21/seumulhana/ni jyu ichi

853 78 63
                                    

Di rumah presiden

Mereka balik saja dari sekolah terus bergegas ke bilik masing-masing, fanboy screaming dengan menutup bantal pada muka supaya tiada siapa yang akan mendengar jeritan mereka. Dan situasi mereka sekarang.

Gempa

Gempa memeluk bantal panjangnya sambil berguling-guling di atas katil dengan gembira.

"Hihi!!! Kitaorang akan keluar dengan y/n!!! Bahagia nya!!! Tak pernah aku rasa bahagia macam ni AHAK!!"

Hali

Hali pula duduk di atas katil menggengam tangan sambil kakinya bergoyang kencang, mulut nya pula sedang menahan jeritan di menutup dengan sangat kuat rasa macam boleh berdarah bibirnya.

Taufan

"Aku..."

"Macam..."

"Tak percaya!!!!"

Taufan pusingkan badannya posisi dia sekarang sedang meniarap di lantai bilik nya. Dia berkata yang pelik-pelik... Bahasa alien maybe... Sambil menampar-nampar lantai yang tak bersalah itu.

Blaze

"AAAAAHHH nervous nya! Nervous nya!! Nervous nya!!!" Raung Blaze berpusing-pusing di dalam bilik.

Kemudian dia tiba-tiba saja break kecemasan dan terus blank.

"Bila fikir balik... Aku rasa menyesal panggil dia kambing... AAAHH!! Malu nya! Malu nya!! Malu nya!!!" Kata Blaze dan sambung berlari berpusing-pusing.

Ice

Sementara Ice pula cuba untuk lancarkan pernafasan yang baik kerana dia sudah lupa cara untuk bernafas.

"Tenang Ice... Tenang... Teruskan bernafas... Haaaa!! Huuu!!! Haaaa!!! Huuu!!! Macam mana la aku boleh lupa cara nak bernafas..."

Thorn

Thorn pula berfikir dan cuba untuk menterjemahkan apa yang y/n kata sampai dia buat matematik yang tiada kaitan pun dengan sekolah.

"Okay macam ni... Dia kata “keluar jalan-jalan” kan? Lepas tu Blaze kata “dating”... Jadi macam mana nak bahagi ni? Oh ye macam ni! Perempuan + dengan lelaki = sama dengan “keluar jalan-jalan” perempuan ni kadang-kadang suka cakap lain-lain jadi yang ni bahagi dengan yang ni perempuan, lelaki per keluar jalan-jalan di kecil kan jadi jawapan dia “dating”.... Huh?"

Jadi macam tu la berakhir cara dia mengira sambil menggaru kepala masih lagi tak faham atau mungkin dia sangat gelabah sampai tidak mahu faham apa yang terjadi.

Solar

Dia menggigit ibu jarinya sambil mundar-mandir keliling bilik memikir outfit yang dia harus pakai.

"Aku tak tahu nak pakai baju apa... Aku nervous...! Patut ke aku pakai gaya Korea? Mungkin... Perempuan kan lebih suka lelaki luar negara... Aduh macam mana ni."

****

Malam

"Uaaaarrggghhh!!! Ngantuknya ya Allah..." Kata y/n berjalan ke ruang tamu bersama botol air susu di tangan.

"Aih... Awal lagi ni, baru pukul 9 dah ngantuk?" Tegur mama nya hairan.

"Entah lah ma, Hari ni... adik ada banyak masalah..." Kata y/n meneguk sedikit air.

"Ho!? Kenapa tiba-tiba? Selama ni tak pernah nak kongsi perasaan dengan mama?!" Kata mama nya.

"Tssk... Apa la mama ni... Bukan macam tu lah maksud adik..." Kata y/n ketawa kecil.

Private School [SU]Where stories live. Discover now