BAB 04

369 37 4
                                        

Selepas kereta kancil milik atuk jauh dari pandangannya. Niss bergegas menuju ke anak tangga untuk naik ke bilik Aufa. Dia ingin mendapatkan kepastian tentang sikap Aufa di hadapan atuk dan sepupu mereka sebentar tadi.

Period ke apa minah ni yang suka sangat buat perangai bukan - bukan. Memalukan sungguh kau ni. Nasib aku sayang kau. Kalau tak dah lama aku tak mengaku kau tu cousin aku. Aeyyy, nasib aku simpan balik hadiah percuma tapak tangan aku yang lawa ni untuk kau, bebelnya sambil berjalan menuju ke bilik Aufa.

Tanpa dia sedar, dia telah tiba di hadapan pintu bilik milik Aufa. Ketukan yang ingin dibuatnya terbantut disebabkan dia terdengar seseorang menyanyi dari dalam bilik itu.

" Empat daraa dudukk dii teepi sungaii
Duddukk menjerrat si kett-"

TOKK TOKK TOKK

Ketukan dari luar menyebabkan dia berasa terganggu. Hilang terus mood dia apabila di ganggu dengan bunyi ketukan pintu. Dia menghiraukan ketukan itu lalu terus menyumbat airpod ke kedua - dua belah telinganya.

"Heyyy Aufaa!! Bukak laa pintu nih. Kau saja je kan buat - buat tak dengar. Aufa, please open the door now!!"  jerit orang diluar sana.

Namun Aufa masih menghiraukan apa yang diperkatakan oleh Niss di luar sana. Butang volume di naikkan. Ego menguasai dirinya.

"Aufaa!! Baik kau bukak pintu ni sebelum aku yang pecahkan. Aku kira satu sampai tiga. Satuu!! Duaa!! Tigg-"

Klikk

Bunyi pintu di buka dari dalam. Wajah Aufa tersenggul di celahan pintu yang dibukanya. Helaan pintu dibukanya dengan luas lalu terus menuju ke katil untuk membuat pembaringan.

" Yes Cik Niss yang emm ehemm. What do you want? May I help you?"

"Emm ehem apaa!!. Kau nak kata aq gemuk ke apa ni. Sampai hati kau kann.. Majukk aaa camni. Amauuu kawann hemm." kata Niss dengan membuat muka cemberutnya sambil menyilangkan tangan ke dada sebagai tanda protes.

"Hishhh yela yelaa. Kau datang bilik aku ni kenapa ekk?"

"Apsal kau cakap macam tu dekat atuk dengan Milia? Kau tahu tak yang atuk terasa hati dengan kau. Ishhh kau ni tak baik cakap macam tu. Lain kali jangan buat dah tau." bebel Niss kepada Aufa.

"Yaa. Tapi apa yang aku cakap tu benda yang betul. Aku just jujur ajerr. Kalau nak terasa tu terasa je la," ujar Aufa sambil jarinya ligat menekan aplikasi instagram pada skrin telefonnya.

"Aku tak tau nak nasihat apa lagi kat kau. Suka atau tak yang Milia tu tetap sepupu kita. You should accept her in our family. Ingat tu, Aufa." nasihat Niss dituju kepada Aufa.

"Hhmmm tengok la dulu macam mana nanti. Kalau aku boleh anggap dia sebagai sepupu kita. Yaa mungkin aku akan anggap dia sepupu kita tapi kalau tak tu kau faham - faham je la." luah Aufa tanpa melihat wajah Niss namun jarinya sibuk menyentuh skrin telefonnya.

"Ouh yaa, Faa. Ni Milia ada bagi something untuk kau. Kau ambiklah and jangan lupa hargai hadiah pemberian orang tau." terang Niss sambil menyuakan beg plastik yang berjenama adidas itu kepada Aufa.

"Ouhh okey. Emm kau letak je la atas meja tu. Kalau aku ada masa aku bukak la benda alah tu. Kau tak dak apa dah kan nak cakap?? Sebab aku dah mengantuk nih.." ujar Aufa sambil anak matanya terarah pada beg plastik yang dipegang Niss seketika itu.

"Yelah yelahhh.. ha aku pun dah mengantuk nih. Aku masuk bilik dulu eh. Aku ni nak kena laksanakan suruhan Allah terlebih dahulu. Apa - apa panggil je aku. Byee my girl." kata Niss lalu terus mengorak langkah menuju ke pintu bilik. Namun langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil oleh Aufa. Tanpa menunggu lama, dia terus menoleh ke arah si pemanggil. Keningnya diangkat menandakan 'kau nak apa.'

THE SECRET OF KAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang