Part 139 : CERITA PENDEK

137 1 0
                                    


Dipendekkan cerita, selepas selesai urusan temu duga dan makan percuma, jam belum menunjukkan pukul 11 pagi. Walaupun sepatutnya kaunter KFC belum mula beroperasi, namun mereka diberi pengecualian selepas Razak menerangkan kepada Atun tentang ketergesaan mereka kerana perlu memulangkan kereta yg dipinjam.

Dipendekkan cerita, mereka memesan setiap satu jenis makanan yg tersenarai di dalam menu. Semua ingin dirasa. Di meja yg paling hampir dgn kaunter, mereka makan dengan tenang sambil berbual2. Atun menyertai mereka seketika sebelum si Gemuk membebel memanggilnya kembali ke dapur.

RAZAK: Den ghaso, den nak la kojo sini..
LEMAN: Bos kato, masuk puko 8.30.. Sompek ko naik bas?
AMRAN: Sompek.. Den hantar la poi basten. Tak kisah la berimpit sikit dlm van.
SALIM: Dah.. Jgn sembang panjang2. Ni part dipendekkan cerito.. Bukan dipanjangkan cerito.

Dipendekkan cerita lagi, setelah puas menjamu selera serta masing2 membawa sedikit hidangan untuk keluarga, mereka pun mula berangkat pulang ke Senaling.

Dipendekkan lagi ceritanya, dalam pada berbual ria mengulas kejayaan menjamah hidangan KFC, sampailah mereka ke kampung. Selepas menurunkan Razak, Salim dan Leman di rumah masing2, Amran meneruskan pemanduan menuju ke rumah Haji Murad utk memulangkan kereta kepada Abg Tapa. Kemudian, dengan berbasikal, dia pulang ke rumah. Dia sudah berpesan kpd emaknya awal2 semalam supaya tidak memasak lauk utk makan tengah hari ini. Cukup cuma masak nasi sahaja.

Masih cuba memendekkan cerita, Amran yg kekenyangan tidak mampu lagi utk makan apa2 di rumah. Apakala ahli keluarganya yg lain sibuk menjamu selera, dia mula bersiap utk ke surau walaupun waktu Zohor lambat lagi untuk masuk. Sengaja dia ingin hadir awal ke wurau. Dalam benaknya terbayang bagaimana agaknya suasana di rumah Salim ketika ini. Tentu adik2 Salim gembira dapat merasa keenakan KFC dalam usia muda.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now