Media: Tengku Aidan Amsyar
Aisha berjalan sendirian menuju ke kantin selepas ditegur oleh Aariz, Si pengawas dingin. Sedang asyik Aisha melihat sekeliling sekolah itu, tiba-tiba.. Bukk
"Oi.. kau buta ke? Takde mata? Tengking pelajar lelaki itu, memandang tajam kearah Aisha yang hanya paras dadanya sahaja.
"Maaf awak, saya tak sengaja. Saya betul-betul tak nampak awak nak lalu" balas Aisha sambil menundukkan wajahnya. Takut dia melihat wajah lelaki itu.
"Kau bercakap dengan siapa? Dengan lantai ke dengan aku. Bila bercakap dengan aku, pandang aku bukan pandang lantai" ujarnya bila melihat gadis itu hanya menundukkan wajahnya. Dia tidak mampu melihat muka gadis yang melanggarnya itu.
"Maaf sekali lagi awak" Aisha mendongak memandang lelaki tinggi lampai di hadapan nya itu.
Dan bamm......
Lelaki itu terkedu bila melihat wajah cantik Aisha itu. Wajah kacukan, berkulit putih kemerah-merahan. Berhidung mancung. Aisha seorang gadis bermata biru tetapi Ummi dan walidnya menyuruh dia untuk menggunakan kanta hitam. Bila Aisha bertanya kenapa. Walid dan umminya akan mendiamkan diri sahaja. Something fishy, right? hmmmm abaikan.
"Awak ok tak ni" soal Aisha hairan bila melihat lelaki itu hanya merenungnya tidak berkelip. Aisha melambai-lambai tangannya di hadapan muka lelaki itu untuk menyedarkan lelaki itu. "Kenapa pula mamat ni? Nampak hantu ke?" Gumamnya perlahan sambil melihat sekeliling, meremang bulu roma.
Lelaki itu berdehem apabila terkantoi merenung anak dara orang. "Dah la kau, tepi aku nak lalu. Dah la badan besar macam gajah" ejeknya dan berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari gadis itu. Aisha hanya mencebikkan bibirnya melihat lelaki itu semakin hilang dari pandangan.
"Kita yang kurus macam ni dia cakap kita gemuk? Tak dapat bezakan ke kurus dengan gemuk?" Omelnya dengan diri sendiri.
"Tak sangka pula aku ada orang terlepas dari hospital sakit jiwa" kata seseorang yang berdiri di belakang Aisha. Aisha tersentak dan terus memusingkan badannya, melihat siapa gerangan yang menegurnya itu .
Aariz
"Dah berapa lama awak berdiri dekat situ" tanya Aisha kepada lelaki itu.
"Cukup lama untuk dengar kau bercakap sendiri dan senyum sendiri-sendiri" ujar lelaki itu. Aisha tersengih menampakkan giginya yang putih sambil menggaruh kepalanya yang dilitupi tudung itu.
"Err... Saya nak masuk kelas dulu eh" pamitnya dan melangkah meninggalkan Aariz terpingah-pingah.
Selepas hilangnya Aisha dari pandangan, dia meletakkan tapak tangan kanannya kedada merasai bahawa betapa berdebarnya jantungnya bila berdepan dengan gadis kecil itu. "Aku rasa aku dah suka kau Aisha" bisik Aariz pada diri sendiri.
*************************************************************
Waktu balik, Aisya duduk di bus stop menunggu walid Qalifh menjemputnya balik. Dia hanya melihat kereta lalu lalang di atas jalan raya itu. Dia mengeluh untuk keberapa kali.
"Mana walid ni. Pukul 1.30 dah ni" omel Aisha setelah melihat jam di pergelangan tangannya itu.
Aisha mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja untuk balik ke rumah selepas berjam dia menunggu walidnya untuk menjemputnya balik. Aisha mengambil tempat duduk di bahagian belakang bas, bersebelahan dengan seorang lelaki memakai hoodie dan memakai penutup muka.
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...