Berkali2 Amran minta kepastian daripada rakan2nya bahawa mereka sepenuhnya akan ikut sahaja rancangan Amran. Berkali2 juga Salim, Razak dan Leman mengesahkannya. Hingga lepas Isyak pun, kata masih belum diputuskan. Dengan berbekalkan janji utk berjumpa di kedai ayah razak pukul 9.30 pagi esok, mereka bersurai balik ke rumah masing2.
Semasa menghadap hidangan makan malam, otak Amran masih berlari2 mencari jalan. Mujur perutnya lapar, maka dia masih sedar diri bahawa dia sedang makan malam. Namun sekali sekala suapannya terhenti seketika bila tekanan otaknya terasa sedikit berat.7
MAKCIK KIAH: Apo monung ni Bong?
AMRAN: Takdo apo mak..
MAKCIK KIAH: Takyah nak rahsio mo omak doh. Ni mesti pasal nak kojo kek Kentaki tu kan?
PAKCIK LATIF: Apo lak masalah eh? Esok start kan? Tak yo putuih nak poi ko tak lagi?
AMRAN: Esok poi kursus kek Kolumpo sebulan kalau nak terimo kojo ni la. Lopeh tu hari2 ulang alik sini ko Bahau. Poi pagi2 ****, balik malam.
PAKCIK LATIF: Takkan la camtu.
AMRAN: Iyo bah. Kodai eh memang bukak sampai malam. Dah tutup nanti mesti kono komeh dulu baru buleh balik. Tak terbayang ponek eh bah.
NORA: Takkan dio takdo shif?
AMRAN: Shif tu apo?
NORA: Giliran la lobih kurang. Pagi org lain, potang lain, malam lain.
AMRAN: Ooo.. Ado ko?
NORA: Mano la Udo tau. Ombung tu yg nak kojo.
Utk pertama kali, Amran rasa sedikit lebih bod0h berbanding adiknya. Walaupun dia tak pasti dengan sistem shif yg dikatakan, namun dia akui kelogikan kata2 Nora itu.
MAKCIK KIAH: Dah tu, kau nak poi ko tak?
AMRAN: Ontah la mak?
MAKCIK KIAH: Apo masalah eh lagi? Jauh?
AMRAN: Jauh tu tak la jauh bona. Tapi kalau tiap2 hari nak kono ulang alik, kos minyak pun nak kono kiro jugak. Kut habih gaji dek minyak van yo.
NORA: Ai.. Kan dio koba ado asrama?
AMRAN: Ado ko?
NORA: Ado la.. Udo baco kek surat Ombung tu. Apo Ombung ni, tak baco boto2 ko?
Sekali lagi Amran rasa tertampar. Masa mula2 dapat surat tawaran drpd KFC itu, dia baca dengan penuh teruja. Hanya hal2 yg utama sahaja masuk ke otaknya.
Selepas makan, Amran keluarkan semula surat tawaran kerja tersebut. Dia hendak belek sepatah demi sepatah supaya tiada yg terlepas.
Benar seperti kata Nora bahawa penginapan pekerja disediakan. Tapi tentang sistem penggiliran waktu bekerja tidak dinyatakan. Amran terus membelek2 surat dua muka itu. Semua butir dibacanya berkali2. Kalau dia hendak terima tawaran tersebut, dia perlu melapor diri di restoran KFC Bahau pukul 4.00 petang esok. Seterusnya dia bersama pelatih2 baru akan ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan selama sebulan sebelum diserap utk bekerja di restoran.
MAKCIK KIAH: Tak yo dapek buek keputusan?
AMRAN: Ontah la mak.
MAKCIK KIAH: Ekau ni sebona eh lelaki ko pompuan? Bahau yo pun, bukan jauh bona. Samo2 dgn kengkawan lak tu. Itu pun bopikir eh macam nak poi porang. Iha tu sesorang yo kek Melako tu. Takdo masalah pun deh.