uno;

18 4 0
                                    

seorang gadis berjalan semangat tanpa pedulikan mata-mata yang memandang. matanya sesekali memandang ke atas, membaca papan tanda kelas sehinggalah dia berhenti didepan kelas yang dia tuju. dia menjenguk ke dalam kelas. gadis itu tersenyum dan terus menuju ke arah seorang jejaka yang sedang berborak dengan rakannya.

"eh minha-"

"hi selamat pagi. jom break!" dengan semangat gadis itu - choi minha- minta putus begitu sahaja membuatkan jejaka didepannya dan mereka yang lain juga tercengang.

"a-apa?"

"jom. putus." senyum gadis itu melebar.

"tapi kenapa? tiba-tiba je-"

"tak tiba-tiba pun kalau sunbae yang main kayu tiga belakang saya." minha masih tersenyum. sangwoo tercengang. minha ketawa kecil.

"bye-bye."











.











"bongok." kepala gadis itu diluku. minha meringis sakit.

"eii apa main luku-luku ni hshshshshhs." kepala sendiri diusap perlahan. minha mencebik. makcik sebelah ni memang sesedap rasa je duk meluku orang. eh silap, bukan makcik.

"kau tu dah kenapa macam tu, sepatutnya kau kasi la pelempang se dua kat mamat tu. dahlah suka hati je curang. kalau aku, arwah dah jantan tu." seungkwan membebel sambil tangan tak henti menyuap makanan ke mulut.

"hmm, kalau ikutkan memang aku nak lempang dia. tapi aku tak sanggup."

"kenapa? sayang dia?"

"manade." minha geleng kepala kuat-kuat. mi sup didepan dia tenung. seungkwan mengeluh.

"kau tu baik sangat. dah orang pijak kau."

minha menggeleng kuat, kemudian dengan muka tersenyum dia pandang seungkwan.

"jom pergi arked! hari ni oppa aku nak belanja."

"hmm yelah. ajak chan sekali."










tbc

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

confess;Where stories live. Discover now