Sabrina Melysa binti Yusof Liew. Aku anak kacukan china-jepun dan belanda. Aku bersyukur kerana dilahirkan dengan rupa paras yang menarik. Alhamdulillah.
Sejak dari kecil lagi, abah dah menghantar aku ke sekolah tahfiz supaya aku dapat menghafaz Al Quran. Aku suka. Suka sangat.
Abah merupakan seorang mualaf dari umurnya 20 tahun. Tidak pernah aku tanya kenapa abah ingin memeluk Islam. Namun aku bersyukur kerana abah penyebab keluarga aku sentiasa terjaga akhlaknya. Ibu aku merupakan ustazah yang pernah mengajar di Jepun. Ibu kata dari situ dia bertemu dan bersulam cinta dengan abah.
Suka aku mendengarnya kerana kisah cinta ibu dan abah yang sangat romantis. Aku suka memanggil ibu dengan pelbagai nama seperti mak, mommy, ibu, ummi dan mimi (panggilan manja). Ibu tak kisah kerana baginya, panggilan apa pun tetap melambangkannya sebagai seorang ibu.
---------------
---------------
Sejak aku berumur 13 tahun, aku bersekolah di sekolah harian biasa dan dari situ sebenarnya bermula perjalanan aku bergaul dengan orang lain kerana sebelumnya aku hanya di tempat tahfiz perempuan sahaja dan mempunyai bilangan pelajar yang sedikit.
Berumur 17 tahun mengajar aku banyak benda. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih menjaga tatatertib aku sebagai seorang muslimah. Cuma pergaulan yang aku lalui mengajar untuk aku bertindak melulu. Pernah sekali aku bertindak agak kurang ajar dengan ibu sewaktu ibu menyuruh aku untuk menggosok baju. Tiba-tiba aku rasa benci pada ibu sedangkan ibu merupakan orang yang paling aku sayang. Aku tidak pasti sama ada ini pengaruh rakan atau dari diri aku sendiri. Aku sendiri keliru.
YOU ARE READING
HINGGA KE AKHIRNYA
Mystery / ThrillerAku sendiri buntu dengan kehidupan aku. Hingga ke akhirnya kah akan begini? Terseksa minda dan fikiran. Tanpa arah dan tujuan yang kukuh aku teruskan perjuangan. Aku tahu aku akan jatuh akhirnya. Namun, jatuh aku itu tanda kebangkitan aku. - SABRIN...