Aku hidup semulakah?
Bukankah aku dah mati akibat kemalangan?Atau kemalangan itu hanyalah sebuah mimpi semata-mata?
Maknanya...aku masih boleh bersama dengan dia!
Sedang aku bersorak gembira, baru aku tersedar bahawa aku telah menembusi beberapa dinding kedai tanpa sengaja.
Ahh...aku dah betul-betul mati rupanya.
Tapi kenapa aku masih bergentayangan di sini?Aku pergi dengan tenang.
Dan aku tiada menyimpan sebarang dendam apa pun.Walaupun ibu bapa aku telah membuang diriku sejak kecil, aku tetap maafkan mereka.
Mereka berdua pun sudah pergi jauh lebih awal dari aku.
Kenapa ya...? Dan pada waktu itu, barulah aku terfikir.
10 hari! Ya, ya. Semua roh akan berada di dunia dalam tempoh masa 10 hari dan selepas itu barulah mereka akan ditempatkan di 'dunia' baru.
Tak sangka benda ini betul-betul terjadi.
Dan benda ini terjadi pada diri aku sendiri!
Aku sangkakan semua ini hanya sekadar sebuah mitos karut.Aku dah faham sekarang.
Oh, sekarang ini waktu malam.
Sejuknya.Aku mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar bandar. Dan aku boleh terbang!
Bintang-bintang di langit nampak lebih cantik dari sebelum ini.
Aku teringatkan sesuatu...
YEOSANG! Dia teman lelaki aku dan kami sudah bersama selama tiga tahun.
Aku nak cari dia!
YOU ARE READING
𝘁𝗲𝗻 𝗱𝗮𝘆𝘀. [✓]
Short Story❝ 10 hari untuk menjenguk si kekasih sebelum ditempatkan ke alam lain. ❞ 🌸START : 6 Oktober 2020 🌸END : 9 Oktober 2020