Bab 3🐿️

20 4 0
                                    


Selepas peristiwa di perpustakaan semalam, Mastura Diana lebih banyak termenung mengingatkan kisah semasa mereka masih sekolah.

4 tahun lepas

Di kelas 3 Bestari, riuh rendah kedengaran para pelajarnya apabila dua minggu tidak berjumpa kerana cuti pertengahan tahun. Pelbagai gelagat dapat dilihat, ada yang tidur, ada yang bercerita, ada yang berlari, ada yang tak buat apa apa. Mengalahkan budak tingkatan satu.

          "Weh, ada budak baru masuk." Kata Wildad kepada semua isi kelas tersebut.

           Kelas yang tadinya bising bertukar menjadi senyap kerana teruja mendengar kenyataan tersebut.

          "Mana kau tahu?" Tanya salah seorang pelajar lelaki.

         "Tadi Cikgu Raudah tanya aku ada tak meja dengan kerusi kosang dalam kelas. Katanya ada pelajar baru nak masuk esok. Tu yang aku tahu tuu." Jelas Wildad panjang lebar.

        "Oooooooo." Serentak satu kelas mengangguk.

          "Laki ker pompuan?" Tanya Hidayah.

         "Aku pun tak tahu. Kita tunggu jer lah esok." Balas Wildad berseloroh.

🦁🦁🦁



Keesokan harinya,

Cikgu Raudah masuk ke kelas bersama seorang murid lelaki yang baru berpindah ke sekolah mereka.

          "Okey anak-anak, ni cikgu kenalkan kawan baru kita. Nama dia Syafiq Dahlan bin Syauqi. Dia dari Sekolah Ampuan Intan. Okey Syafiq sila perkenalkan dari awak." Kata Cikgu Raudah.

         "Assalamualaikum kawan-kawan. Nama saya Syafiq Dahlan bin Syauqi. Boleh pangil saya Syafiq jer. Saya dari Sekolah Ampuan Intan. Harap korang semua sudi berkawan dengan saya dan memberi tunjuk ajar." Kata Syafiq Dahlan penuh hormat.

          "Ha Syafiq awak boleh duduk kat sebelah Mastura Diana kat belakang sana." Cikgu Raudah menunjukkan tempat yang dimaksudkannya. Bergegas Syafiq ke tempat duduknya.

          "Hai! Saya Mastura. Kalau awak ada apa-apa nak tanya boleh tanya saya atau kawan-kawan lain." Mastura memperkenalkan diri sambil tersenyum.

          "Hai. Okey." Balas Syafiq Dahlan acuh tak acuh.

         "Eiiii sombongnya. Orang cakap elok-elok balaslah elok-elok ni acuh tak acuh jerr." Omel Maatura dalam hati.

          "Okey anak-anak harini kita akan belajar seperti biasa, keluarkan buku teks dan buku latihan. Kita akan buat beberapa soalan kbat untuk menguji minda." Kata cikgu

🦁🦁🦁

Berlalulah hari-hari mereka seperti biasa. Syafiq Dahlan sudah membiasakan diri dengan persekitaran baru. Dia dan Fikry Husni menjadi kawan rapat together forever.

          Beberapa bulan selepas Syafiq masuk ke Sekolah Menengah  Seri Menanti, timbullah gosip tentang Mastura Diana yang dikaitkan dengan Syafiq Dahlan. Kemana saja Mastura pergi pasti akan mendengar bualan orang tentang gosip tersebut.

          "Weh korang tengok siapa tuuu. Kekasih Syafiq lalulah!" Kata salah seorang pelajar perempuan yang berada di pondok berdekatan koperasi dan disambut hilai tawa rakannya yang lain.

         "Weh, kau jangan kacau dia. Nanti tak pasal pasal mengadu kat bf naya kita." Sahut rakan perempuan tadi

          Mastura hanya memekakkan telinga. Dia tidak mempedulikannya kerana dia tahu yang gosip itu tidak benar. Lama kelamaan gosip tersebut semakin menjadi-jadi. Sampailah suatu hari, budak lelaki kelas mereka, Khairul menulis nama 'Syafiq LOVE Mastura' yang besar di withboard kelas mereka. Syafiq hanya berdiam diri. Tidak marah juga tidak membantah.

          Mastura tidak mengendahkan rakan sekelasnya dan  mendengar sorakan dari rakan sekelasnya. Dia mengankat muka melihat withboard dan terkejut melihat namanya yang ditulis secara besar bersama Syafiq Dahlan.

          "Kau pahal arrr bodoh?"

          "Relax lahhh. Aku gurau jerr." Balas Khairul.

          "Gurau pun agak agak arr. Kau padam sekarang!" Arah Mastura sambil menjegilkan matanya kepada Khairul.

          Belum sempat Khairul memadamnya, tiba-tiba, Cikgu Fatah melalui kelas mereka dan ternampak apa yang ditulis oleh Khairul di withboard dan memasuki kelas mereka.

          "Siapa Syafik? Siapa Mastura?" Ikut saya ke bilik disiplin sekarang!" Tegas Cg Fatah.

          "Kalau aku kena siap kau!" Mastura memberi amaran kepada Khairul sambil menunjuk dengan jarinya dan berlalu meninggalkan kelas dan ke bilik disiplin.

🦁🦁🦁



Di bilik disiplin

          "Korang ni datang sekolah nak belajar ker bercinta?" Syafiq dan Mastura hanya tunduk memandang lantai.

          "Mak bapak hantar kamu datang sekolah nak suruh kamu belajar jadi budak pandai kerja bagus bagus. Ni kamu datang sekolah duk bercinta. Apa nak jadi dengan kamu ni? Kamu berdua ni harapan sekolah. Pengawas pulak tuu. Kamu sepatutnya jadi teladan dekat murid murid lain. Ni lain pulak jadinya. Saya tak faham lah kamu berdua nii!" Tempik Cg Fatah yang merangkap cg disiplin sekolah.

        Mata Mastura sudah berkaca kaca apabila ditempik atas kesalahan yang tidak dia lakukannya. Dia kesal kerana cikgu tidak menyiasat perkara sebenar dan menghukum orang yang tidak bersalah.

          Sebagai hukuman saya nak kamu berdua cuci toilet sampai bersih lepas habis sekolah nanti. Kalau dah siap jumpa saya." Kata Cg Fatah lalu menyuruh Mastura dan Syafiq kembali ke kelas.

          Mastura tidak terus ke kelas sebaliknya dia menuju ke tandas dahulu untuk mententeramkan hatinya yang sedang serabut.

          "Arhhhhhhhh! Stressnya aku!" Mastura mengingati pesan ibunya agar mengambil wuduk' semasa perasaan amarah menguasai diri.

          'Ya ALLAH, kau tenangkanlah hatiku.' Doa Mastura Diana dalam hati.

🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️🐿️

Mungkin sabtu minggu depan saya tak dapat update sebab saya sibuk sikit ada kerja khusus. Harap awak semua dapat bersabar menunggu❤

24/10/2020

Benci Jadi Cinta [ On Going ]Where stories live. Discover now