Part 186

219 0 0
                                    


Selesai menoreh, Amran maklumkan kpd ayahnya yang dia hendak terus ke stor getah untuk membantu Salim menyelesaikan kerja membina bilik utk Ah Tong. Sementara Pakcik Latif pula hendak ke kedai Borhan, seperti katanya kepada Makcik Kiah.

Langkah Amran ke stor terhenti apabila dia terfikir utk melencong dahulu ke arah rumah Tuk Said. Ada kemungkinan ibunya menghala ke sana seperti semalam. Tanpa dapat dikawal, hati Amran rasa berdebar dan mula berbolak balik sama ada ingin meneruskan rancangan mengintai rumah Tuk Said atau kembali ke landasan menuju ke stor. Dalam pada itu, sedar tak sedar dia sudahpun berada di lorong menuju ke rumah Tuk Said.

Siasatan Amran membuahkan kecewa. Tiada langsung tanda2 Makcik Kiah menyinggah di rumah Tuk Said. Pangkin bawah rumah kosong. Beranda juga kosong. Pintu hadapan ternganga, menunjukkan ada org di dalam rumah. Namun hanya kelihatan sepasang selipar di bawah tangga. Sandal getah berwarna merah yg dipakai Makcik Kiah tidak kelihatan. Mustahil Makcik Kiah bertamu ke rumah Tuk Said dengan memakai sandal getah ke dalam rumah. Lagi pula, Leman kata semalam dia nampak dari jauh Makcik Kiah dan Makcik Fasha berbual di rumah Tuk Said. Sudah tentu mereka berbual di pangkin bawah rumah atau di atas beranda.

Amran sedikit kecewa. Jangkanya, kalaupun tidak dapat mendengar isi perbualan ibunya dengan Makcik Fasha dari jauh,sekurang2nya mimik muka mereka semasa berbual tentu sedikit sebanyak boleh membawakan gambaran tentang isu yg dibualkan. Maka Amran kembalikan hala langkahnya menuju ke stor getah.

Salim sedang sibuk dengan kerjanya. Turut membantunya adalah Razak, Leman dan Ah Tong sendiri.

Dipendekkan cerita, menjelang petang bilik tambahan utk Ah Tong sudahpun siap dibina.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now