BAB 1
MELANGKAH KE LORONG DUKA
Noah memandang jauh ke luar tingkap biliknya menghadap jalan serta kedai-kedai yang beroperasi sejak dari awal pagi. Rumahnya yang berada di tingkat atas kedai, mempunyai keluasan yang sesuai untuk lelaki bujang sepertinya. Jalan kecil itu, sentiasa riuh dan meriah dengan pelanggan-pelanggan yang terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang leka bermain di tengah jalan. Oleh kerana, pekan ini merupakan kawasan larangan berkendaraan, jadi tidak hairanlah mengapa anak-anak kecil dibiarkan bermain di tengah-tengah jalan. Sesekali, terdengar ketawa riang mereka, memberi satu perasaan tenang, selesa dan hangat. Sekumpulan kanak-kanak lelaki sibuk bermain gasing dan gelangangnya dilukis mengunakan kapur di tar jalan. Manakala sekumpulan kanak-kanak perempuan pula, sibuk bermain masak-masak sambil memegang patung masing-masing. Tanpa sedar, Noah terleka dan tersenyum sendiri.
Angin hangat berhembus masuk melalui tingkapnya yang terbuka luas. Dia kemudian, teringat kembali kata-kata seorang lelaki yang diupah untuk menjejak ibunya.
"tiga puluh tahun lalu, Puan Diana dikhabarkan hilang tanpa jejak selepas dia meninggalkan pekan ini. Tetapi, sejak lima tahun yang lalu Puan Diana mula menetap di Altes. itu maklumat yang dapat saya kumpulkan setakat ini." Kata lelaki itu, sambil menghulur sampul coklat bersaiz A4 pada Noah. Kemudian, lelaki itu beredar.
"Feddie! Mari balik." Laung seorang wanita, yang Noah percaya dia merupakan ibu kepada salah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain gasing.
Kanak-kanak itu kemudian, menyambut mesra huluran tangan ibunya. Dan mereka mula beredar. Noah kembali melihat pemandangan yang terbentang di hadapan matanya. Ibu-ibu yang menjadi pelanggan tetap di kedai-kedai kecil pekan ini, mesra berborak sambil bergurau senda. Melihatkan mereka, Noah tiba-tiba sahaja merindui ibunya yang tidak pernah dia jumpa. Sampul coklat yang berada di atas meja dipandang Noah. Dia tekad untuk mencari ibunya.
Pekan
Noah mencapai sarung tangan bayi yang bersulam imej tiram dengan mutiara di tengah-tengah cengkerang. Dia tergesa-gesa, sesekali jam di dinding dijeling. Kasutnya di pakai sambil dia berjalan menuruni tangga.
"Apa Khabar Noah!" Tegur Pakcik Ben, apabila melihat kelibat Noah yang tergopoh-gapah.
"Khabar baik pakcik." Jawab Noah ramah.
"Dah seminggu pakcik tak nampak kamu? Ke mana, menghilang?" Kata Pakcik Ben lagi.
"Ada hal sikit." Jawab Noah.
"Yeke, Pakcik bukan apa. Ramai yang mencari kamu. Maklumlah, siapa lagi yang boleh diharapkan ambil upah angkat barang-barang berat di kedai kami, kalau bukan kamu. Haa, tak apa. Pergilah. Hati-hati di jalan." Kata Pakcik Ben.
Noah kemudian meminta diri sebelum berlari dan hilang di celah-celah banggunan.
Rumah Anak Yatim (Kini)
Ratna leka mengait baju sejuk untuk anaknya. Tiba-tiba dia disergah dari belakang oleh Noah.
"Noah!" Jerit Ratna terkejut sambil mengurut dadanya perlahan. Apabila melihatkan wajah anak kesayanganya, Ratna kembali tersenyum. Noah memeluk mamanya dari belakang, manakala Ratna kembali mengait.
"Untuk siapa?" Tanya Noah, masih dalam posisi yang sama.
"Untuk siapa lagi?" Kata Ratna dengan senyuman lembut di wajah. Posisi Noah kini berubah. Dia duduk melutut di hadapan Ratna, memandang mata tua itu.
"Kan Noah dah pesan, jangan susah-susah. Tengok mata mama, sembab sebab tak tidur buatkan baju untuk Noah." Kata Noah risau.
Ratna sekadar membalas bebelan Noah dengan senyuman lembut di wajah serta pandangan mata yang sayu. Wajah tampan itu diusap lembut.
YOU ARE READING
Amaya di Tengah Hujan Malam
FantasyMaya sendiri di tengah Jantung Rimba. Cafe ini merantai kedua-dua kakinya, mengunci jiwanya dan mengurung dendamnya. Setiap hari yang berlalu, hanya satu pelanggan yang dia nanti untuk menyembuhkan jiwa. tanpa Maya sedar, semakin hari jiwa dan tubuh...