"JADI harini mommy dah nak balik France. Aiden jaga anak mommy elok-elok? Can you?"
Aiden yang sedang leka bermain dengan iphone miliknya itu tersentak sendiri. Sekarang dia, keluarga mertuanya dan juga ayah Sophea berkumpul di ruang tamu.
Sementara menunggu sarapan pagi siap di hidangkan oleh Adeena, Puan Syahida dan juga Sophea di dapur.
Bukannya dia mahu biadap bermain telefon di hadapan ibu mertuanya. Akan tetapi dia perlu menyiapkan beberapa kerja yang tertangguh dan memerlukan e-mel daripadanya.
Aiden meletakkan telefonnya di sisi. Mahu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada ibu mertua.
"Aiden janji akan jaga anak mommy lebih daripada nyawa Aiden sendiri."
Puan Arellia mengangguk bersama senyuman di bibir. Dia sebenarnya kagum dengan Aiden. Muda-muda dah ada syarikat sendiri.
"I keep that in my mind."
Puan Arellia bangun dari duduk. Sebelum dia berjalan melepasi Aiden dia menepuk bahu jejaka itu.
"Keep your promise."
Aiden senyum lalu mengangguk. Langkah Puan Arellia yang menuju ke dapur itu di kerling dengan hujung mata.
"Seronok kahwin dengan adik member sendiri?"
Aiden mengangkat keningnya kepada Mateen. Di atas riba jejaka itu ada seorang budak lelaki yang sedang lena di pangkuan si bapa.
Asher Mikael anak kepada Mateen.
"It's doesn't matter. When her name is Adeena Davina I don't mind if dia isteri kau sekali pun. Aku tetap nak kan dia."
Aiden tersenyum menyenget ke arah Mateen.
Sengaja menguji lelaki itu.
"Nonsense."
Ujar Mateen perlahan. Tangan kasar lelaki itu menepuk lembut belakang anak lelakinya. Tidak mahu lena anak lelakinya terganggu.
"Aku nak kau tahu satu perkara."
Aiden mengangguk perlahan kepalanya. Tanda mahu Mateen meneruskan bicara.
"Ada seorang lelaki yang tergila-gilakan Adeena sejak dia masuk ke kampus. His name is Haris. Dia pernah luah perasaan dia pada Adeena tapi adik aku tu tak pernah anggap dia lebih daripada seorang kawan. Aku just nak kau pantau Haris. Lagipun Adeena pernah keluar dengan Haris. Don't worry Sophea pun ada dengan mereka masa tu. So, he can't not do anything stupid to your wife."
Aiden menolak isi dinding pipinya dengan lidah. Dia kenal Haris. Dia pernah terserempak dengan lelaki itu di sebuah restaurant.
Malah lelaki itu juga pernah merasai lima genggaman jarinya di rahang lelaki itu sendiri. Aiden mengetap rahangnya. Tidak sangka pula budak mentah seperti Haris menaruh perasaan kepada Adeena.
"Abang dan abang jom makan."
Aiden mengalih pandangannya ke arah Adeena yang sedang duduk di penghadang sofa yang dia duduki. Tangan gadis itu naik ke bahunya. Mengurut lembut di situ.