Segala yang diceritakan oleh Leman sangat mudah difahami dan dihadam oleh Amran dan rakan2nya yang lain. Mungkin itu jalan yang terbaik untuk Abang Tapa. Mungkin itu lorong yang telah ditentukan untuk Abang Tapa lalui. Kalau berhasil seperti mana yang dirancang, benarlah bahawa jodoh itu hak mutlak Tuhan untuk menentukan. Dan Dia akan tunjukkan jalannya selagi insan tetap bersabar dan percaya. Ketika Abg Tapa selesai urusannya dengan bos, segala hal sudah pun diterangkan dengan jelas oleh Leman kepada rakan2nya.
ABG TAPA : Camno? Apo pendapek kau yg lain2?
SALIM : Ngam bang.
AMRAN : Insyaallah. Ini yang terbaik bang.
RAZAK : Ese tak sangko Leman ni genius bang. Kut ikut an zaman sekolah maghin, dio la yang paling bongap. Hahaha.. Den gurau yo Man. Tapi serius, idea kau memang genius Man.
LEMAN : Ni bukan idea den Jak. Kalau idea den kono pikir, kono cari. Ni den tak pikir pun. Tetibo yo masuk dalam otak den. Ini yang dinamo an ilham.
ABG TAPA : Tapi, kau tak ghaso macam tergoso2 bona ko?
AMRAN : Ese tepikir jugak camtu bang. Apo lak kato org nanti. Tapi lantak la apo org nak kato pun. Tuk Said ado kek bawah tu. Ese ghaso, kalau kito bagitau kek Tuk Said ni kang, dio lah yg paling setuju sekali.
SALIM : Iyo yo tu. Mungkin ini hikmah eh org tuo tigo ompek org tak memasal ikut ke sini sekali tu. Sesuai la nak dijadi an rombongan merisik.
RAZAK : Ese menyokong ponoh bang. Tapi apo2 pun, keputusan eh kek abang. Kalau jadi, moh kito bincang balik kek bawah mo Tuk Said dgn yg lain2.
Abg Tapa diam sebentar. Dari raut wajahnya, jelas ternampak yang dia sedang mempertimbangkan keputusannya dengan sehabis teliti. Amran percaya, rancangan yang terbit dari ilham Leman itu sangat baik. Tinggal lagi mungkin agak tergesa2 jika terus dilaksanakan hari ini dan boleh mencetuskan pandangan serong orang kampung.
ABG TAPA : Camni lah.. Hal ni bukan kono buek hari ni kan. Esok buleh, luso buleh, minggu dopan, bulan dopan, pun buleh.
LEMAN : Lagi copek lagi baik bang.
RAZAK : Alahai ekau tu Man. Den paham amek tektik kau. Nak copek2 sobab kau nak menyinggah kan? Kekekekee..
LEMAN : Eden ikhlas ni. Kut lambek2 nanti, terlopeh kek org lain lak. Tapi pasal nak menyinggah tu iyo jugak. Haha..
AMRAN : Bagi se la bang,copek ko lambek ko, kalau dah jodoh tak ke mano. Tapi elok kalau dicopek an. Kut dikiro an abg sanggup tunggu lamo2, baik abg tunggu yo Iha tu habih belajar tigo taun.
ABG TAPA : Pasal Iha camno ha? Apo lak dio pikir kalau dio tau, baru yo lopeh putuih tunang, abang toruih cari pengganti dio? Macam jahat lak abg buek camni. Takdo ko pengganti tompek abg lak utk dio? Kau takdo ko ilham, Man?
Amran terkedu. Terasa silap langkahnya menyebut nama Fariha ketika itu.
LEMAN : Hal Iha tu jgn dirisau an. Apo2 pun dio kono habih an dulu kursus tigo taun eh.
RAZAK : Ado la nanti tu bang. Amran ni pun bolum ado makwo lagi ha. Cubo kito kenen2 an dio mo Iha. Mano tau kut2 menjadi lak.
ABG TAPA : Eh.. Aah la. Ekau takdo makwo lagi kan Ran. Try la ngurat Iha tu. Lawa Iha tu. Rugi kalau kau tak nak. Hahaha..
SALIM : Iyo tak yo la Am. Hahaha..
Pipi Amran terasa kebas. Seakan2 darah tidak mengalir di situ. Dalam hati Amran menyumpah2 Razak yang mulutnya tidak bertapis itu.
LEMAN : Hadui.. Lari tajuk ni. Lambek2 kang boring lak org2 kek bawah tu. Hal Iha tu tak payah dirisau an. Baik kito tumpukan hal merisik kak Sakinah utk Abg Tapa dulu. Samo ado nak merisik hari ni ko, esok ko, bilo2 ko, moh kito bincang mo Tuk Said dgn yg lain2 dulu.
Mujur provokasi Razak yg disokong oleh Salim dipatahkan oleh Leman, sedang Amran sendiri sudah kekeringan ayat untuk menyelamatkan diri.