A I D E N 24

8.7K 450 21
                                    

ADEENA bangun daripada lenanya. Tangan kecil milik gadis itu meraba ruang bersebalahan tempat tidurnya. Mencari sosok tubuh si suami.

"Abang?"

Adeena bangun daripada baringan tubuh Aiden dia cari. Tak ada!

Mana suami dia pagi-pagi buta dah hilangkan diri ni? Baju yang berlace hitam yang menutupi tubuhnya itu dia betulkan sedikit lalu tali yang terurai di baju itu dia ikatkan di pinggang kemas.

Selipar arnab yang ada di tepi katil dia sarung lalu melangkah ke bilik air. Cuci muka, gosok gigi dulu baru buat misi mencari cik abang.

Selesai dengan urusannya Adeena menyanggul rambut gaya messy bun lalu mengorak langkah menuju ke bawah. Sekarang dia berada di penthouse milik Aiden. Tak sangka dia Aiden ada penthouse bertaraf hotel sepuluh bintang ni.

Cantik dan elegant dekorasi di ruang tamu, dapur termasuklah ruangan bilik tidur dan ruangan lain.

"Abang?"

Kepala milik Adeena terjenguk-jenguk ke arah dapur. Tapi sosok tubuh Aiden memang tak ada!

Bibir di muncungkan, kepala pula dia garu dengan berserabut. Aiden ni pun satu hal. Nak pergi mana-mana cakap la dulu. Tengok sekarang kan dia dah tercari-cari sosok tubuh tegap lelaki itu.

Hish!

"Abang!!!"

Jerit Adeena kuat. Sakit hati pula dia cari punya cari tapi tak juga dia lihat kelibat lelaki itu.

"What's wrong with you sayang?"

Adeena terdiam. Mata gadis itu naik turun memandang tubuh Aiden yang sudah basah lencun. Peluh membasahi tubuh lelaki itu dari atas sampai la ke bawah.

Adeena tersenyum nakal. Mesti suaminya itu baru selesai membina badan. Tak silap dia dalam penthouse milik Aiden ni ada satu bilik yang dilengkapkan dengan pelbagai alatan bersenam.

Gadis itu mendekati Aiden sambil tersenyum nakal. Leher Aiden dia rangkul manja. Wajah Aiden dia tenung sambil jari runcingnya membelai lembut belakang tengkuk lelaki itu.

Kelihatan turun naik halkum milik suaminya. Sesekali mata lelaki itu turun ke belahan bibir munggilnya.

Adeena tersenyum menyenget.

"Deena cari abang dekat semua tempat. Kenapa abang tak kejutkan Adeena sekali tadi?"

Riak wajahnya dia monyokkan. Meminta belas kasihan daripada lelaki itu.

Aiden menelan liurnya kesat. Mulut bagaikan di gam tidak dapat menuturkan sesuatu. Wajah Adeena yang masih menunjukkan riak comel itu dia pandang dengan perasaan serba salah.

Tangan sasanya naik merangkul pinggang Adeena. Tubuh kecil gadis itu dia tarik mendekat ke tubuh tegapnya.

"A-Abang?"

Jari kasar milik Aiden naik ke sisi wajah milik Adeena. Membelai lembut rahang gadis itu.

Wajah dia dekatkan ke wajah milik Adeena. Tanpa menunggu lama bibir gadis itu dia sambar tanpa pamitan.

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now