Part 189

1.4K 7 8
                                    


Nyata kata2 pedas Makcik Kiah mencabar kelelakian Amran. Tambahan pula, bila nama Fariha disebut, segala keraguan Amran serta merta hilang. Sebelum tidur, Amran nekadkan di dalam hatinya untuk menyahut cabaran ibunya itu. Namun dia tetap akan buka ruang kpd rakan2nya jika hendak mengundur diri.

Esoknya Amran minta cuti menoreh. Dia hendak pergi berjumpa dgn rakan2nya. Walaupun rancangan asal mereka hanya akan berjumpa di kedai ayah Razak pada pukul 9.30 pagi, namun Amran tak rasa dia sanggup menunggu masa itu.

Rumah yg pertama ditujunya ialah rumah Salim kerana di rumah Salim ada basikal. Dari rumah Salim nanti dia akan berbasikal ke rumah Leman utk menjemput Leman sementara Salim berjalan sahaja ke kedai ayah Razak yg tidak berapa jauh dari rumahnya. Setelah dikumpulkan ketiga2 mereka di kedai ayah Razak nanti, kalau Razak tiada di kedai, Amran juga yg akan pergi ke rumah Razak untuk menjemputnya.

Rancangan yg agak baik itu amat jelas dalam kotak fikiran Amran. Namun sebaik sampai di rumah Salim, suatu yg lebih baik sudah sedia menunggunya.

SALIM: Laa.. Kau tak poi motong ko?

AMRAN: Tak. Cuti. Cuti lamo kut.. Hehe.

RAZAK: Cuti lamo? Lain macam bunyi eh tu..

LEMAN: Menyongeh yo kau Am. Raso eh buleh paham makno songeh kau ni. Hahaha..

Amran tak perlu menerangkan apa2 lagi memandangkan semua sudah sedia faham. Perbincangan mereka pagi itu tak lama. Lepas Zohor nanti Amran akan bawa van menjemput tiap2 rakannya di rumah masing2 dan terus menuju ke Bahau.

Dari rumah Salim, Amran tidak terus balik ke rumah. Sebaliknya dia menuju ke stor getah untuk mengambil van. Ah Tong sedang membelek2 bahagian enjin lorinya semasa Amran sampai di stor.

AMRAN: Lori rusak ko?

AH TONG: Tak la. Sajo tambah air radiator ni.

AMRAN: Ese nak ambik van ha. Potang ni nak poi Bahau.

AH TONG: Jadi ko kojo Kentaki?

AMRAN: In syaallah jadi.

AH TONG: Elok la tu. Banyak lagi bondo buleh dikojar kek luar. Kalau terporap kek kampung yo, rugi. Mudo2 elok merantau.

AMRAN: Camtu la cadang eh.

AH TONG: Potang ni poi Bahau naik van ni?

AMRAN: Aah..

AH TONG: Salim koba semalam kono kursus kek Kolumpo sebulan.

AMRAN: Iyo..

AH TONG: Van nak lotak mano?

AMRAN: Lotak kek Bahau la kot.

AH TONG: Selamat ko?

AMRAN: Tak selamat ko?

AH TONG: Ekau jangan.. Sebulan tu.

AMRAN: Alamak.. Tak topikir lak. Dah tu camno?

AH TONG: Takpolah. Potang kang den hantar poi Bahau. Baik van ni tingga sini, lagi selamat.

AMRAN: Boto yo tu.

AH TONG: Esok lopeh kursus kau nak ulang alik poi kojo baru pakai van.

Cadangan Ah Tong diterima. Maka Amran terpaksa menapak balik ke rumah. Ikutkan masa, waktu itu sepatutnya ayah dan ibunya sudah selesai menoreh. Sengaja Amran lencongkan halanya balik ke rumah melalui rumah Tuk Said. Dia hendak lihat kalau2 ibunya ada di sana, menyinggah utk berbual2 dgn Makcik Fasha.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 24, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now