Gempa menguis nguis pasir di pantai yang berada diatas kerajaan Woda. Tanda kebosanan.
"Agaknya, apa yang terjadi dengan keluarga angkat aku di dunia manusia ye?" Gempa bermonolog sendirian.
Ya, walaupun keluarga angkatnya itu kejam dengannya tetapi dia sudah menjaga aku dengan baik. Jadi, aku perlulah membalas jasa mereka bukan?
"Bila agaknya aku boleh pulang ke dunia manusia?" Gempa menongkat dagunya. Menyaksikan pantai dengan penuh asyik. Dengan angin berderu manja di permukaan mukanya membuatkan dia leka seketika.
"Mengapa kau perlu pulang jikalau disini tempat kau yang paling tepat." Suara garau seseorang itu mengejutkan lamunan Gempa.
Gempa menoleh kearah suara itu.
Dia kaget setelah melihat insan dihadapannya kini.
Berjubah tiga suku dari kaki berwarna hitam merah, berseluar merah hati itu membuatkan dia tertanya tanya. Siapakah gerangan insan yang menegur aku ni?
"Awak cakap dengan saya ke?" Gempa terlalu kaget.
"Ya, saya berkata dengan siapa lagi selain kamu di sini." Kata lelaki itu.
"Kenapa awak nak bercakap dengan saya?" Gempa tertanya tanya.
Lelaki ini tidak mengenali aku tetapi kenapa lagaknya dia seperti mengenalku?
"Ouh, inikah keturunan Wyladowac yang tinggal? Sangat sombong dan angkuh sekali. Keturunan Raja Tory yang amat sopan santun dan tinggi akhlaknya akan malu jika dia mengetahuinya." Lelaki itu seakan memprovok Gempa.
Gempa kegeraman. Apa masalah lelaki ini secara tiba tiba menyerangnya?
"Awak ni siapa sesuka hati sahaja menghukum orang tanpa usul periksa." Gempa sudah naik seoktaf.
"Huh? Kau mahu mengenali aku siapa? Aku Jeden, Jeden Halilintar keturunan Rozjasnic. Aku berasal dari kerajaan Blyskaciwa." Kata Jeden dengan sinis.
"Oh ya, satu lagi aku hampir terlupa. Aku merupakan ketua Untitled World.
Jawatan tertinggi di dunia ini dan yang paling aku bangga, Cik Osiem orang bahawan aku. Jadi kau sudah mengenal aku bukan?" Dengan angkuhnya Jeden berkata. Dia memandang sinis pada Gempa."Oh, jadi nama awak Jeden? Hai, saya Gempa. Gembira dapat berjumpa dengan tuan." Kata Gempa sopan.
"Huh, aku tidak mahu berjumpa dengan kau. Aku hanya mahu mengenal siapa dia yang berani merampas dan menentang aku sahaja." Kata Jeden.
"Awak bercakap tentang saya ke? Ke...kenapa saya perlu ambil tempat dan kedudukan awak. Saya tak layak semua tu. Saya hanya seorang manusia yang tersesat dalam dunia ini secara tiba tiba." Kata Gempa.
Sumpah aku tidak berani untuk menetang ketua dunia ini. Sudahlah dunia ini semua bangsawan memiliki kuasa sedangkan diri aku ini tiada apa apa.
Jeden tergelak kecil.
"Kau yakin kau manusia?" Jeden memandang sinis kearah Gempa.
"Apa maksud tuan?" Gempa sudah tidak tahan dengan teka teki yang sering bermain di mindanya.
Sejak hari pertama dia berada di dunia ini semua orang berkata dia memiliki kuasa. Sedangkan dia seorang manusia yang sesat di dunia aneh ini sahaja.
"Usah kau berpura - puralah, perampas. Aku tidak mahu berjumpa dengan kau terlalu lama kerana semakin aku berada dengan kau semakin tinggi sakit hati aku ini . Jadi, kau jangan berani muncul dihadapan aku lagi jika kau tidak mahu mendapat parah." Jeden terus menghilangkan dirinya.

YOU ARE READING
The Untitled World. (Boboiboy's Storyline)
FantasySelamat datang ke The Untitled World.... ---------------------------------------------------- Hanya kerana dia seorang anak angkat keluarga ternama dan orang kaya, Gempa sentiasa dipinggirkan. Sehingga suatu ketika dia hanya mahu tamatkan sahaja h...