5

1.1K 157 7
                                    

BAB 5

PUTRI gelisah. Merasa serba tidak kena semenjak tadi. Lelaki yang bernama Azhan Tuah di depannya ini tak habis-habis dengan renungan tajamnya dia macamlah Putri pernah buat salah besar dengannya. 

Salah besar? Melupakan siapa Azhan Tuah itu boleh dikira sebagai salah besar tak? Ya, betul. Medina Putri memang tak boleh nak ingat siapa Azhan Tuah di dalam hidupnya. Sadis?  Tak! Lebih sadis bila dirinya direnung serupa ini membuatkan dada terasa macam nak meletup!  Perasaan apa yang dia rasa sekarang ni? Dia tidak pernah rasa seperti ini!

Azhan tersenyum senget. Wajah merah Putri di depannya sedikit mencuit hati. Tak pernah berubah nampaknya. Mudah rasa bersalah, mudah simpati pada orang dan mudah mengalah. Itulah Medina Putri yang dia pernah kenal.

Khalid yang berdiri di antara dua manusia yang saling berbalas renungan itu dah rasa tak berguna sekarang ini. Seakan-akan syaitan pula dia rasa kewujudannya di situ. 

“Okay, I think we need to do a long conversation here since kita pun dah lama kan tak jumpa, Putri? Kau ada masa?” Khalid seakan mengerti apa yang Azhan mahukan, cepat sahaja memberi idea. Jangan kata Azhan, Khalid sendiri memerlukan penjelasan daripada Putri. 

“Oh, ya!  Boleh, boleh. Hmmm...” Kekalutan Putri cuba berfikir. Sibuk sangat memikir tentang sahabat Khalid itu membuatkan Putri larut dalam lamunan. Mata diliarkan sebelum Putri kembali memandang Khalid. “Kita duduk dekat kafe tu?”

Serentak Azhan dan Khalid memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Puteri. Azhan hanya diam. Sudah boleh agak. Selama dia mengekori Puteri, memang Puteri kerap ke kafe itu pun. 

“Again?” Hampa intonasi Khalid. Bahunya sudah jatuh, tanda kecewa. 

Dalam tak rela itu pun, sampai juga mereka di depan pintu kaca kafe itu. Putri mendahului mereka diikuti pula oleh Khalid dan akhir sekali Azhan namun apa yang membuatkan langkah Putri terhenti apabila menyedari Azhan yang tidak terus ke meja tetapi dia sekadar berdiri di depan pintu.

Senget kepala Putri memerhatikan Azhan yang seakan-akan sedang termenung di situ.  Keningnya berombak sedikit. Entah atas kuasa apa, bergerak pula sepasang kaki Medina Putri melangkah menghampiri Azhan. 

Azhan menoleh. Seyuman segaris seperti selalu dengan kedua-dua belah tangan berada di dalam kocek seluar. Kemudian dia kembali memandang ke depan. Putri ikut memandang.  Belum sempat Putri mahu membuka bicara, suara serak garau Azhan terlebih dahulu menyapa telinga. 

“Kau percaya dream catcher?”

Putri telan liur. Nafas terasa tersekat tiba-tiba. Jadi, Azhan kenal dream catcher?  Kenapa Putri tiba-tiba terasa sebak? 

Azhan senyum lagi apabila tiada jawapan daripada Putri. “Ada orang pernah bagi tahu aku, dream catcher ni boleh tapis mimpi buruk dari masuk ke dalam tidur kita. Kau percaya?”

Mata Putri tidak beralih walau sesaat pun dari menatap wajah tenang dan bersahaja Azhan yang ralit merenung dream catcher berbulu pelepah merpati putih itu. 

“Putri?”

Putri tersentak. Entah bila air mata yang sudah mencemari pipi sendiri itu diseka laju-laju. Pandangannya dilarikan. 

“Tak. Aku tak percaya pun.” Laju Putri membalas dan berpaling mahu mendapatkan Khalid semula. 

“Aku percaya. Sebab aku mula bermimpi buruk. Mungkin aku perlu cari semula dream catcher aku.”

Suara Azhan bersahaja dan tenang, setenang wajahnya namun tidak bagi Putri.  Sungguh, dadanya terasa sangat sesak bila telinga menangkap sebutir-butir ayat yang keluar daripada mulut Azhan. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Loving you, Tuah ( Akan Datang ) Where stories live. Discover now