1

1.8K 202 18
                                    

BAB 1

JAM di pergelangan tangan dilirik. Selepas itu tangan kembali memeluk fail rapat ke dada. Lambatnya!

“Putri!”

Dia mendesis geram. Tajam matanya menjeling tanda betapa marahnya dia sekarang ini. Melihat si wanita yang bergaya bak influencer hijabista yang berjalan berlenggang-lenggok itu menambahkan rasa keinginan dia untuk dicekik-cekik sahaja anak orang itu!

“Alah, masamnya muka dia. Sorrylah, Putri,” pintanya dan kemudiannya ketawa. Menambahkan lagi sebal di hati Putri. 

“Kak Natrah, macam mana Putri tak masam? Berdiri dekat sini hampir dua puluh minit.  Berpeluh-peluh. Confirmlah masam!” balasnya selamba. Masih masam air mukanya.

“Alahai… yang pergi tunggu akak dekat sini kenapa? Kan panas ni? Kenapa tak tekan loceng dan masuk jumpa customer dulu?” soalnya. Tudung bawal yang tersarung kemas di kepala dibetulkan kerana habis senget ditiup angin. 

“Tak nak. Takut.”

Natrah ketawa. Bahu Putri ditepuk manja. “Dah hampir lima bulan bekerja dengan akak, takut apa lagi?”

Natrah mula melangkah ke arah pintu pagar rumah pelanggan mereka. Datang hanya untuk melihat dan mengukur kawasan yang mahu diubahsuai terlebih dahulu sebelum sebut harga dapat dikeluarkan.

Putri ikut mengekori langkah kakak sepupunya itu. Panjang lehernya cuba mengintai di sebalik pintu pagar yang tinggi itu. 

“Trauma Putri, Kak Natrah! Cukuplah Putri kena kejar dengan anjing customer yang sebelum ni. Seriau!” balas Putri bersungguh-sungguh. Digerak-gerakkan tubuhnya menandakan betapa seriaunya dia setiap kali teringat. 

Natrah ketawa. Terbayang-bayang di depan matanya tika ini. Ketika itu dia terlewat sedikit dan ketika dia sedang memandu dia ternampak Putri yang sedang bersungguh-sungguh berlari di tepi kawasan perumahan. Sadis sungguh keadaannya masa itu. Natrah yang bertahun-tahun di dalam bidang ini pun tak pernah kena macam itu. 

“Alah, jangan risau. Kali ini customer kita Melayu. Tak ada anjing.”

Ada ke tak, Putri tetap tak mahu berseorangan masuk ke rumah orang. Takut! Jangan kata haiwan dengan manusia yang serupa haiwan lagilah menakutkan. Lebih baik berhati-hati sahaja. 

Perlahan-lahan pintu pagar di depan mereka terbuka. Pintu pagar pun sudah besar, rumah lagilah gedabak besarnya! Kaya betul orang Malaysia sekarang ini, ya? Hebat! Apa jenis kerja yang mereka ini buat agaknya? 

“Awak bawak katalog tak, Putri?” soal Natrah sambil mereka beriringan melangkah masuk.

Putri mengangguk dan beg di sisi tubuhnya ditepuk-tepuk menandakan ada. Sudah lima bulan dia membuat kerja sambilan membantu Natrah di dalam bidang reka hias dalaman. Jadi, Putri sudah mahir.

“Harapnya kali ini pun kita dapat projek ini,” bisik Natrah dan serentak mereka sama-sama tersenyum saat tuan empunya rumah dilihat sudah pun berdiri di muka pintu. 

“Assalammualaikum, Puan Raimah,” sapa Kak Natrah mesra seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat. Wanita yang pada penglihatan mereka berusia awal 50-an itu tersenyum ramah seraya mengangguk. 

“Saya, Natrah. Ini adik saudara saya merangkap pembantu saya, Putri.”

Manis dan sangat lebar senyuman Putri seraya berbalas salam dengan tuan punya rumah besar itu.

“Masuklah. Maaf, rumah masih bersepah. Belum siap asing-asingkan barang-barang lama lagi,” ujar Puan Raimah, ramah. Mata melirik ke arah Putri yang hanya tersenyum di situ.

Loving you, Tuah ( Akan Datang ) Where stories live. Discover now