[ Seung Hee's P.O.V ]
Selepas hari yang bermakna itu, Lino selalu datang melawatku. Kalau boleh dia tak nak lepaskan aku langsung. Manakala, Kayla dan Hyunjin pon dah confess to each other, Changbin dan Hyuri pon sama.
"Ehhh korang esok malam krismas. Tak sabar la nak tengok bunga api." kata Kayla.
"Tapi kan, kau bukan ke balik kampung ke?" soal aku.
"Yelah tengok kat kampung aku la." katanya. Aku hanya tergelak kecil. Lino yang disebelahku hanya memeluk bahuku erat.
"Ehhh nanti malam esok, kita tengok sesama tau." kata aku kepada Lino. Lino hanya mengangguk.
"Yelah..."
"Tak sabarnya rasanya." kata aku lagi. Mereka semua nampak gembira sehinggalah aku terbatuk. Aku cepat ii mengambil tisu untuk menghalang kuman merebak. Aku mengeluarkan batuk kahak berdarah. Tapi aku dah biasa. Memang keadaan aku macam ni.
Lino nampak risau.
"Seung Hee, nak saya panggilkan doktor ke?" soal dia. Aku hanya menggeleng.
"Sokay, sayang. I'm fine. Memang ni salah satu simptom dia." kata aku lagi lalu memegang tangannya erat supaya dia tak panic semacam.
KEESOKKAN HARINYA, MALAM KRISMAS
Aku terbatuk-batuk sambil menunggu Lino untuk sampai. Setelah beberapa minit, ada orang membuka pintu wad aku. Ternyata itu ialah Lino.
"Lambatnya awak ni." kata aku.
"Sorry ii tadi ada traffic jam tu yang lambat tu." kata Lino lagi.
"Jom kita tengok kat balcony." kata aku. Lino hanya akur lalu mengendong aku ke kerusi roda lalu menolak kerusi itu keluar dari wad aku. Kami menuju ke balcony untuk melihat bunga api pada malam krismas.
"Lagi berapa minit?" soal aku. Lino melihat jam yang ada di pergelangan tangannya.
"Lagi 15 minit." kata Lino. Aku mencebik perlahan. Agak lama bagi aku. Tapi takpelah selagi aku boleh tunggu, aku akan tunggu. Setelah 10 minit berlalu, entah kenapa aku tetiba rasa lemah. Adakah dah sampai waktunya?
"Lino..."
"Hmm?" soalnya.
"Boleh tak saya nak tumpang bahu awak? Saya nak sandarkan kepala saya..." kata aku lagi. Lino mesti syak yang suara aku berubah tiba ii.
"Seung Hee, awak okay kan? Rasa sejuk?" soal dia. Aku menggelengkan kepala aku lalu sandarkan kepala aku di bahunya.
"Lino, what happened to me, jangan rasa sedih tau. Saya nak awak tau satu benda je, saya akan tetap cintakan awak... hati saya memang untuk awak. Tiada lagi lelaki lain yang memegang jawatan sebagai Mr. Right di dalam hati saya." kata aku lagi.
"Seung Hee...." aku menyampuk.
"Janji dengan saya yang awak akan bahagia. Jangan sedih terlalu panjang. Saya jadi tak tenang, Lino. Awak janji dengan saya yang awak akan bahagia bersama dengan perempuan yang layak.... Saya akan perhatikan awak dari jauh.... Itu janji saya...." kata aku lagi. Aku sedar penglihatan aku makin kabur. Aku dah takde masa yang lama.
"Seung Hee.... jangan...."
Aku tersenyum.
"Saranghae, Lee Minho."
Aku melepaskan genggaman tangan Lino perlahan dan mata aku tertutup rapat. Ada satu perkataan yang aku tertinggal. Selamat tinggal, Lee Minho. Thanks for everything.
[ Lino's P.O.V ]
Aku merasakan genggaman tangan Seung Hee dilepaskan perlahan. Air mata aku mengalir dengan lebatnya.
"Seung Hee? Awak tidur je kan? Awak bergurau kan? Seung Hee??" aku cuba untuk mengejutkan perempuan yang aku cintai sekian lama tapi takde guna. Seung Hee dah pergi meninggalkan aku selamanya.
Malam Krismas memang malam yang malang untuk aku. Orang ii yang aku sayang pergi meninggalkan aku pada malam yang sama. Bermula dengan mama dan akhirnya kepada perempuan yang aku cintai, Seung Hee.
Bunga api kelihatan di langit pada malam Krismas dan ditemani oleh air mata aku yang mengalir dengan derasnya.
"Seung Hee, saya akan pegang pada janji itu. Saya sayangkan awak, Yoo Seung Hee." kata aku lalu mencium kepala Seung Hee yang dah jadi botak licin itu. Terima kasih atas cinta awak yang sementara itu. Aku hargainya.
──────⊹⊱✫⊰⊹──────
To be continue...
Ready for epilogue?
YOU ARE READING
「 C 」Lie In December | SKZ LEE KNOW FF
Fanfiction"Your Lie brought you to me." STATUS: Complete START: 02/05/2020 END: 14/10/2020