"PUTRI IMANI QAIRINA" laung puan Amanda dari lantai bawah rumah 2 tingkat itu. "Imani bangun dah pukul 5.30 pagi ni, abang kamu siap nak ke masjid dah tu". Dengan mamai imani bangun lalu berlalu ke tandas untuk bersiap ke masjid bersama mama dan abang aka kembarnya. Itulah rutin harian iman sebelum ke sekolah.
"Imani dah siap, jom"
"Amboi lambat, penat tau abang tunggu adik" bebel iman sambil masuk ke dalam kereta
"Maafla, adik terlajak tidur. malam tadi adik siapkan kerja sikit"
"Dah dah jom gerak" ajak mama ke masjid.
Mereka bergerak ke masjid. Tidak sampai 10 minit mereka sampai di masjid.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Selesai solat subuh di masjid mereka kembali ke rumah, imani bergegas naik ke biliknya untuk menyiapkan diri bagi mendaftar masuk ke sekolah baru. Selama ini imani dan iman bersekolah yang berasingan.
"Mama, adik dah siap. Jom gerak"
"Jap, tunggu anak teruna mama sorang tu kejap. Bersolek agaknya" perli puan Amanda
"Abang dengar tau mama" balas Iman
Mereka bergerak ke sekolah. Setelah tiba di Sekolah Menengah Agama Sultan Ibrahim *tak wujud pom*. Iman mengajak mamanya ke pejabat sekolah bagi mendaftar Imani. Pn. Amanda telah siap berurusan dengan pengetua dan guru kelas Imani, lalu pn Amanda terus ke pejabat kerana dia perlu menghadiri mesyuarat pentingnya. Imani diserahkan kepada guru kelasnya 5 alfa
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
"Imani, jom cikgu tunjukkan kelas kamu" ajak cikgu Suraya selaku guru kelasnya
"Baik cikgu" balas Imani
"Bangun kelas, selamat pagi cikgu Suraya" gema suara 5 alfa menyapa cikgu Suraya setelah memasuki kelas itu.
"Duduk, cikgu nak bagitau hari ini kita mempunyai rakan kelas yang baru ye, Imani masuk dan kenalkan diri kamu" cikgu Suraya menyuruh Imani memperkenalkan dirinya kepada rakan kelasnya
"nama saya Putri Imani Qairina , saya dari sekolah menengah agama Mahmood" balas ringkas Imani
"wau, cantik je orangnya. Dah ada pakwe ke?" seloroh budak lelaki didalam kelas itu
"hm hm, jangan kacau adik aku" tegas Iman kepada budak lelaki yang mencuba mengorat adik dia
"laa adik kau ke iman, sorry sorry tak ganggu dah" balas ketakutan lelaki itu
"Imani, awak boleh duduk ditepi Iman tu ye" ucap cikgu Suraya untuk menamatkan suasana tegang kejap tadi
"Baik cikgu, terima kasih" senyum manis Imani kepada cikgu Suraya
"Adik, mama dah balik ke?" bisik Iman
"Dah, mama ada urusan dekat pejabat. kenapa?" soal Imani pelik abangnya menanyakan tentang ibu mereka
"Abang lupa bawak duit belanja, dompet abang tertinggal dalam kereta tadi" balas Iman dalam keadaan berbisik
"Ouhh, takpe harini adik belanja abang. ok" balas Imani sambil mengenyit mata kepada abangnya. Dalam tak sedar perbuatan itu telah dilihat oleh pelajar kelas sebelah yang menaruh hati kepada Iman sekian lama. pelajar itu telah salah menafsir kelakuan imani dengan iman dan menyimpan dendam kepada imani kerana dia ingatkan imani ingin merebut iman daripadanya
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
KRINGGGGGGG loceng rehat telah berbunyi. bergegas semua pelajar menuju ke arah kantin sekolah.
" adik cepat la jalan, abang lapar nim"
"kejap la, bagila adik kemas buku ni dulu"
"abang pergi beli makanan dululaa, nanti adik cari kantin kat mane eh"
"yelaa, nah" imani menghulurkan duit Rm20 ke arah abangnya
"adik nak yang makanan ringan je ehh dengan air 100 plus" katanya lagi
tinggal imani keseorangan didalam kelas. 3 minit kemudian imani menuju ke kantin sekolah namun dia disekat separuh jalan oleh kumpulan gedik sekolah.
"woi pompuan, kau jangan dekat dengan iman boleh tak?"kata ketua group gedik tu Sara
'dari aku layan minah ni baik aku ke kantin, nanti habis pulak masa rehat' kata imani dalam hati
imani buat tidak layan lalu pergi ke kantin dengan selamba.
Ketika imani berjalan laju menuju ke kantin dia terlanggar satu sosok tubuh seseorang...
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
*sorry kalau ada salah silap, maklumlaa baru first time buat sorry lagi sekali.*
YOU ARE READING
DIARI SI KECIL
Fantasykegelapan dan kesunyian yang dialami oleh wanita kecil bukan mudah untuk di tempuhi sendirian. imani menempuh pelbagai halangan dan rintangan bagi mengejar mimpinya.. "kau pendek, mana mungkin boleh berjaya pada masa hadapan" .. kutukan demi kutuka...