“ oi, BABI! ”
“ EH, OPOCOT POCONG KAU TERBANG. ” automatik bekas polisterin berisi makanan yang sedangku pegang melayang di udara sebelum jatuh ke atas lantai. terdapat juga sisa-sisa makanan yang jatuh ke atas baju kurungku.
PAPPP!
belakang badan ryan menjadi sasaran pukulan aku yang padu sepadu padunya.
“ weyh sakit, hANAT! ”
“ dah tu kenapa mulut kau tu kuang aja sangat nak sergah-sergah aku. kau tengok baju kurung aku, dah kotor. nasib sikit je. teruk lagi makanan yang ada kat atas lantai ni. kau kemas tempat ni sekarang!! ” aku menatap matanya dengan pandangan yang tajam.
“ weyh, sorry ah. kau ni, cuak aku kau tengok aku camtu. yelah, aku kemas.” dia menundukkan wajahnya menghadap lantai.
“ kemas sekarang, aku nak cuci baju aku ni. ” sempat aku menjelingnya sebelum melangkah keluar ke singki yang berada di depan kelasku.
-
baju kurungku aku sental dengan kuat. setelah beberapa minit aku buat begitu, akhirnya hilang juga kesan makanan tu.
“ nasib boleh hilang kalau tak, dah lama aku hempuk ryan guna penyapu. ” gumamku.
tiba-tiba bahuku dilanggar. kelihatan seorang lelaki mencuci tangan di singki yang baru sahaja aku guna.
aku memandangnya. setelah dia siap mencuci tangan, dia menoleh ke arahku. cepat-cepat aku memandang tempat lain.
“ kalau dah usha aku tu, teruskan jelah. ni nak cover-cover lagi. ” katanya perlahan tapi masih boleh didengariku.
“ excuse me, bila masa aku usha kau? jangan nak perasan sangat ok? ” aku menjelingnya.
“ hek eleh, nak jeling-jeling. nah air. ” dia membuka pili air lalu memercikkannya ke arahku.
“ eh, eh kuang ajanya. ” aku tidak mengaku kalah. aku juga membuat perkara yang sama.
maka, berlakulah adegan percik-memercik.
“ weyh, yelah kau menang siot, dah basah dah jaket aku. ” dia menghentikan perbuatan kami yang amatlah kebudak-budakan.
“ siapa suruh cari pasal dengan aku. ni lya la ” aku berkata dengan penuh kebanggaan. aku tidak kisah tentang baju kurungku yang basah. janji aku menang.
“ oh, so nama kau lya la? ” tanyanya.
“ haah, kau? ” soalku.
“ ray. dahlah aku nak masuk kelas. baju kurung kau tu basah. ingat pakai jaket bila balik kelas nanti. ” nasihatnya.
“ okay. ” ucapku sepatah.
aku memegang dadaku.
dup dap dup dap.
jantung oh jantung, why you beat very fast hah?
-tbc.
YOU ARE READING
water
Teen Fiction" mamat kerek, annoying siot. " " eh diam ah, minah les. " start : end :