'Umur'.. dan 'Kahwin'..
Dua perkataan yang berbeza
Tetapi acapkali dikait rapatkan
Menjadi topik hangat untuk disoal dan dibicarakan
Kemudiannya membangkitkan persoalan
terhadap setiap Lelaki dan Perempuan
Masing-masing tidak terlepas dari soalan dan sindiran
Seolah empunya badan tidak berperasaan dan terkesan!Ada yang malu dan segan namun tak terlepas juga ada diantaranya yang rimas dan tertekan!
(Author la nii, cepat sentap orangnya. 😤)Jalan hidup kita berbeza-beza
Ketentuan kita juga tidak serupa
Untuk saya dan juga kamu
Kita mungkin berjalan seiring
Namun suratan yang ditetapkan keatas kita
tidaklah kita ketahui apa?
Seringkali memberi senyum paksa saat ditanya
Namun dihati DIA yang tahu cumaMereka mudah melontarkan tanya
Namun sukar membaca riak dimuka
Apakah suka? ..ataupun duka?
Adakah mereka 'buta'?
..ataupun mereka sekadar berpura?Itulah manusia
Mahukan hatinya dijaga namun tidak pula mahu menjaga
Mahu dimengerti namun tidak pula cuba untuk mengerti
Seringkali berharap tetapi sukar untuk memberi
Mengapa?Umur,
Semakin pantas mengejar dan mendahului
Kita pula semakin diasak soalan itu ini yang bertubi
Malahan bersilih ganti
Sesak rasanya!
Rimas!
Kenapa pantas masa.. kenapa?Masih belum puas rasanya meniti hidup disaat remaja
Masih belum puas rasanya tertawa bahagia
Kini diasak rasa tidak selesa!
Angkara manusia yang gemar bertanya!Kita seakan memaksa diri
Menjadi sebegitu dan sebegini
demi memuaskan mereka, tapi..
Bagaimana pula dengan kita?
Kenapa tiada yang bertanya apa yang kita rasa?
Yang kita fikir? Yang kita mahu?
Apa guna kebahagiaan yang terpamer dihadapan mata cuma tapi tidak dirasakan jiwa?
Mempamerkan bahagia
Memperdengarkan tawa
Namun apa..?
Apa yang terselit dihati? dijiwa?
Kenapa tiada yang bertanya?!Kahwin,
Lagi-lagi ini yang dibahas pabila hal berkaitan Umur telah disentuh!
Kenapa seolah menggesa dan terlalu mengambil tahu?
Jika bukan Jumaat ataupun Sabtu, mungkin juga Ahad
Apakah itu.?
(Hari kahwin la, hari-hari yang biasanya orang buat akad dan majlis kan? 🤭). *abaikan, author merepek 🤦🏻♀️*
Yang belum berkahwin, diasak soalan dan disuruh
Yang sudah pula, ditanya bila mahu bercahaya mata?
(Ingat seperti melihat anak bulan-kah? Boleh diketahui masanya bila..? 🔭🌒). *abaikan, author merepek 🤦🏻♀️*
Yang sudah bercahaya mata juga ditanya..
bilakah lagi ingin menambah?
Tak akanlah hanya seorang dua?
Allahu..
Bermacam ragam pertanyaan hendak diaju
Bermula dari satu kemudiannya menderu
Jadikan hati ini kian sendu
Jadikan riak berubah sayuAndai kata telah tiba saat yang ditetapkan oleh-Nya
Tiadalah daya kita menolak
Tiadalah daya kita menidak
Tetapi, andai kata belum tiba saatnya
Janganlah kau memaksa-maksa
Janganlah kau menggesa-gesa
Mungkin ianya tidak datang pabila kau pinta
Namun ianya datang pabila masanya telah tiba
Masa yang tepat yang ditetapkan oleh-Nya
Bukanlah masa yang 'tepat' disangkaan kita cumaDan andai kata kau masih tidak berjumpa
Bukanlah kerana tiada, tetapi mungkin kerana dia
terlebih dahulu menunggu kau di Syurga
Dialah Biadadara..
Yang menunggu kau untuk menjadi Bidadarinya!Jodoh kau mungkin tidak cepat
Tetapi jodoh kau InShaAllah tepat!.
.(Assalamualaikum.. Hi 👋🏻😁
Korang mesti pernah kena tanya soalan 'maut' ni kan? Tak kira Lelaki ke Perempuan, terutamanya Perempuan *ishk.. Menyampahlah Author ! Tanya2. Tak sukalah kena tanya.. 😩
Sentaplah macamni! Nak packing beg masuk rumah bawah batu si Patrick lah. Benci!
Author dah kata Author cepat sentap.
Mulut tu kan haa.. 😤
Eh? 🤭*
.
Anyways, cakap pasal kuat sentap tadi, Author teringat dulu time sekolah rendah..
Ustazah Author pernah tempelak 'perli' Author.
Beliau kata, "kamu ni tiap2 hari mai/datang period ka M****? blablabla..."
Eh, ke situ pulak Ustazah ni. 🤭
Apa2an sih 🤣 bikin ngakak 'ketawa' aja 🤣.
*tersampuk Jebon Indo. Eh? Tiberr..🤭*
.Okey, back to topic soalan 'maut'.
Yang tanya tuu kan, tak lain tak bukan beliau jugak seorang 'Perempuan'. Biasanya Makcik Onion!
Cis! Kajang makcik kajang berlipat, kajang saya sengkuang layu.... Ha. Masukk!!
.
Korang pulak laa sambung Meroyan, asyik Author ja dari tadi. 🤭
Korang kongsilaa sama cerita korang di komen, mana nak tahu mungkin Author boleh gelakkan korang. Eh? Eh? 🤣
Anyways, apa pendapat korang tentang
1st Puisi Syoq Sendiri
Author nii..? 🙈
Boleh, dipersilakan jujur ~
🤭
One more things..
Terima Kasih sudi singgah dan luangkan masa membaca karya Author yang tak seberapa nii. Terima Kasih banyak, semoga hari korang indah 🌈
.Oke bai, Assalamualaikum 👋🏻)
<boleh tahan kuat bebel si Author ni 😒>
*Aipp-2x Author dengar! Jangan carut i ..! 😤*)
YOU ARE READING
MADAH CORETAN JIWA
PoetryDan apabila kamu menunjukkan kebahagiaan 24jam.. Secara tidak langsung kamu juga menunjukkan sisi palsu diri kamu kepada orang lain. Sekiranya kamu gembira ya itu amatlah bagus. Namun jika sebaliknya juga tidak mengapa. Itu menjadikan kamu seorang m...