IT'S ME!

51 4 2
                                    

                     Kelepek-kelepuk-kelapak berbunyi tatakal gerabak monorel melangsar pada pembahagi landasan apung.Waktu puncak yang  padat bergaul sama dengan segala bau manusia.Saya duduk di kerusi yang terhujung.Setiap kelepak-kelepuk-kelepak  - kami bergoyang .Pakcik di sebelah bergoyang,budak separas pinggang saya bergoyang.Seorang lelaki Maahad Tahfiz yang sedang meninjau pinggul seorang amoi dengan tasbih di tangannya bergoyang-goyang.Tidak terkecuali  seorang gadis yang berdiri di hadapan saya turut tergedik. kiri ke kanan.

             Goyang.

              Saya taakul saiz si kembar yang tak padan dengan badannya tersebut .Wajahnya berkilat namun kilatan itu seperti disimbah oleh puluhan berian mikro.Rambutnya yang lebat dibiarkan lepas.Matanya kecil dan kedua ulas bibirnya basah seperti baru digomol oleh sebakul buah citrus - Jingga dan basah. Ya! Jingga dan basah.Pinggangnya halus.Pinggulnya yang mungil berjaya dibalut oleh seluar slack yang dipotong lurus.Mekar si kembar seperti terlebih baja baja yang terletak segak didadanya tersebut.Saya mengandaikan yang macam-macam.Kahwinkah?   bujangkah? atau seorang janda yang ada anak perlu disusu dirumah?                                                                     Hoi,jangan kata saya seorang yang busuk akalnya! Tunggu dulu kerana ini perut KL. Macam-macam ada dalam usus yang serba jijik ini.Tiada apa yang wangi untuk kata Oh hei,jangan buat tanggapan begitu.Mungkin ini anugerah Ilahi yang maha Adil.Sungguh dia tidak bertudung namun gadis itu lebih suci dan molek akhlaknya dari seorang gadis yang di sebelah sana.

           Sana,   ya     sana  yang  mana  berdiri   seorang    gadis bertudung litup hingga kedada.Kakinya dihangatkan oleh stokin.Pergelangan tangannya turut dilitup elok.Saya menundukkan sedikit kepala melihat di celahan ketiak orang.Gadis yang tiba-tiba menangkap mata saya untuk terus melihat kepadanya.Saya kira mereka sebaya.Antara gadi yang berdada besar dan juga gadis bertudung litup tersebut kelihatan setara umur mereka.Awal dua puluhan namun ceritanya lain-lain.Gadis yang dihadapan saya ini lain dan gadis itu lain.Saya tidak meneka bayak kerana persoalan tentang darjat gadi bertudung dan tidak ini seperti lumrahnya sebiji telur.

          Sabiji telur mempunyai telur kuning dan telur putih.Telur itu berkhasiat namun khasiat yang kuning dan putih adalah bercanggah sama sekali walau didalam satu sarung yang sama.Aneh kerana di dalam suatu objek terbentuk bujur terpisah dua unsur yang sama sekali bertentangan.Telur putih tidak mempunyai kandungan yang berada didalam telur kuning iaitu klorin.Zahirnya sahaja sama namun di dalamnya punyai dua daerah berbeza.

           Jadi wanita itu telur,  Iman itu seperti telur.Direbus ianya kenyal dan mentahnya berderai pecah jika dipunggal.Jadi yang mana wanita itu.yang kuning atau yang putih.Yang  direbus atau masih mentah berlendir.

           Yang bertudung pendiriannya kukuh dan yang tidak bertudung juga mengatakan jangan mengukur iman dengan rambutnya yang lepas.Ah  sial la begini jika itu yang menjadi ukuran.

            Monorel ini betul sendat dan segala andaian perlu saya sendatkan sepantas yang boleh dalam perjalanan yang serba singkat.Seorang wanita berpakaian sut biru navy dengan skirt separas lutut duduk membelek telefon bimbit. Ditenyeh-tenyeh permukaan terlefon bersaiz 4 inci tersebut lalu melekapkan telapak tangan ke skrin. Lama. Saya memerhatikan wanita tersebut yang jaraknya hanya enam langkah dari tempat duduk di mana saya berada.

             Wajahnya lembut seperti dicipta Tuhan dari sutera.Mulus dengan tahi lalat comel tepat di antara dagunya yang runcing. Bentuk pipinya yang timbul itu membuatkan sesiapa pun menjadi gila kurang dari enam saat. keningnya sekata bagai berus lukisan yang dicelup air mawar. Jemarinya runcing dan gebu. Dia adalah wanita yang sama saya lihat saban hari di dalam waktu sebegini. Jam 6 petang plus minus dia akan berada di sini. Gerabak ini pastinya. Dia kekal berdiri tanpa mahu duduk. Kakinya yang cantik itu cukup berkuasa menampung tubuh badannya yang dipotong Tuhan pada ukuran 26-27 38. Saya melihat tanpa kerdip sehinggalah dia melontarkan pandangan ke arah saya seperti elektrik yang ditembak buas. Tepat memandang saya yang terlongo memandang keayuannya tanpa kerdip. Dia tersenyum penuh seperti  limau mandarin yang dipotong separuh. Manis. Macam limau yang ranum elok. Namun saya yang telah tertangkap kerana memandangnya menjadi libang-libu tak keruan seperti ayam berak kapur. 

