4

1.1K 157 0
                                    

BAB 4

NATRAH merenggangkan tubuhnya. Perbincangannya bersama Putri dan dua orang pembantu mereka akhirnya selesai selepas hampir empat jam mereka duduk di meja bulat itu. 

Putri juga begitu. Dia bangun dan menggerakkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan.  Tersengih dia melihat Natrah yang duduk bersandar dengan kepala yang terdongak ke atas.  Rapat matanya dipejam. 

“Kak Natrah.” Putri mengambil semula tempatnya bersebelahan dengan kerusi Natrah.

“Hmmm…”

Putri bermain-main dengan hujung jari telunjuknya di atas paha. Teragak-agak patut atau tidak dia bertanyakan soalan yang bermain-main di benak fikirannya semenjak pagi tadi.

“Apa dia, Putri?” Natrah akhirnya membuka semula matanya. Putri yang tersengih-sengih di sebelahnya dihadiahkan jelingan.

“Saya tertanya-tanyalah, kak Natrah. Kenapa ya, Encik Azhan tu tak jadi nak kita deko yard untuk sangkar kucing dia?” Putri capai semula tablet yang diletakkan di atas meja. Fail yang bernama ‘Meow Azhan’ dibuka. Lakarannya yang sudah pun siap sepenuhnya dan mahu ditunjukkan kepada Azhan direnung kecewa. 

“Janganlah kecewa sangat. Bukan sebab salah awak Encik Azhan tu cancel. Cuma, Puan Raimah kata Encik Azhan nak berpindah rumah. Jadi, dia nak bawak sekali kucing dia tu ke rumah baru.”

Putri senyum. Bukan dia kecewa sangat pun. Cuma, entah. Kalau melibatkan kucing atau apa sahaja yang dia minat sangat, memang dia akan terlebih teruja dan akan buat sepenuh hatinya. Contoh, macam lakaran ubahsuai dia untuk rumah ‘Meow Azhan’ inilah tapi nampak gayanya, bakal menjadi rekaan untuk rumah baru Pumpkin sahajalah nanti. 

“Tapi terasa rugi pulak Encik Azhan tu cancel.”

Putri mengalihkan bebola matanya ke wajah Natrah. Sedikit terangkat keningnya apabila dapat menangkap senyuman yang terbit di ulas bibir Natrah. Senyumannya nampak nakal. 

“I saw the way he looks at you, Putri.”

Gulp! Laju Putri menggeleng. “Kak Natrah ni mulalah nak merepek. Ini mesti sebab dah lapar, kan?”

Natrah ketawa. “Rugi! Rugi! Kalau tak, boleh saya jadi saksi cinta lokasi.”

Putri mencebikkan bibirnya seraya bangun. Natrah yang sedang ketawa itu ditepuk perlahan lengannya menggunakan tablet. “Cakap untuk diri sendiri ke?”

“Eh, saya bulan depan dah nak kahwin. Awak tu Cik Medina Putri, macamlah saya tak perasan macam mana menggelabahnya muka awak tu bila Encik Azhan Tuah yang super duper handsome tu pandang awak hari tu,” usik Natrah. Dia ikut bangun dan mengekori Putri keluar dari bilik mesyuarat.

“Saya dah ada tunang,” balas Putri bersahaja sambil mengemas mejanya sebelum beg diletakkan di bahunya. Dia berpaling memandang Natrah yang masih tersenyum-senyum mengusiknya. “Dan ya, memang dia handsome tapi dia agak menakutkan. Saya menggelabah sebab dia tengok saya macam dia tengok hantu.”

Natrah diam. Jarang Putri mahu bercerita mengenai tunangnya. Natrah juga dapat merasakan ada yang tak kena dengan hubungan mereka. Kerap juga tunang Putri datang ke sini menjemput Putri tetapi melihat layanan Putri, dapat dia rasakan Putri agak kekok.

“Bukan tengok hantu tapi tengok angle cantik macam Medina Putri ni. Siapa aje yang tak akan tercengang?”

Putri berpaling. Berkerut sedikit keningnya memandang wajah Natrah yang masih tersenyum-senyum suka mengusiknya.

‘Oh, kau angel? Habis aku ni? Apa? Burung gagak?’

‘Biarpun kau si burung gagak tapi kau baik dan setia dengan angel tak bersayap macam aku. Okey, apa? Tak nak?’

Loving you, Tuah ( Akan Datang ) Where stories live. Discover now