Part 146 : MENANGIS LAGI

143 0 0
                                    


Pelangi itu hilang jua. Pelangi, kalau muncul waktu pagi tidak akan bertahan lama. Apabila matahari semakin meninggi, makin sukar untuk melihat kemunculan pelangi. Hujan juga sudah berhenti sepenuhnya. Amran masih membatukan diri di dalam van. Tiada apa yg hendak dikejarnya lagi.

Fikirannya masih terkenangkan gadis Cina yg ceria itu. Amran percaya, Ai Lin telah membuat keputusan yg tepat. Dia mungkin memang hendak lari meninggalkan bapa angkatnya. Untung baginya, ada tempat utk dia lari. Kini Ai Lin sudah berada di Pulau Pinang. Amran sengih sendirian. Dia tumpang gembira dengan keputusan Ai Lin walaupun dari tadi dia menanggung rasa kesal yg berat. Tidak disangka, Ai Lin rupanya sangat berjaya dalam pelajaran.

Ai Lin mendaftar di USM hari ini. Hari yg sama Fariha mendaftar di maktab perguruan. Mungkinkah semua IPT menjalankan pendaftaran hari ini?

Sebaik terkenangkan Fariha, Amran mula terasa sayu. Perkenalannya dgn Ai Lin pada hari pertunangan Fariha seolah2 mengubat lukanya. Amran lupa terus pada Fariha semenjak mengenali Ai Lin. Namun Ai Lin betul2 seperti pelangi. Hadir membawa senyuman, kemudian lenyap tanpa pesan.

Hati Amran terasa sebak tiba2. Sukar baginya utk memastikan punca kesebakan itu. Cuma dia terasa kekosongan. Tanpa dapat ditahan, cairan jernih melimpah di antara celah kelopak mata Amran. Dia cuba juga menahan, namun tidak mampu.

Amran tidak kisah jika dia menangis ketika itu kerana dia sedang bersendirian. Tetapi dia sendiri tidak dapat memastikan punca perasaan hibanya itu. Kalau diikutkan nasihat Lebai, lelaki hanya boleh menangisi perempuan yg dicintainya. Adakah kerana Ai Lin yg sudah pergi jauh darinya? Atau Fariha yg sudah menjadi tunangan Abg Tapa?

Di kesempatan apakala sedang sendirian itu, Amran menangis semahu2nya bagaikan anak kecil. Dia tidak mahu menahan apa2 lagi. Biar dia habiskan segala air matanya. Dengan harapan di masa lain, dia sudah tiada air mata untuk ditangiskan. Sepanjang detik penuh hiba itu, bayangan Fariha sentiasa berlegar dalam fikirannya.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now