#Sedikit pesanan,ini adalah flashback chapter dan ianya ada berkaitan dengan sebelum bermula siri pertama Kaiser#
Wap dingin keluar dari mulut sebaik nafas dihelakan,salji turun menimpa bumi negara Mentari. Sudah hampir hujung tahun rasanya,namun ianya permulaan untuk turunnya salji yang tebal.
"Kau hujung tahun ni tak bawa Elliana date ke?" soal Azham dan Hafez hanya mengeluh sahaja.
"Eh.. Lain macam keluh tu.. Korang gaduh ke apa?" soal Azham tersengih.
"Tak.. Bukan gaduh.. Kami agak sibuk.. ayah tak dengar ke pasal kes serangan di hujung kota?" Hafez menyoal.
"Mengenai serangan pemberontak tu ke? Skuad kamu ke yang uruskan?" soal Azham dan Hafez mengangguk lemah.
"Ada yang tidak kena ke?" Tambah Azham lagi dan Hafez melihat ke luar tingkap.
Mengingati semula perbualan dia dan Soufy pagi tadi,berkenaan organisasi menggelar diri mereka sebagai Dark Moon.
"Dark Moon?" Hafez menyoal dan Soufy mengangguk.
"Mengikut data yang diterima.. organisasi ini terlibat dalam pelbagai jenayah.. Pemberontakan salah satu darinya.. Mereka semua adalah organisasi antarabangsa.. Bukan sahaja di dalam negara.. Tetapi di luar negara kita.."
"Apa motif mereka sebenarnya?" soal Hafez dan Elliana hanya sekadar mendengar.
"Motif mereka menyerang negara kita adalah untuk cubaan menakluk negara ini.." jelas Soufy dan Hafez membesarkan matanya.
"Tapi kenapa?" soal Hafez.
"Mentari adalah negara yang kukuh ekonomi dan juga tenaga tentera yang cukup.. Dua sebab itu antara kenapa banyak negara mahukan kerjasama kita.." jelas Soufy.
"Sebabkan negara kita ini dikatakan berada di kedudukan teratas dunia.. Mereka cuba nak menakluk negara Mentari? Tindakan yang berani jika Hafez tanya ayah..." Azham berkata dengan senyuman sebaik Hafez habis menceritakan perbualan dia dan Soufy.
"Tidak apa ke kita kalau kita tidak laporkan pada raja?" soal Hafez.
"Dia dah tahu dah..." Jelas Azham dan Hafez kehairanan,ayahnya menunjukkan ke satu arah.
Hafez menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh ayahnya,tidak lama Hafez terkejut dan tercengang kerana orang yang dia maksudkan sudah duduk di kerusi sofa pejabat ayahnya.
"Yo! Anak muda.." sapa orang itu ataupun Solleh Al'Dariuz tersengih dan segera Hafez melutut memberikan salam hormat.
"Maafkan patik,tuanku!" Kata Hafez.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AdventureDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...