◆♔46♔◆

985 126 39
                                    

Taehyung terlentang jatuh dan hampir tercampak keluar daripada kontena. Terkejut juga, nasib tangannya sempat mencapai pembuka pintu kontena. Taehyung perbetulkan topeng mukanya daripada tertanggal, identiti mereka perlu juga dijaga. Lantas isyarat diberikan kepada Nmajoon, mereka terlalu kuat untuk ditumpaskan. Terlalu ramai di dalamnya hampir sepuluh orang, Taehyung perlu tumpaskan pemandu treler tetapi agak sukar.




Tidak pernah lagi Taehyung meminta bantuan dalam menjalankan tugasan, nampaknya Zeus bukan dari kalangan yang biasa-biasa. Taehyung teruskan misi dan bertarung sehabis tenaga yang mungkin, Namjoon tidak boleh memberi idea yang lain melainkan pecahkan sendiri kepala pemandu dari arah jauh. Mereka mengangkut ahli yang ramai sebagai persediaan jika berlaku untuk pertempuran dalam membunuh Queen Hera Rose. Begitu awal perancangan mereka.








"Aku bajet seminit je dekat kau." ujar Yoongi melalui alat earpiece. Taehyung menganguk faham.


Dalam pertempuran, Taehyung melepaskan peluru ke arah salah satu peti besi aluminium yang berada di dalam kontena tersebut. Itu pun main lepas je, harap terkena. Peluru itu melantun semula mengenakan leher pemandu, secara automatik kenderaan berat itu tidak seimbang. Dengan pantas Taehyung melompat semula ke atas kereta mereka dan menyumbatkan diri ke dalam kereta. Awal lima saat sahaja, itu pun riak muka Taehyung begitu pucat.







"Tae? Kau ok?" soal Hoseok dan cuba mencapai tangan Taehyung yang sudah tercalit dengan darah pekat. Taehyung masih mengguman suara.





"Diorang terlalu kuat hyung."







______◆♔◆______



"Jin oppa! Apa dah jadi uhuk..." soal Jaerim dengan gelabah, suasana bandar sudah dikerumungi dengan asap tebal. Baunya tidaklah busuk tetapi memedihkan mata, Seokjin mengeluarkan sehelai kain kecil lalu menekup hidung si adik bongsu. Diarahnya Jaerim agar berlari mengikut arahan yang akan diberi oleh Namjoon. Jaerim tidak berkata panjang dan mengikuti sahaja, katanya Namjoon akan ambil Jaerim di sana nanti.





Seokjin kembali ke arah Jimin yang giat bertarung dengan musuh, aduh macam mana puak ni boleh sampai awal? Mana Namjoon dan yang lain? Mereka berdua bergabung tenaga bagi menumpaskan mereka yang lain, semakin bertambah yang datang.




Salah seorang daripada musuh tertumpas saat lututnya ditempak tepat oleh Seokjin. Namun, lelaki berserba hitam itu sempat menempak sesuatu ke arah sebuah kereta yang meluru ke arah jambatan yang mengabungkan antara Gwangjin-gu dengan Gangnam.





Bom.




Itu bukannya kereta Hera Rose? Pada masa yang sama kereta itu diikuti dengan dua buah kereta hitam yang dibawa dengan sangat laju, sehinggakan merempuh beberapa kenderaan di situ. Dengan pecut, Jungkook berlari mengikut jalan pintas bagi mematikan bom yang sedang diaktifkan di kereta milik Haeri. Tidak sempat Seokjin mahu mengaturkan strategi. Mereka masih ada 150 saat sebelum kereta itu meletup.






"Namjoon! Kereta Hera Rose dah diaktifkan bom! Jungkook dah bergegas ke sana!" jerit Seokjin di alat earpiece.



"Wait what?? Masa dah terlalu suntuk hyung! Aku—" talian tersekat. Seokjin tergamam, pada masa yang sama pula mereka dikejutkan dengan beberapa buah kereta polis yang bergegas  ke arah sana. Bunyi siren yang kuat itu membuatkan jantung Seokjin berdegup tidak teratur lajunya.



°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now