerut dahi. Ingin tahu.
"Haha, dia salah seorang orang kuat Untitled World. Kuasa dia hebat hebat tau." Kata Flora.
"Dia berada di mana sekarang? Masih hidup?" Tanya Gempa lagi.
Flora mengangguk.
"Ya, dia masih hidup dan cantik seperti anak gadis. Tetapi dia sudah mempunyai seorang anak gadis yang kini menjadi doktor kepada putera raja Wiart." Kata Flora.
Suasana kembali sunyi.
"Haritu, awak ada sentuh tanah saya bukan?" Flora memecahkan keheningan.
"Hehe, ada lah juga. Mengapa?" Gempa menggaru kepalanya.
"Awak mahu tahu sesuatu tak. Sentuhan dan kuasa yang ada pada raja Tory itu sama seperti awak." Kata Flora.
Gempa kembali mengerut dahi.
Apa yang bunga ni merepek kat aku ni?
-
-
-"Aku sudah dapat satu berita dari Osiem." Kata Jeden. Suaranya agak pasrah.
"Tentang apa, apa yang Osiem memberitahu kau?" Tanya Roy.
"Salah satu dari keturunan raja Tory, masih hidup dengan sihat kini." Kata Jeden. Mukanya agak sayu ketika ini.
"Apa? Kau tidak main main?" Roy ternganga.
Kisah ini sudah 50 tahun berlalu, mengapa muncul kembali?
"Roy, kau boleh bantu aku dalam hal ini atau tidak?" Jeden duduk termenung di atas meja kerjanya.
"Tentang apa itu?" Tanya Roy dengan riak tertanya tanya.
"Hm, aku mahu kau cari siapa orang yang disebut oleh Osiem itu. " Kata Jeden.
"Mengapa kau mahu tahu tentang dia." Kata Roy.
"Aku hanya mahu tahu sahaja. Jika betul dia masih hidup, sekurang kurangnya, aku akan serahkan semula kedudukan dia yang aku sandang kini dengan rela hati." Kata Jeden.
Jeden sedar bahawa keturunannya tidak terlalu layak jika dibandingkan dengan keturunan Trzesienie Ziemi itu.
"Apa apa sahajalah kamu ini. Aku akan usaha cari, tetapi aku tidak berjanji." Kata Roy.
Jeden hanya mampu melayan perasaannya ketika ini.
Tbc
Hai, saya update ni
Kali ni chapter agak pendek ye.
Saya mintak maaf sebab lambat update.
Saya harap korang boleh setia sehingga jalan cerita ni tamat.
Vote and comement!
Enjoy your reading!

YOU ARE READING
The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)
FantasySelamat datang ke The Untitled World.... ---------------------------------------------------- Hanya kerana dia seorang anak angkat keluarga ternama dan orang kaya, Gempa sentiasa dipinggirkan. Sehingga suatu ketika dia hanya mahu tamatkan sahaja h...