Day 10 ♡

166 41 8
                                    

Sanggup ya awak ambil cuti semata-mata untuk roh berkeliaran macam saya ni? " soalku apabila mengetahui bahawa Yeosang mengambil cuti untuk satu hari untuk menemani aku.

Emergency leave pula tu dia ambil.
Bertuah sungguh teman lelaki aku yang seorang ni.

“ Bukan selalu saya cuti, jadi apa salahnya kan? Hehet! " sengaja dia membuat muka comelnya.

“ Eii mengada~ "

“ Tapi kenapa mesti 10 hari? Tak boleh lebihkan? " soalannya itu membuat aku tergelak.

“ Yeosang, awak ingat ini apa? Pasaraya? "

“ Manalah tahu boleh lebihkan... "

“ Ishh awak ni, mana boleh! "

Sepanjang hari ini, kami berdua berseronok walaupun realitinya orang lain hanya lihat Yeosang saja yang terlebih gembira.

Perkara ini membuatkan aku berasa lebih serba-salah untuk tinggalkan dia...

++++++

“ Sayang, roh tak boleh makan ke? Dari tadi saya saja yang makan tak ingat dunia. " soal Yeosang sambil menyuap sesudu aiskrim strawberi ke dalam mulutnya.

“ Kalau saya makan, mesti dia terkeluar semula. Haha. " jawabku.

“ Jadi...awak tak lapar? "

“ Tak. Tak lapar langsung. Lagipun tengok awak makan pun dah cukup buatkan saya puas hati. "

“ Ingat sweet ke, hehe. " kata Yeosang perlahan.

Kalau dia bercakap dengan nada suara yang biasa, nanti orang ingat dia gila pula.

Aku tak mahu Yeosang diejek sesiapa pun.

“ Mestilah! " ketika itu, barulah aku sedar.

Matahari telah menunjukkan tanda-tanda ingin terbenam.

“ Awak, dah nak malam... " dia bersuara.

Dan riak wajahnya mula berubah.

“ Sayang...jangan pergi... " dia cuba menarik tanganku yang sememangnya halimunan ini.

Dia menangis. Lagi.

Tidak pernahku lihat dia selemah ini. Aku kenal dia sebagai seorang lelaki yang kuat.

“ Yeosang...jangan macam ni. Awak kuat kan? Janganlah menangis... "

“ Tak. Saya tak kuat. Langsung tak kuat... " air matanya terus mengalir.

 " air matanya terus mengalir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Awak... " aku menyentuh bahunya perlahan walaupun aku tahu dia tak dapat rasa sentuhan ni.

“ Jangan tinggalkan saya. Tolonglah... "

Sedih.
Matahari sudah pun terbenam dan langit telah mulai gelap.

Bintang-bintang mula menyinari Bumi.

Bila-bila masa saja aku boleh lesap.

“ Saya terpaksa tinggalkan awak, Yeosang. Tempat saya bukan di sini lagi. Awak nak saya berehat dengan tenang kan? Jadi, tolonglah relakan pemergian saya... "

“ Sayang... "

“ Ya...? " entah kenapa, tangannya mampu menyentuh tanganku yang halimunan ini.

Adakah ini sebuah keajaiban?

“ Pandang saya. " katanya.

“ Saya tak tahu kenapa macam mana saya boleh sentuh awak sedangkan awak ni halimunan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Saya tak tahu kenapa macam mana saya boleh sentuh awak sedangkan awak ni halimunan. Tapi... "

Bibirku dikucupnya perlahan.
Dan dalam kadar lima saat, dia melepaskannya.

“ ...inilah ciuman pertama dan terakhir kita. "

“ Terima kasih, Yeosang. Terima kasih sebab sudi terima saya jadi peneman hidup awak walaupun kita hanya bersama untuk tiga tahun. Saya harap, kehidupan awak akan bertambah lebih baik dari sebelum ini dan...

...I love you, Kang Yeosang. "

“ I love you too. " balasnya sambil tersenyum, cuba untuk merelai pemergianku.

Selepas itu, aku dapat merasakan diriku mulai lesap.

Lesap untuk selamanya.

Goodbye, Kang Yeosang.

❝ Our last kiss ❞
❝ Our last date

※ - THE END - ※

𝘁𝗲𝗻 𝗱𝗮𝘆𝘀. [✓]Where stories live. Discover now