SOPHEA memandang bosan sahabatnya yang bersandar di kepala katil. Sesekali tangan naik menekup mulut yang mula terbuka luas.
Mengantuk!
"Adeena kau pergi lah tidur bilik kau sana. Aku nak tidurlah."
Duvet yang berada di hujung kaki dia angkat sampai ke pinggang. Sekarang dah masuk jam 1:30 pagi. Mata dia dah tidak mampu untuk dibuka.
Tapi datang pula bala si Adeena ni! Akibat takut untuk tidur sebilik dengan suami sendiri dia menerjah bilik kawan baiknya.
Heish!
"Ish! Perempuan ni!"
Sophea mendengus kegeraman. Boleh pula Adeena buat pekak badaknya di sini. Haih!
"Senang cerita biar aku je tidur dalam bilik kau. Susah la!"
Mata Adeena membulat besar, eh perempuuan ni suami aku tu! Sophea yang mengesot untuk turun dari katil kembali terbaring disebabkan Adeena menarik rambutnya kuat.
"Ish! Orang nak tumpang tidur semalaman pun bising."
Bebel Adeena namun tangannya lincah mengambil segala jenis barangan yang dia bawa masuk ke sini tadi.
Kedekut lah Sophea ni. Orang nak tumpang tidur sekejap pun dah bising.
Adeena menjeling sekilas wajah Sophea sebelum tangannya menyentuh tombol pintu bilik. Buka sahaja pintu dari dalam terpampang satu fabrik putih di depan mata.
Adeena menelan liurnya kesat. Namun matanya naik memandang ke atas.
"Suami aku."
Bibir Aiden terjongket sedikit naik ke atas. Comel pula bila Adeena sebut perkataan 'suami aku'.
"It's already late. Jom tidur." Adeena menjeling tangan sasa Aiden yang melilit di bahagian tengkuknya. Terasa berdiri segala bulu roma bila Aiden bersikap sedemikian.
"I-I nak
"You nak apa Davina sayang?"
Aiden menjongketkan keningnya ke atas. Riak sinis dia tunjukkan kepada Adeena.
"B-Boleh I tidur dengan mom?"
Aiden melepaskan tangannya pada kedua-dua belah bahu Adeena. Kenapa isterinya takut sangat dengan dia malam ni?
Sebelum kahwin dulu bukan main, ada sahaja akal gadis itu untuk mengenakan dirinya.
"It's already late. Aku tak akan apa-apakan kau. But if you want me to do so I-
Adeena membulatkan matanya. Tangan kecil miliknya naik pantas ke bibir milik Aiden. Sekaligus memberhentikan bicara sambungan daripada lelaki itu.
"It's smell so good. I love it."
Adeena menayangkan riak terkejut pada wajahnya. Tapak tangan yang terasa basah dan mempunyai kesan beberapa gigitan itu di pandang dengan riak yang tidak percaya.
Aiden baru sahaja menjilat dan menggigit telapak tangannya?
"Taste sweet as you."
Aiden mengenyitkan matanya kepada Adeena. Tanpa pamitan tubuh kecil gadis itu dia cempung lalu diletakkan ke atas bahunya.
"Argh! You lepaskan I!"
"Shut up my beautiful wife."
Mata Adeena membulat tatkala terasa tapak tangan besar Aiden menjengah punggungnya.
Gatal punya suami!