"Stesen berikutnya, Imbi."

 Bersiap-siap penumpang membetulkan duduk. Yang berdiri turut mencengkam kuat palang monyet di atas kepala mereka untuk menahan inersia apabila monorel berhenti di landasan. Seperti biasa Kelepak-Kelepuk-Kelepak kedengaran dan kali ini lebih kuat. Saya membetulkan lipatan lengan kemeja. Wanita yang tadinya mencuri perhatian saya kekal tidak berganjak. Nampaknya ini bukanlah stesen yang akan dia turun sebentar lagi.

Mata meliar melihat sehingga ke hujung kanan gerabak pula dan kali ini pandangan saya mempunyai isi dan maksud. Tiada sesiapa yang menarik perhatian sehinggalah mata saya menangkap sekejung tubuh seorang lelaki yang memakai jeans dan t-shirt gedoboh. Jeansnya labuh sehingga kelihatan hampir terlucut dari pinggang. Topi snapback dipakai senget dengan kalung perak sebesar penumbuk yang terlilit di leher. Hip-Hop gayanya kalau disebut orang. Saya tak kata apa melainkan wajahnya yang kelihatan seperti seorang jawa totok. Hidungnya kembang, matanya nipis seperti daun serai. Wajahnya merepang dari dahi ke dagu. Meleper seperti baru dihayun dengan talam ke muka, Jawa Banting atau Klang? Saya tidak mengambil pusing dengan persoalan yang kali ini saya gantung biar tidak berjawab. Dari daerah mana dia datang bukan lagi urusan akal untuk didebat.

               Perlahan saya bangkit meragas palang yang terdapat di puncak kepala. Biar monorel tidak lagi berhenti, saya sudah bersiap untuk melakukan kerja yang sebenar-benarnya kerja. Ini kerja saya. Berfikir dan menaakul ragam orang ramai juga kerja. Namun ianya jatuh di tempat kedua apabila kerja pertama saya ini selesai dan berhasil. Setapak demi setapak saya berjalan perlahan ke arahnya tatkala monorel semakinmenghampiri stesen Imbi. Bisik-bisik dua suara perempuan yang lincah berbicara tentang petua kelihatan kulit sentiasa anjal dan rahsia memikat suami tenggelam dikemam decitan tayar monorel yang kuat.

             Wajah jawanya semakin ketara tatkala saya berdiri di sebelahnya. Tidak sebelah. Saya berjangak dua tapak ke belakang apabila monorel sudah susut daya pecutannya. Parapenumpang turut bersedia melawan inersia. Dada saya rapat meretuh belakangnya. Wajah-wajah sesak kini berlumba-lumba untuk keluar. Tapi tidak saya. Wajahk saya tenang seperti emping salji di Kansas City. (Walau saya tak pernah sampai ke Kansas City namun saya rasa emping salji agak tenang sifatnya).Lima enam orang turut berbaris sama di belakang saya untuk keluar dari tiub sempit ini. Saya menantikan suatu bunyi.Bunyi mutakhir yang akan membuatkan segala penantian ini berakhir dengan cepat.

Saya seorang penyeluk saku dan ini kerja saya. Penyeluk saku sistem transit aliran ringan. Sekarang anda tahukenapa saya menunggu bunyi........ 

Kelepak - Kelepuk - Kelepak.

          Nah itu bunyinya.

          Bunyi itu dilatari oleh lagu dendangan Mezdeka yang berjudul Shik-Shak-Shok. Saya tidak tahu mengapa kerana setiap kali saya ingin mencopet lagu itu menjadi rentak yang bermain di minda. Dari paluan gendang dan kerincing yang rancak tersebut jantung saya berdegup kencang memberikan saya semacam satu semangat yang luar biasa.

Shik Shak Shok! Shik Shak Shok!

Dan tayar pun berdicit. Saya yang terbaik dalam apa yang saya lakukan. Dikatakan berkali-kali sehinggalah pintu terpelahang buka dan udara luar menghembus masuk ke dalam. Tiada peluh mahupun gugup dan inilah pemulanya.

- Shik Shak Shok!

Jantung saya mengepam laju setiap darah yang berada di badan menuju ke tangan.


       Kesimpulannya,I HATE ME yang selalu suka menilai orang,padahal diri sendiri lebih teruk dari orang yang dinilai itu.

sekian terima kasih,                                                                                                                                                                 Qamarul Iqram


I HATE MEWhere stories live. Discover now